.ashane nak puaskan hati semua orang ?

Bila bercakap soal kepuasan, mampukah kita untuk memuaskan dan mengembirakan hati setiap orang? Mana mungkin, jika kita asyik nak puaskan hati ramai pihak, nak gembirakan hati ramai pihak, nak bahagiakan hati ramai pihak, bagaimana dgn hati kita? Mana lebih mudah? Memuaskan satu hati atau banyak hati? Mana lebih mudah? Mengembirakan satu hati atau banyak hati? mana lebih mudah membahagiakan satu hati atau banyak hati? Pastinya satu hati lebih mudahkan.. So apakata kita jaga dulu sekeping hati kita dari kita sibuk nak jaga hati org lain, sebab org yang kita cuba jaga hatinya itu belum tentu nak menjaga hati kita. Kalau dia tak bahagiakan kita pon tak apa, asalkan sahaja dia jgn menyusahkan kita. Pernah tak korang dengar kisah "Lokman Nur Hakim"?

Situasi 1:-
Satu hari Lokman ingin membawa anaknya keluar daerah, untuk mengajar anaknya tentang satu kehidupan, mereka membawa bersama mereka seekor keldai. Dalam perjalanan itu yang agak jauh itu, lokman sangat kesihan dengan anaknya, maka dia menyuruh anaknya menaiki keldai itu, sementara dia pula berjalan dan memegang tali di leher keldai tersebut, sampai di satu kawasan yang mereka lalui, lokman dan anaknya terdengar satu kata-kata sini "Ish kurang hajar betul, anak dia duduk atas keldai manakala bapa pulak berjalan kaki, apa punya anaklah mcm ni." Maka lokman menyuruh anaknya berjalan dan dia menunggang keldai tersebut.

Situasi 2:-
Sampai pula di satu kawasan yang mereka lalui, lokman tidak terlepas dari menerima kritikan, "Sampainya hati bapa dia, dia sedap-sedap naik keldai, anak dia pula disuruhnya berjalan" Maka Lokman mengambil keputusan untuk menunggang keldai itu bersama-sama dgn anaknya, maka naiklah dua beranak itu keatas keldai tersebut

Situasi 3:-
Sampailah lokman ke satu pekan lagi, maka sekali lagi ada sahaja manusia yang tidak berpuas hati lalu mengkritik Lokman dan anaknya dgn kata-kata "Tak ada hati perut betul dua beranak nie, kesian keldai tersebut terpaksa membawa 2 orang sekaligus" maka sekali lagi Lokman dan anaknya turun dari keldai tersebut.

Situasi 4:-
Maka berjalanlah mereka berdua bersama-sama dgn keldai. Sehinggalah sampai ke satu lagi daerah mereka di kecam dgn panggilan bodoh. Kenapa? Kerana orang-orang disitu mengatakan "Betapa dungu dan bodohnya dua beranak ini kerana ada mempunyai keldai tetapi dinaiki, sebaliknya berjalan bersama-sama keldai, kalau mcm itu baik tak payah ada keldai kalau tak tahu memanafaatkannya" Kesimpulannya :- Seperti yang aku katakan tadi, kita tak akan mampu nak puaskan, bahagiakan, gembirakan hati ramai pihak, so kita buatlah sesuatu untuk menjaga hati kita sendiri. Kerana menjaga sekeping hati sendiri lagi mudah dari menjaga banyak hati disekeliling kita.

Credit to Kak Tash. Terima kasih kerana tak pernah mengeluh mendengar masalah adikmu ini. Dan jugak kepada Lula, Kak Wani, Nemo, Tikah dan semua geng geng dalam SKSM. Tenks sebab buat gelak gelak dalam group tuh.  *lapairmata* T__T