.segmen bersilat di dapur | ayam masak paprik

Salam.

Heeeeee... hari ni kite nak share resepi ayam masak paprik. *telan air liur* Bagi tukang masak amateur macam kite neh, harus lah cuba masakan yang senang senang dulu. Kang nak masak yang payah payah, tak jadik, buat penat jer. Hihi. Kite belayar belajar masak paprik masa kite duduk rumah sewa masa study dekat UiTM Shah Alam dulu. Tenks to Mok Kin. Aimishhyuuuuu! ^__^

Bahan bahan.
1) Sebiji bawang merah (tumbuk)
2) 3 biji bawang putih (tumbuk)
3) Sedikit halia (tumbuk)
4) Sos Cili
5) Kicap Manis
6) Sos Tiram
7) Sos Tomato
8) Sayur sayuran (kacang buncis, kacang panjang, karet, jagung kecit, bunga kobis, etc)
9) Lada (satu merah dan satu hijau, potong serong serong)
10) 6 biji cili api (kalau nak pedas, tambah lagik)
11) Sebiji tomato
12) 5 helai daun limau purut
13) 3 batang serai (di titik)
14) Secawan air
15) Ayam (potong kecik kecik)


Cara cara
1) Tumis bawang putih, bawang merah & halia.
2) Masukkan kicap, sos cili, sos tomato dan sos tiram.
3) Masukkan air secawan.
4) Masukkan ayam.. Masak sampai empuk.
5) Masukkan serai, daun limau purut dan cili api..
6) Masukkan sayur yang keras keras dulu macam karet, kacang panjang, bunga kobis.
7) Last sekali baru masuk sayur yang lembut lembut dan tomato.
8) Gaul dalam 2 minit lepas tuh siapppppp!

Senang gila kan kan?
I tell youuuuuuuuu!
:-P

Selamat mencuba!
^__________^