.we are not perfect couple contest

Salam.

Gila gedik I neh kan nak masuk contest ashamni. Ah, pedulik. Dah lama kot I tak memasukkan diri ke dalam contest sebegini rupa. Huhu.

Anjuran Belog Ini.

Dan syarat syarat contest ini adalah.....

Syarat 1 - 3 : Done. 
Mari tunaikan syarat ke-4 pulak.! :)

Ceritakan secara ringkas saat pertemuan pertama anda bersama si dia (pasangan).
Aigooo...rasanya dah seratus lima puluh sembilan juta lima puluh tiga kali dah I tulis pasal hal neh dalam entry entry yang lepas. Tapi memandangkan ini syarat contest, so, mari kita follow the rules ^.^

I kenal pakwe I neh (Super K) dah lama dah. 3 tahun lepas. Masa tuh I ada pakwe lain, dan I rasa dia pun ada makwe. Tapi I tak pernah tanya pulak. Kang dia cakap I kepoh. Heeeee. Dia neh kawan kepada kawan kakak I. So, kenal kenal macamtu je la. Dia add I dekat FB. I approve je lah. Masa tuh dia guna nama Irfan Kamari tapi sekarang FB tuh dah tak wujud sebab dia delete. Tak tahu lah kenapa.

Ok sambung cerita. I tak de lah eksaited sangat kenal dengan Super K neh. Sebab masa tuh kan I ada pakwe. Dia pun ada makwe (kot). Tak pernah pulak I tanya. Tapi ntah kenapa, tetiba I rasa kena delete dia dari senarai kawan I dekat FB sebab pakwe I time tuh macam jeles. Sayang pakwe punya pasal, I pun delete laaaa Super K neh.

First time kami jumpa dekat kenduri rumah kawan kakak I tuh. Masa tuh kiteorang still lagik kawan dekat FB cuma macam segan nak tegur each other. I nak sangat tegur dia. Tapi gila ke kalau I yang terhegeh hegeh nak tegur dia. I duduk dekat dapur rumah kawan kakak I tuh. Duduk dekat mama, kakak dan macik macik tetamu yang lain. Tetiba Super K masuk dapur, nak angkat hidangan dan letak dekat ruang tamu. I tanya kakak I, Mana satu Abang Irfan? Yang tuh ker? Akak I cakap, Haah.  Dalam hati cakap, Handsome jugak mamat neh. (gatalnya I time tuh. hihihi) Tapi sikit pun Super K tanak pandang I. Demmmm! =____="

Tapi yang bestnya, kami pakai baju sama kaler. Macam janji je. Hihihi.

I pakai kurung biru ni.

Dan dia baju melayu ni.

Kalau lah time tuh dia tegur I, mesti kiteorang dah snap gambar sama-sama. Hihihi. Masa nak balik dari kenduri tuh, I dengar kawan kawan kakak I cakap, Angah, ni lah Abang Irfan. Kecoh jugak lah time tuh. Doang dok bahan bahan I sebab maybe doang tahu yang Super K pun suka dekat I. Kahkah. (perasan nya kau ni Intan!) I dah malu sangat. Super K pun senyap je sebab dia tuh pemalu. I tak perasan lah dia tengok I ke tak tapi memang I tak pandang dia langsung. Malu lah woiiii! T__________T

I tak ingat bila I delete dia dari FB. Lepas I delete, dia pun senyap macam tu je. Mungkin dia kecik hati sebab I tiba tiba delete dia. I pun tatau yang dia dah delete account FB dia yang Irfan Kamari tuhh. Dalam bulan 11 tahun lepas, dia add I semula dekat FB. Tapi dia guna nama Dak Ipan. Dia buat FB baru dan dia add I semula. Tak sangka dia carik I. Heeee. Dan dekat bawah ni first wall post I dekat dia lepas dia add I tuh. :-)


Masa tuh I memang tengah serabut, sebab I baru break up dengan Ex-Bf I. I meroyan, menangis. Ramai jugak tenangkan I, tapi I tetap tak berubah. I lemah, I jatuh. Sebab selama ni memang I bergantung harap dekat Bf I tuh. Bila Super K datang nak berkawan semula dengan I, I tiba tiba datang semangat lain. Sebelum neh, ada jugak lelaki nak kawan dengan I lepas I break up tapi I macam tak de perasaan jer. =___=

I jarang dapat komen komen dengan Super K dekat FB sebab masa tuh dia tengah belayar. Ohh ye, untuk pengetahuan Penganjur Contest, Super K neh Seafarers. :) Kalau dia singgah mana mana port, dia akan call I. Dia yang PM no handphone dia dulu dekat I sebab dia cakap dia susah nak main FB bila atas kapal.

I ingat lagi. Dalam bulan 12 kot. I sedih sangat. I tatau nak cerita dekat siapa. I call Super K. Masa tuh dia dekat Indonesia. Nasib baik dia ada dekat port. Dapat lah call dia. Masa tuh cuti semester. I mana lah ada duit sangat. I topup RM10, dapat cakap 30 minit sebab buat international call. I call dia 3x. So, RM30 lahh. =.=' Dapat cakap sejam setengah je. Sebenarnya cakap kejap je. Yang lainnya, banyak nanges. Huhuhu.

Masa birthday I bulan 12 tahun lepas, dia wish seminggu awal sebab dia cakap takut kapal dia tengah laut, takut tak sempat wish. Dia siap nyanyi lagi lagu birthday, siap main gitar. Masa tuh memang hati I dah melting habes dah.. 

The best birthday gift I ever had.
:)

First date. I tak boleh lupa first date kiteorang. Dia datang secara mengejut ke Melaka. Malam tu kami makan dekat McD. I malu. Tak nak pandang dia langsung. Jantung I gugur banyak kali. Penat asyik nak kena kutip jer. Hihihi. Dia suka tenung tenung I. Ye lah, selama ni kami bercinta melalui FB, call, sms... Tetiba bila ada depan mata, tiba tiba jer I jadik beku. Keh keh keh.

Dan alhamdulillah, sekarang dah

Syukur.
Walaupun masih baru, I harap akan berkekalan.
Aminnnn....

Mohammad Noor Irfan
Intan Nurulfateha

Wanita dijadikan atas nama cinta. Kalau cari, mesti jumpa. Dan kamu sang pencinta, terima kasih kerana mencari saya semula. :') 

Cik Puan Penganjur, I dah penuhi semua syarat contest. Kalau tak menang pun tak pe, sebab ini adalah kenangan ketika bercinta. Boleh baca bila dah tua! Kikikiki. :-P #Kbai!