.kan dah kata, dia memang sesuai jadi menantu mama saya !

Salam.

Boring lah buat entry part by part. Kan kan? Sebenarnya ni sambungan dari entry Feeling Honeymoon Part 3. Huhu. Janji neh last entry untuk honeymoon harituh. Keh keh keh. So, entry neh macam banyak gambar sikit lah.  Bukan sikit, tapi banyak gile. >.<

Sampai Penang pukul 4 pagi. Masa tuh Mama dengan Chacha dah tidur. I dengan Irfan jer yang berjaga. (Malas nak bahasakan diri dia Super K dalam entry neh) Hihi. Alhamdulillah, macam tak caye je yang kiteorang akhirnya sampai jugak dekat Penang. Mata rabak jangan cakap ah. T____T 

So, I call adik I, Yeop sebab dia dah tunggu dekat rumah kakak I. Dia suruh kiteorang guna GPS Garmin tuh. Sep baek tak sesat. Sampai rumah, keluarkan beg baju then zuppppp! Tidur lah! Sep baek kakak I dah sediakan toto dan bantal semua. Rumah baru, perabut pun takdek lagik.

The next day, mula la operasi angkut barang dan kemas rumah baru kakak I. 

Pakwe I memang rajin.
Tak suruh tolong pun, dia dah ringankan tangan.

Budak kecit neh memang ah.
Sibuk nak tolong abang ifan dia tuh.
Gggggrr!

Mama cakap, tengahari Ahad tuh nak lunch dekat Restoran Original Kayu. Nak makan nasik kandar. Tapi memasing dah kebulur. Dalam peti ais rumah kakak I, takde lauk pulak sebab dia kan baru habes kursus. Megi je yang ada. Megi pun megi lahhh... Hihi.

Sedap woo makan megi pepanas.

Ntah ape yang kakak I carik dalam periuk tuh.
Heeeeee.

Lepas makan, sambung balik kemas rumah. Lepas tuh tengahari dah lapar semula. Perut memasing macam perut dinasour. Huhu. Masa tuh tak de lah tengahari sangat sebenarnya. Huhu.

Haruslah ke Restoran Original Kayu.
Ayam madu dia sangat mabeles!

Lepas makan, kiteorang pergi Parit Buntar, Perak. Kakak I cakap, kalau nak beli barang keperluan rumah, dekat situ murah. So, zupppp! Pergi situ...

Lepas sopping mesti lah dating. I memang lah tengah dating 24 jam dengan Irfan tapi kali ni giliran adik I. Keh keh keh. Dia nak jumpa so called gelpren dia. So, mari lah kite makan lagik sekali bersama bakal adik ipar. Teehehee~


Siapa kakak, siapa adik?
:) 

Memang muka gembira.

Budak kecit neh bila dapat ayam, senyap lah!

Kakak I dan suami.

I dan suami.
EH?!
Kah kah kah.

Gila comel muka Chacha time neh. 
Huhuhu.

I love you since forever.

Sampai rumah dah nantok, tapi tetiba kakak I tak bawak anak kunci untuk mangga rumah dia. Denggg~ Haruslah nak pecah masuk rumah tuh kan....

Mama sempat posing depat rumah kakak I.

Encik pakwe, I love you!

Lepas cobaan untuk membuka pintu rumah tak berjaya, Irfan dan Abang Ipar I terpaksa gergaji mangga pintu belakang rumah. Masa tuh memang bising lah. Tapi jiran jiran sorang pun tak de jenguk keluar, tegur sapa. Semua buat hal sendirik. Pelik betul. Kalau rumah jiran kena pecah pun, doang tak amek tau langsung kot. Zzzzzz! =.=' 

Dan tahniah, Irfan berjaya masuk rumah kakak I melalui pintu belakang walaupun saket tangan dia karate mangga tu lepas penat dia dan abang ipar I dok gergaji guna gergaji besi. Zzzzzzzz. Kan I dah kata, Irfan memang sesuai jadik menantu mama I. *bangga gile montot kembang* Kah kah.

Bila dapat masuk rumah, kemas kemas sikit. Then basuh basuh baju sebab tak bawak banyak baju pergi Penang. Lepas penat, maka, tidur lahhhhhh....

Lepak lepak sebelum tidur.
Irfan muka letih gila.

Isnin pagi, kakak I MC. Mama I pun cuti. Irfan pun cuti jugak. So, holiday 3hari 2 malam dah jadik 4hari 3 malam. Hihihi. Pagi isnin, last day untuk mengemas rumah kakak I. Baru lah ada rupa rumah sikit. Huhu.

Chacha bersama lelaki misteri idamannya.
=.='

Woi, tuh pakwe angah lah!
Ggggr!

Masa neh Irfan tengah tolong buat ampaian baju.

Lepas settle semua, mandi mandi dan berangkat lah semula ke jalan yang benar iaitu ---- Muar! Dan percutian hampir tamat. Ceh, bercuti lah sangat padahal tak pergi mana mana pun. >.<

*long sighhhhhh*


My beloved family.
Tapi tak lengkap sebab Abah & Adik tak ikut!

❤ #dearfuturehusband 
:)

Maka lepas lunch, kami memulakan perjalanan ke selatan...... 

Encik pakwe yang memandu dengan penuh laju!

I'm gonna mish you. 

Encik makwe yang kiut.

Banyak hentian dan R&R yang kiteorang benti.

Last hentian adalah Dengkil. 
Makan malam terakhir bersama Irfan.
Hmmm.... :'(


Mama, I love you. 
  
Hepi family.
^.^

Bahagiaaaaa.....

❤ Last picture. 
Muka gembira tapi dalam hati, tuhan je yang tahu....
=.='

Sampai Melaka pukul 9, drop Irfan dekat Simpang 4, Melaka.
Dan kiteorang selamat sampai Muar pukul 11 malam.
Alhamdulillah...

Mama cakap nak pergi Penang lagik hujung bulan neh! Kikikiki. :-P Tapi tak tau lah jadik ke tak. Huhuhu. Sekian sahaja karangan bergambar tentang percutian kami.

Tata! :)