.segmen bersilat di dapur | ayam masak lemak cili api

Salam.

Adoii nak taip entry neh pun macam lambat lambat. Sebab tangan I pijar. T____T Itu lah, jarang masuk dapur, sekali kena masak, deng~ Terus pijar. T___T Kak Tash cakap, lumur dengan minyak sebelum potong lada tapi dia cakap selepas pun takpe. Heee. Satgi lahh. ^__^

Ok, tadi I dah berjaya bersilat dekat dapur. Semalam mama request suruh masak Ayam Masak Lemak Cili Api. Setelah Kak Tash dan Tyka ajar, boleh lah masak. Tapi time nak masak tu, Mama pun ada call. Bagitau cara-cara dia. Heeeeee....

First time masak.
Kire okeh lah kan?

Mama : Sedap. Pandai Angah masak. Air tangan Mama dengan Angah memang takkan sama. Lain orang lain rasa masakan dia. Senang lah mama lepas ni. Balik rumah, Angah dah siap masak.

Abah : Pandai anak Abah. Macam Nenek Wan masak. (arwah mak kepada abah)

Yeop : Aku baru je sakit perut. Hahaha. (Dia neh memang suka bahan I. T__T Hampeh punya adik!)

Along : Bagus ngah, teruskan usaha memasak, make sure dapur tak terbakar lagik (-_-)v

Adik : Belum makan lagik. Sebab dia belum balik sekolah. Dia neh pun sama macam Yeop, stok suka bahan I! Ggggr! 

Errr dulu I pernah terbakar kan dapur.
Tapi tak kritikal lah.
=.='

Sebab tuh I macam malas je nak masuk dapur.
Takut sejarah mungkin berulang..
~.~


:: Menu Hari Ini ::
Ayam lemak cili api, sayur campur dan telur dadar.

Semua I masak sendirik.
^___________________^

Lepas neh nak try lauk laen pulak lah.
Kawan kawan, sila tunjuk ajar!
Hihihihi.