.segmen bersilat di dapur | ayam masak merah

Salam.

Erkkk kenyang. Alhamdulillah. Mata dah ngantuk, kejap lagik kite nak tidur. Hihi. So kite terus proceed ke bahan bahan ye kawan kawan. Kite malas nak membebel pepanjang. Huuu~ :-P

Bahan bahan
1) Beberapa ketul ayam
2) 4 biji bawang putih (tumbuk)
3) 2 biji bawang merah (hiris)
4) Sedikit halia (tumbuk)
5) 3 biji tomato (setiap satu, potong 4)
6) Cili kering yang telah di-blend
7) 2 batang serai
8) Sehelai daun pandan
9) Sedikit sos cili
10) Sedikit garam dan gula
11) Air

Cara cara
1) Goreng ayam sehingga 3/4 masak.
2) Tumis bawang putih dan halia sampai naik bau
3) Masukkan tomato, masak sampai hancur tomato tuh.
4) Masukkan cili kering.. Masak sampai masak. #EH? Haha.
5) Masukkan sos cili dan masak sampai masak. Huhu.
6) Masukkan serai, gula dan garam.
7) Masukkan bawang besar.
8) Masukkan ayam. Gaul rata rata ayam dan sambal tuh.
9) Masukkan secawan air.
10) Lepas tuh, rasa lah sambal tuh. Kalau tawar, tambah garam sikit. Kalau pedas, tambah gula sikit.
11) Masukkan daun pandan.
12) Gaul semuanya. Dalam 5 minit lepas tuh, boleh di hidang! :-)

Maap ler, comot sikit.
Dah ceduk, baru teringat nak amek gambar.

Selamat mencubaaaa!
^______^