.Super K neh memang nak kena!

Salam.

Pernah tak boipren korang buat something yang korang rasa nak kasik penumbuk tepat dekat muka dan perut dia time tu jugak? Pernah tak? I pernah! Gggr! Rasa memang nak kasik tendangan berapi rapi dekat dia. Serius rasa tensen time tuh.

Mesti korang nak tau ape yang di buat. Err tak de lah berat sangat kes dia sampai nak di hadapkan ke mahkamah cumaaaa..... Dia nyanyi dalam lif! Ok. Mungkin tak teruk kot bagi korang tapi I maluuuuuuuu! Nak nanges rasanya. Merah muka I time tuh.

Kes ni dah lama. Masa tuh kiteorang nak pergi tengok muvee dekat Dataran Pahlawan. Tak ingat pulak nak tengok cerita apa tapi dah lewat kot time tu so kiteorang naik lif sebab nak cepat. Kebetulan lif tuh penuh. Tengah bersempit sempit dalam lif, tiba tiba Super K nyanyi.

Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan... Sayang, engkau tak duduk di sampingku kawan... Banyak cerita yang mestinya kau saksikan... Di tanah kering berbatuan.............

Tau tak ni lagu apa? Mesti tatau kan? Masa I dengar tuh, I pun macam, Eh, lagu siapa pulak lah pakwe aku nyanyi neh.. Rupanya lagu "Berita Kepada Kawan" dari Ebiet G. Ade. Lagu dari penyanyi Indonesia.

Lagu dia macam video dekat atas ni. Yang nyanyi dalam video atas neh bakal bapak mertua I. Ni video time beliau kasik ceramah dekat somewhere area Kedah semalam. Nanti Super K dah tua, mesti hensem macam abah dia jugak. Keh keh keh.

Ok sambung cerita pasal Super K pulak. Time tuh mesti lah I jegilkan mata dekat dia tanda suruh SENYAP! Zzzzzzz... =.= Dah lah time tuh semua orang senyap. Boleh pulak dia nyanyi! Lepas tuh mesti lah semua orang pandang dia dan I pulak pandang lantai. T___T

Dalam hati cakap, Cepat lah lif neh sampai! Keluar jer dari lif, I terus bebel bebel dekat dia. Dia apa lagik, suke lah gelak. Dia tak tau I dah berapi api dah time tuh. Boleh pulak dia bantai gelak.

Super K + Gelak = Rasa nak kasik penampo!

Boleh pulak dia cakap dengan I, 

Ok apa abang nyanyi. 
Dari abang kentut kuat kuat, lagi malu.

Ok fine.
Nyanyi lah lagi sayang.
I likeee..
T__________T