.segmen bersilat di dapur | pulut durian

Salam.

Ohhh yeahhhhh! Dalam segmen kali neh, I nak kongsi rahsia resepi ashane nak buat Pulut Durian. Pulut durian neh ada banyak versi. Pantai timur, utara, selatan. Yang I buat neh, resepi modified. Belasah je lah. Memula tengok resepi dekat SINI, lepas tuh macam pening je. =.="

I tak de penyukat. >.< Ikut dalam resepi tuh, kena letak 500ml santan lah, ape lah. Macam susah je, so I gunakan alternatif laen. Mari kite berkenalan dengan bahan bahan dulu ek.

Bahan bahan untuk Kuah (Serawa)
2 biji durian (durian yang kecik. kalau durian tu besar, sebijik cukup kot)
1 gelas air 
2 gelas santan kelapa 
1 ketul gula Melaka (hiris kecit kecit)
1/2 senduk gula pasir
1/2 sudu garam
2 sudu tepung gandum (bancuh dengan air sikit)
Daun pandan

Ni cara I masak tau. Err bagi yang PRO tuh, tak yah ler kutuk tukang masak amateur macam I neh. Yang penting, ending dia jadik! Kah kah. 

Mari kita mula!

1) Didih kan segelas air tuh dalam periuk. 
2) Masukkan gula melaka yang dah hiris tuh. Kacau kacau, nanti gula tuh hancur. 
3) Masukkan pulak gula pasir. Kacau lagik. 
4) Pastu masukkan santan. Masak sampai dia masak. Haha. 
5) Lepas tuh masukkan durian. bancuhan tepung, dan last sekali, garam! 
6) Lepas tuh masukkan pulak daun pandan. 
7) Kacau sampai didih then SIAP! ^_^

Bahan bahan untuk Pulut
Pulut
Air
Sedikit garam

1) Masak pulut macam masak nasik. (tapi i kukus sebab tak reti masak atas dapur. rice cooker pulak ade nasik =.=')
2) SIAP ^_^

Kemudian, boleh hidangkan ikut sukati korang. 
Selamat mencuba!

Resepi ni sesuai lah di buat time musim durian sekarang neh. Terima kasih kepada Penderma Durian. Sayang awak lebih lah. Nanti kite buat Pulut Durian untuk awak ek.

Ailafyuuushooomac..
Jom kawen sekarang!
 ^___^