.tanjat boboi!

Salam.

Hoyeah! Hoyeahh! Tahniah kepada Kumpulan Sepah sebab dapat jadik Juara Maharaja Lawak. Seronok gila dapat tengok ML Live dekar Astro Warna tadik. Yang tak dapat tengok Live, cepat pergi tengok dekat youtube! Klik SINI pun bolehhh! :-)

Ektuali, I tak de lah ikut ML neh dari awal awal episod. Start cuti semester, I cakap dengan Mama, nak langgan Astro Warna. Busan lah duduk rumah. Then mama cakap boleh, tapi potong duit belanja semester depan. I cakap takpe. ML punya pasal! Hakhak.

Tapi masalahnya bila ML start je, bukan I sorang yang menghadap, tapi semuaaaaaaaa satu famili menghadap! Kahkah. So, sila kasik credit untuk I. Duit belanja semester depan, up lagiii! Hoyeahhh! :-P

Keputusan Penuh Maharaja Lawak:

  1. Sepah (RM 350 000 / 3 orang = RM 116 000)
  2. Jozan (RM 250 000 / 2 = RM 125 000)
  3. Nabil (RM 150 000 = sorang!)
  4. Jambu (RM50 000 / 2 = RM25 000)

Yang paling untung? Nabil lah! Dia kaut sorang! Huhuhu. Persembahan dia tadi biasa biasa je pada I. Mungkin sebab susah nak carik idea sebab dia peserta individu. Jambu pulak, I rasa makin lama makin merepek. Dulu macam best. Tapi sejak sejak nak final neh, dia macam kureng. Tauke oke tapi I tengok si Yus neh, macam kasar gila lawak dia. Sikit sikit nak sepak, nak tampar. Macam tak best je. =.=

 Untuk ML Final tadi, memang Sepah yang paling best. Selama neh I cuma minat Sepah dengan Jozan jer. Jozan best part Awan Nanooo tuu. Lepas tu episod yang ada TV besar tuh best. Cuma malam ni jer Jozan macam kurang sikit.

Sepah pulak, yang lawak part Jep belakon jadik ala ala ustazah Norbahyah. Memang sumpah lawak. Penat nak gelak. Yang episod hari tuh, dah lah jubah dia singkat. Tak boleh blah betul. Malam ni pun lawak jugak. Doang memang deserved jadik Maharaja Lawak... Heeee.

Tugasan Pertama Sepah.

Tugasan Kedua Sepah.


Tanjat Boboi. 
Keh keh keh.