.ain si perempuan desperate #1

Salam.

As'mkum Kak Sue.
Apa Khabar? Ain hrp kak sihat

Kenapa kak x approve ain jadi fren list kak?

Kak marah Ain ke?

Kak Sue Ain ada satu perkara nak bagi tahu pd kak, Ain x jadi nikah. Ain dah putus. Tak tahu lah knp Ain susah nak terima org lain lepas Abg. Ain cuba tapi x sama. Perasaan Ain x blh terima.

Ain tahu kak marah kalau ain cakap mcm ni. Tapi nk bt mcm mana, Ain lama dengan Abg dulu. 3 tahun lebih dgn dia. Sampai sekarang pun Ain masih ingat dia, syg dia.

Kak maaf ye Ain berterus terang. Ain tak mampu simpan lagi. Ain masih syg abg. Rasanya Abg ingat Ain dan Syg ain lagi tak?

Kak, Ain mintak maaf kalau kak tersinggung. Maafkan Ain ye.

Ini adalah cerita kesinambungan daripada entry sebelum neh. Entry ni adalah permintaan dari Kak-Sue-Bukan-Nama-Sebenar. Dia nak mintak pendapat korang semua. Kepada yang tak tau cerita, Ain ni adalah ex-girlfriend kepada suami Kak-Sue-Bukan-Nama-Sebenar.

Sedikit info tentang Kak-Sue-Bukan-Nama-Sebenar.

  • Telah berkahwin dengan suaminya selama 5 tahun.
  • Belum di kurniakan cahaya mata tetapi masih berusaha.
  • Sentiasa tabah menghadapi dugaan.
  • Walaupun mempunyai masalah sendiri, masih mampu membantu rakan laen menyelesaikan masalah.
  • Dia seorang kakak yang best walaupun kadang kadang kepala otak masuk air. Kehkehkeh.

Kenapa lah perempuan molek macam dia neh 
boleh buat perangai ashamni?
=.='

Sebenarnya ada lagi 2 email yang si perempuan desperate neh hantar. Yang mula mula tadik tuh, email pertama... 

Kak, Ain minta maaf byk-2. Bukan niat Ain nak sakitkan hati Kak Sue.

Tapi Ain tak boleh sorok perasaan Ain pada Abg. Semua kenangan dgn Abg, Ain x blh nak lupakan.

Ain ada cuba message abg, tapi dia x balas, atau mungkin dia x baca message Ain. Ain cuma nak dia tahu Ain sayangkan dia. Ain tak pernah lupakan dia.

Kak, ada lagi ke peluang Ain? Ain malu nak tanya semua ini, tapi Ain dah x berdaya Kak. Ain rindukan Abg.

Kirim salam ain pada Abg ye. Sorry Kak Sue.

Dan ini email ketiga....

Kak, Ain tahu Kak marah sangat-2 dgn Ain. Tapi kak tolonglah faham hati Ain jugak. Kak x duduk di tempat Ain, kak x tahu apa yg Ain rasa.

Ain tak tahu dimana silap, Ain tak boleh lupakan Abg, Ain dah cuba.Ain masih cuba sampai sekarang. Kak marah sangat dgn Ain kan sampaikan Kak x balas langsung message Ain.Abg pun x balas message Ain.

Lama sangat-2 Ain tak dengar cerita kak dgn Abg.

Abg pun agaknya masih berdendam dgn Ain.

Ayah Ain pun selalu sebut nama Abg. Kak dtglah rumah Ain bila balik kampung nanti.

Kak jaga diri ye.

So, apa pendapat korang?
=.=