.love bite boleh buat kita saket jantung?

Salam.

Elehhhh cuak lettew baca tajuk entry I. Kuikuikui. Semalam, ada sorang geng kapal share cerita pasal love bite neh. Dia cakap, kalau buat love bite dekat leher, boleh kena saket jantung! Meh I copy paste dari ENTRY DIA

Daily Mail melaporkan seorang wanita separuh lumpuh selepas mengalami serangan sakit jantung sebagai akibat gigitan asmara yang dilakukan oleh kekasihnya. Wanita yang tidak dinyatakan namanya, dimasukkan ke hospital di Auckland selepas tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Kes itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan.

Para doktor mengesyaki wanita itu diserang sakit jantung walau pada mulanya gagal mengesan puncanya. Mereka kemudiannya memeriksa kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemukan punca serangan sakit jantung berkenaan.

Gigitan asmara itu menyebabkan kerosakan pada pembuluh darah itu dan pembentukan darah beku. Darah beku itu kemudian mengalir ke jantung mangsa, menyebabkan dia mengalami strok.


Lepas tuh malam tadi, I cerita dekat Super K pasal hal neh. I memang suka baca belog orang lepas tuh cerita balik dekat dia. Alaaaa....kira macam bedtime stories untuk dia lah. :-P

Intan : Sayang, sayang! Nak tau tak? Tadi kan, kawan kite tulis dekat belog dia. Kalau buat love bite dekat leher kan, boleh kena saket jantung!
Super K : Memang lah. 
Intan : Eh, mana awak tau?
Super K : Kalau buat love bite dekat leher lepas tuh kantoi (bagi yang belum kawen),  lepas tuh kena marah. Mesti lah terus kena sakit jantung. Hahahaha. (gelak menganjing)
Intan : Dem. Siut jer kena kan orang ek! Gggrr! (tahan marah)