.cincin silver, suasa atau platinum ?

Salam.

Semalam dok survey survey cincin. Saja je lah cuci cuci mata. Tak salah kan kan? Keh keh keh. Memandang kan lelaki tak boleh pakai emas, so kite tengok lah cincin suasa sebab tak silap kite, biasa lelaki pakai cincin suasa.

Tak sure ni silver atau platinum.
Tapi santek kan design dia?
:)

Kite ni bukan reti sangat pasal pilih pilih cincin neh. >__<" Nanti masa beli, kena bawak Mama sekali. Kalau tak, mesti tak reti pilih. Ntah zaman bila nak beli. Survey je over. :-P

Kite : Tadi kite survey cincin untuk sayang. RM*** lebih. Santek. Simple but nice. Cincin suasa. Ni link. Bla bla bla... Cuba awak tengok.
Dia : Santek. Abang suka. Survey lah cincin emas untuk sayang sekali.
Kite : Ok.. :-) Tapi kenapa cincin lelaki lagi mahal dari cincin perempuan ek?
Dia : Memang lah. Ingat lelaki tak de harga diri ke? Hahahaha.
Kite : Dem. Zzzzzzz. =.="

Tadi, kite survey survey lagik. Tetiba kite dapat tau yang HARAM BAGI LELAKI MEMAKAI CINCIN SUASA. Sebab? Suasa adalah campuran emas. Walaupun sedikit, tapi tetap HARAM. OMG. Cancel cincin yang survey semalam tuh. T___T

Memakai cincin menurut sunnah yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud:

"Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas".

Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa campuran emas lebih daripada perak maka ia dihukumkan emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki.

Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalah HARAM.

Panel menasihati agar pengantin lelaki memakai cincin perak atau platinum.

Kalau tak caya, cuba korang try baca entry penuh dekat LINK NI. Kite pun baru dapat tau. Huhuhu. So, kena survey cincin platinum pulak lepas neh. Tak sure harga dia berapa. Tapi cincin silver pun ok. Kite try google, ramai je kasik cincin silver pada lelaki. Dan rasanya silver lagik murah dari platinum. Tapi mama kite cakap,

Ok fine, 
Nanti teman angah pergi kedai yang jual 
platinum & silver mahal ye mama!
^_______^

Tapi mesti lah kena bawak tuan punya jari
Satgi tak muat, naya jek :-P