.ain si perempuan desperate #2 - email berbalas dari kak sue!

Salam.

Terima kasih atas feedback korang semua. Kak-Sue-Bukan-Nama-Sebenar sangat sangat lah terharu. Yang tak tahu cerita, klik SINI ek. Selepas 3 email yang di beri oleh Ain Desperado ini, Kak-Sue-Bukan-Nama-Sebenar tekad untuk membalas setelah berbincang dengan suami tersayang.... Ni email tersebut..... 

Waalaikummusalam.......

Saya menerima email ain. saya membaca dan cuba memahami.... tapi sampai sekarang saya tak faham. saya tak faham cm mana org mcm awk, yang nampak baik (nampak nyelah) tergamak meluah perasaan kat bekas kekasih yang dah jadi suami org... mcm perempaun yang x ada maruah pulak kan. mcm sgt terdesak.

Awk jadi kawin atau tidak itu urusan awk dan tak ada kena mengena dgn suami saya.... antara kamu berdua itu sejarah!!! saya dan dia..ITU HAKIKAT!!!! kami bahagia dgn apa yg kami ada hari ini.

saya tahu awk cuba menjaelmakan diri awak banyak kali dalam kehidupan saya...SANGAT BANYAK!!! dan awk berusaha keras untuk mendengar berita suami saya. kenapa??awk tak yakin yang kami sgt bahagia? itulah hakikatnya. Hati yang awk pernah hancurkan telah saya tampal, saya rawat lukanya, dan saya bahagiakan hati yang satu masa dulu mati kerana perangai awk..

Ain ... betul awk pilihan mertua saya, abah dan ma sgt syg awak, sebab kununnya awk baik, mulia, suci.... tak tercemar, muka pun nampak innocent jer, tapi hakikat bangkai dalam hati awk mereka tak tahu!!!! ppuan yang baik x kan terhegeh2 dgn lelaki yg dah lama menguburkan mereka jauh dlm lipatan sejarah..... Hakikatnya mak dan ayh mertua sy tak tahu awk masih menganggu kebahagiaan anak mereka!!!!....

Walaupun sy bukan pilihan mereka, dan mgkin mereka takkan syg dan terima saya seperti mereka syg dan terima awk.... hakikatnya...yang kongsi hidup dgn saya ialah suami sy, bukan keluarganya.

Suami sy ada menerima mail awk, tapi dia pun tak berminat nak balas, sebaliknya memberi saya membaca dan kemudian mengdeletnya nya......... itu x cukup ke menunjukkan pada awak, bahawa kehadiran awk tak diperlukan dalam hidup dia.....

awk kata hubungan awk dgn dia 3 tahun lebih...tapi dalam ms 3 tahun lebih itu berapa lama kamu berdua spend masa bersama?? berbanding saya dgn dia yang telah bersama selama 5 tahun, sebumbung...apa sahaja kami lakukan bersama, lagi byk kenangan kami cipta...lagi byk cinta kami yang berbunga.......

Apa yg membuatkan awk begitu yakin dia masih syg dan ingtkan awk? apa yg buat awk begitu yakin dia masih ada simpan ruang untuk awk? awk silap dan PERASAN sorg kalau beranggapan begitu.....

awk mintak saya duduk di tempat awk, tapi ada awk duduk ditempat saya sebagai seorg isteri dan suaminya masih di ganggu? awk ingt dgn cara awk buat ni boleh menyemarakkan lagi ingtan suami sy pada awk?? awk silap......... !!!! semakin awk dekat dgn kami, semakin kami bertaut rapat, semakin kami akrab, bukan saja sebagai suami isteri, malah kekasih juga sahabat, kerana kami berdua tak akn mengizinkan org mcm awk merosakkan cinta yang kami bina dgn penuh kepayahan...

Apa jer yg suami sy dah korbankan untuk awk, dan awk dah korbankan untuk dia??? berbanding kami telah berkorban terlalu byk benda berdua.... saya tidak mahu berkasar dgn awk ain....

saya menghormati awk sbgai org yag pernah mengenali suami saya, tapi cara awk yang cuba menggugatkan hubungan kami, takkan nak saya tengok dan diam....

Apa sebenarnya yang awk inginkan dr suami saya? apa ain?? apa lagi yang awk nak ? apa lagi yang awk tak puas hati?
Apa pendapat korang?
Rasa rasa Ain Desperado akan reply lagi tak?
=.='