.ain si perempuan desperate #3 - ain reply email itu!

Salam.

Masih lagi tentang Ain. Ye, memang betul sangkaan korang semua. Dia reply email Kak-Sue-Bukan-Nama-Sebenar. =.='

Kak,kan Ain dah cakap, Ain cuba lupakan Abg, tapi x tahu knp Ain x boleh. Bukan Ain mahu jadi begini. Ain tahu Kak bahagia dgn abg. 3 tahun tu pun mcm-2 Ain dah lalui dengan Abg. Berapa kali kitaorg clash, pastu sambung balik. Dia merayu Ain jgn tinggalkan dia, tapi akhirnya dia yang tinggalkan Ain.

Bukan Niat Ain nak ganggu Abg, tapi x tau knp Ain asyik teringat dia sejak kebelakangan ni. Bila Ain cuba coupel dgn org lain, ain selalu teringat pd Abg.

Kalau Ain ditempat Kak Sue, Ain sanggup kongsi suami Ain, sebab Ain tahu Ain dah lukakan hati kekasihnya. Ain tahu Ain bersalah sebab tu Abg tinggalkan Ain, tapi Ain tak diberi kesempatan pun untuk jelaskan apa yang berlaku sebenarnya pada Abg.

Ain tak mahu apa-apa dari Kak lagi, cuma ain mahu abg fikir semula apa yang pernah Ain dengan dia lalui sejak sekolah lagi.

Kalau ada jodoh lagi Ain dgn Abg, Ain masih terima Abg, dan hormatkan dia mcm dulu. Syg dia mcm dulu. Ain sanggup berkongsi Kak. Maaf sebab berlaku jujur, tapi Ain x mahu tipu diri Ain lagi yang Ain memang masih sygkan Abg mcm dulu.

Terpulang kat kak nak fikir apa dan cakap apa tentang Ain.
Mangkuk hayun punya Ain. Nak tau apa Kak-Sue-Bukan-Nama-Sebenar reply?

Siapa yang lukakan hati siapa.... saat saya menerima suami saya dalam hidup saya.... antara dia dah x ada apa2kan? awk dh ada jantan lain masa tuh kan? so?????? nak kata saya lukakan hati awk....

Ain selama ni saya cuba buat baik dgn awk, x mahu bermusuh dgn awk.... tapi????????????????????awk????? awk bertindak mengalahkan betina yang terdesak ank berlaki.... ke awak ni jenis kelapa dh ditebuk tupai..... terdesak sangat nak cari lelaki yang nak jadi pak sanggup, so awk cari suami saya???????????????????

Ain sy tak terhagak2 nak print semua nie dan bagi pada Ayah awk..... awk tentu tak mahu semua nie kecaoh mcm tuh kan????

bawak2 lah sedar diri tuh Ain.... dalam hidup lelaki dia bukan perlukan wanita muda dr dia, atau sekadar cantik.... dia juga perlukan isteri yang bijak..yang cerdik, yang tak memeningkan kepala dia!!! awk mampu????? saya dah ubah Ahmad 360 darjah dari yang awk tinggalkan......lepas tuh senang2 awk nak ambik apa yg saya ada??

kenapa masa dgn awk...awk tak ubah ikut apa yg awk mahu???????

pikir sendirilah ain...jgn jadi mcm ppuan x ada maruah!!!!

Kak-Sue Bukan-Nama-Sebenar akan pulang ke kampung untuk berjumpa dengan keluarga Ain Desperado ini.. Kita tunggu apa yang akan berlaku selepas ini. =.='

Pehh...dah macam telenovela dah I rasaaaa... Huhu. :-P