.segmen bersilat di dapur | spagetti bolognese

Salam.

Heeee. Hari ni kite belajar masak lagik. Kali ni kite belajar dari resepi macik-faveret-to-be kite.. Cik Lula Eyzatul ^_^ Boleh tengok SINI untuk resepi asal Spagetti Bolognese macik kite tu ek. :-) Yang kite buat ni, resepi dia macam dekat bawah ni.

Bahan bahan
1) Sebiji bawang merah
2) 5 biji bawang putih 
3) 1 tin kecik sos spagetti kimball
4) 1 tin kecik tomato puree kimball
5) 1 peket daging lembur kisar kite gune Saudi sebab nak beli Ramly, habesss. T_T 
6) 1 tin besar cendawan butang potong dua cendawan tuh kalau takut tercekik :-P
7) 1 batang saderi hiris nipis nipis
8) 3 keping cisdel
9) cili kering yang telah di blend 
10) sebungkus spagetti
11) garam & gula ikut suka :-P

Cara-cara buat Sos Spagetti
1) Memula tumbuk bawang merah dengan bawang putih tuh. Then tumis.
2) Masukkan 2 sudu cili kering yang dah blend tu. Kalau nak pedas, tambah lah lagik. Tumis lagik. 
3) Masukkan 1/2 sudu garam. Gaulkan lagik.
4) Masukkan daging lembu kisar. Gaul kan daging tu masak. I masukkan semua daging tu. Tak de sukat sukat. Hoho.
5) Masukkan 3 keping cisdel tuh. Gaul gaul lagik.
6) Masukkan sos spagetti. Gaul 3 minit. Then masukkan pulak tomato puree.
7) Masukkan 2 sudu gula. Kalau tak suka masam, masukkan lah ikut sedap korang.
8) Lepas agak agak macam dah masak tu, korang masukkan pulak cendawan.
9) Last sekali, masukkan batang saderi yang dah hiris tuh.
10) Gaul gaul lagik dan siapppppp!

Cara cara masak spagetti
1) Rebus spagetti tuh letak garam sikit time rebus
2) Lepas rebus, keringkan air.
3) Then gaulkan dengan minyak zaiton. Kalau takde minyak zaiton, guna butter.
4) Then siapppppp! Boleh lah di hidangkannnn ^____^
Credit to Fayad ^_^



*kring kring*

Dia : Uiii... buat apa tuh? Baru bangun tido lettew!
Kite : Mana ade. Kite baru lepas siap masak. Baru nak makan ni. Jemput makan.
Dia : Makan lah dulu ek. Abang nak mandi mandi semua dulu..
Kite : Eleh, cakap orang, padahal dia yang bangun lambat!
Dia : Hehehe.
Kite : Kite masak spagetti tadi. Sedappp.
Dia : Gemuk lah abang lepas kawen nanti. Hari hari sayang masak. Hehe.
Kite : Tak sangka kite boleh masak spagetti. Sedap pulak tuh. Hehehe.
Dia : Ha'ah. Abang pun tak sangka sayang boleh masak. Haha *gelak menganjing*
Kite : Woiiii! Kurang asam! Kutuk kite lettew!
Dia : Hahaha. Mana ade.

Heeeee...senang je kan?
Selamat mencuba!
^_______^