.stanza cinta - irfan ♥

Salam.

Super K : Abang baru amek Betty dekat workshop. Esok ada program dekat Segamat. Lusa pergi Kedah. Program dekat sana lagi.
Intan : Oh yer ke. Ok. Jaga diri baek baek.
Super K : Tapi abang ingat nak ambil cuti lah Selasa neh.
Intan : Abes tak pergi Kedah ke? Abah tak marah?
Super K : Hm tak pe lah. Abang nak jumpa sayang. Dah lama tak jumpa. Abang rindu dekat sayang abang neh.
Intan : Hmm ye lah tu. *senyum kelat dan malas nak berharap*

Tadi Mokde I text, "Kak, tengok Stanza Cinta? Hai, nama saya Irfan." I terus reply. "Tak pernah tengok. Channel berapa. Best ke?" Ektuali, I neh kureng sikit layan drama Melayu. Nora Elena yang hot semua orang sebut pun I tak tengok. Keh keh keh. Rugi kan?

Hai, nama saya Irfan. 

Dan nama saya Intan. :-)

Gila kurus Super K dekat gambar di atas tuh. Time tuh dia atas kapal lagik. Nampak sangat kekurangan kasih sayang. Huhuuu. So lepas neh, I kena teman dia naek kapal lah. ^.^

Ok sambung. Rasanya cerita Stanza Cinta neh I nak tengok lah. Errr mungkin sebab pelakon tuh guna nama Irfan. :-) Gigih I register ID dekat www.tonton.com.my tuh. Huuuu... Ok bai. Nak tidur awal. Esok nak pergi Port Dickson dengan Mama, Yeop, Along & Chacha. Yeayy! Nite! 

*mata lebam | kuat nanges atau kurang tidur? =.=