.teringat pakwe lame

Salam

"Saya dah putus. Saya tak jadi nikah dengan tunang saya. Saya tak boleh lupakan Abang. Abang dah 3 tahun dengan saya kak. Saya harap akak faham macamana saya rasa kalau akak berada di tempat saya."

Zzzzzzzzz. Apa yang korang akan buat kalau dapat email atau message lebih kurang macam meset di atas? Kalau I, I rasa macam nakkkkkkkk... Nak pergi pukul betina @#$%^&*(!@#$+ neh walaupun I neh tak de lah kuat mana. I neh kuat nanges ade lah. Kuikuikui.


Dan I salute dekat Kak-Sue-Bukan-Nama-Sebenar #EH? Hihihi. Sebab diaaaa sangat sangat sangat tabah apabila di ganggu kekasih lama SUAMINYA! Yeeeee...suami ye kawan kawan semua. Bukan skandal, boipren ataupun tunang. =.= Kak-Sue-Bukan-Nama-Sebenar neh siap boleh senyum senyum lagik. Huhu.

Kak Sue dah 5 tahun kahwin dengan suami dan mereka hidup bahagiaaaa. Walaupun masih belum di kurniakan zuriat tapi mereka hidup bahagia. I suka tengok. Dah lima tahun pun masih suweeet! :-) Lagi banyak kenangan yang di cipta nak di bandingkan dengan pompuan sengal tuh yang baru jadik pakwe makwe dengan suami Kak-Sue-Bukan-Nama-Sebenar selama 3 tahun. =.=

Itu kan semua dah jadik sejarah. Sejarah mungkin berulang? Ohhh tidak. Ni mesti terpengaruh lagu New Boyz neh. Keh keh keh. Yang lepas tu lepas lah. Move on. Banyak lagi benda laen yang kita boleh tempuh dan buat. Banyak lagi lelaki laen. Kan?

Dugaan demi dugaan Kak-Sue-Bukan-Nama-Sebenar neh tempuh. Dia kuat. Dia bagaikan seorang pahlawan. (macam lirik lagu keluang man lah pulak kahkah) Tapi kan, pada I kan, kalau I jadik betina #$%^&*( neh kan, tak payah lah dok kacau rumah tangga orang. Tak elok lahh.. Tuhan tu maha adil. Esok esok, kalau tak kena balik dekat dia, kena dekat family, adik, kakak, tak pun dekat mak dia. 

PADAN MUKA!
Siapa suruh bengong sangat!
Gggggrrrr!

Doakan yang baik baik dah lah.
Allah ciptakan manusia berpasang-pasangan.
Kan?
:)