.ain si perempuan desperate #5 - message dari kak-sue-bukan-nama-sebenar

Salam.

Terima kasih kepada pembaca blog intanurulfateha (dot) com

Terima kasih korang semua yang bagi komen dan pendapat. Akak sgt menghargainya, dan ada juga beberapa pembaca dan pengomen disitu yang sebenarnya pembaca dan pengomen blog akak jugak, mgkin kerana nama yang Intan gunakan maka Uolls tak perasan itu akak

Apa pun terima kasih jugak kepada yang sudi add akak kat FB, sebab mereka nak LIVE report tentang apa yg terjadi. (kalau cerita dunia realiti ni blh masuk rncgan cm AF tuh mesti akak menang) hahha.... (tawa dlm duka)

First, kita tak tahu apa yg En Ahmad dh janjikan kat si Ain nie masa dorg bercinta, mgkin jer lelaki ini menjanjikan yang wl apa pun yang terjadi dia akan terus menyayangi dan menyintai ain..Wallahualam. sebab itu maka Ain nie mendesak dan menuntut janji tersebut...mgkin aje mereka byk kenangan terindah -wallahualam, sehingga Ain nie jadi meracau histeria tahap gaban beranak 10 cm nie.....

Apa pun doa dari korg semua amat2 saya perlukan.... Itu kita dengar rintihan hati Ain, kita tak tahu jauh dlm sudut hati En Ahmad mcm mana, mgkin dia juga ada lagi menyimpan hati dn syg tuh kat Ain....- wallahualam, cuma doa adalah ubat dan penawar terbaik, Doa dlm sujud dan selepas salam dr korang amat2 sy hargai.........

Salam kasih syg dari kak-sue-bukan-nama-sebenar untuk kamu semua........

Sedih pulak I rasa... Hmmm... Kak Sue baca komen korang semua.. Dan dia pun sebenarnya seorang blogger. Mungkin korang kenal dan mungkin korang tak kenal.. I tak nak guna nama sebenar sebab benda neh kisah benar dan hal peribadi dia.. Dia yang suruh I kongsikan kisah ni dalam belog I dan mahu melihat pandangan orang luar pulak.

Apa-apa pun, Semoga Kak-Sue-Bukan-Nama-Sebenar tabah. Doa orang yang teraniaya ni, Allah SWT makbulkan.. Akak, kite sayang akak! *hugsss*