.feeling honeymoon ! PART 2

Salam.

Poye je Dak Intan neh nak buat entry part by part. Hihi. Ektuali memang I dah nantok tahap gaban neh. Tapi tak boleh tidur lah pulak. So, mari kita sambung bercerita! ^.^

Entry neh adalah sambungan daripada entry sebelum neh. Kan I cakap I nak pergi Penang dengan family I dan Super K lepas tu tetiba ada perkara tak best berlaku.... Zzzzzzzzzz.... Nak tau apa dia? Errr...kiteorang semua TAK JADIK PERGI PENANG! Dem...... =.='

Ceritanya bermula macamni.......

Jumaat pagi tuh, kiteorang gerak dari rumah terus ke Simpang 4, Melaka. Sebab Super K tunggu dekat situ. Kiteorang gerak dua kereta. Satu kereta kakak I, satu lagik kereta family. I pergi dengan Mama, Abah, Yeop, Adik dan Chacha. Kakak I pulak tunggu dekat Port Dickson sebab dia ada kursus dekat sana tapi kereta dia, dia tinggal dekat rumah kiteorang. So, jumaat tuh kena la bawak kereta dia sekali untuk balik Penang. Fyi, kakak I duduk dan kerja dekat Penang dengan suami dia. Suami dia tak ada dengan kiteorang sebab suami dia ada dekat Penang. Akak I soang je yang kena pergi kursus.

Kiteorang sampai Simpang 4, Super K dah tunggu. Parents dia hantar ok. So, masa tuh, memang parents I bertentang mata dengan parents dia untuk kali pertama. Abah I salam abah dia, Mama I salam Mak Tiri dia. I dengan Super K pulak.. Errr...mesti lah dah malu gila pork kan... Mesti lah masing masing buat hal sendirik. Hahaha. Memang lawak time tuh. Tapi serius sweet sangat. Keh keh keh. Kire family kiteorang dah setuju lah. Tinggal nak tetapkan tarikh untuk wedding kiteorang nanti. Keh keh keh. Ok tipu. Yang neh I tokok tambah. Hihihi. Termasuk cerita laen pulak. Heeeeeee... :-P

Lepas Abah I dengan Abah dia borak borak, kiteorang pun gerak ke PD sebab nak pick up kakak I dekat sana. I dengan Super K dan seorang adik I naek satu kereta dan family I yang lain naek kereta lagik satu. Sampai jer PD, pick up akak I. Tapi time tuh, Abah I asek dapat call jer dari ofis dia. Lepas kiteorang lunch, Abah cakap dengan kiteorang, tak jadik pergi Penang! Sebab Abah kena standby untuk Perhimpunan BERSIH yang sengal tuh. Dem. Menyusahkan betul! Abah I kan polis.. So, kalau jadik apa apa, abah I kena standby. Memang dem ah.

Tapi tetiba kakak I kasik cadangan. Dia cakap, biar dia gerak ke Penang berdua je dengan adik I, naek keta dia tuh. Lenkali baru kiteorang pergi Penang. >.< So, lepas keluarkan semua barang dari kereta, kiteorang pun berpisah dekat situ. Dan kiteorang pun balik ke Muar semulaaaaaa.......... Zzzzzzz.. 

Dan Super K pun balik rumah I jugak.. Dan untuk pertama kalinya, dia kena tidur dekat rumah I.. Pecah rekod bersih dia. Huhu... Dah lah dia tuh pemalu gila pork! Memula dia cakap nak balik jer rumah terus tapi Abah I cakap, balik lah Muar dulu... which means balik rumah I dulu... So, kiteorang semua pun pulang lah ke pangkal jalan.... Sampai rumah jer, Abah I kena pergi Balai Polis dia terus. Kena kerja. Zzzzz.. =.='

Petang tu, I ajak Super K pergi Mekdi sebab Mama I dah tak de mood nak masak or makan. Sebab plan nak pergi Penang kena cancel, semuanya sebab Perhimpunan Bersih yang sengal tuhh. Budusss betul! Kesian Mama. Huhu. Malam pun I keluar pergi beli makanan dekat luar. Walaupun macam frust tak dapat pergi Penang, tapi redha jer lah. Huhu.

Super K dok maen gem FB dekat rumah I time malam first.

Walaupun tak jadik pergi penang,
walaupun cuma lepak dekat rumah

Tapi I tetap feeling honeymoon 
sebab dia ada depan mata! 
:-)


Bersambung lagi..... :-P