.tips untuk memenangi hati lelaki, cewah!

Salam.

Tajuk entry tak boleh blah. Kah kah. Rasanya dah lama I tak buat tips mengarut ek. Ok. Segmen tips kini bersambung ye tuan tuan dan puan puan sekalian. Heeee..

Ohh sebelum tuh, mau wish Happy 143days Anniversary dekat diri sendiri dan Super K. Suke dengan no 143 sebab..... sebab dia simbolik kepada I LOVE YOU! 

Orang kata, tak boleh cakap I love you, I miss you, I need you terlalu kerap. Nanti pasangan korang tuh bosan. Sebab dah selalu sangat dengar. Kan kan? =.=' Bila cakap sesekali, baru lah rasa, Wahhhh sweet jugak pakwe/makwe haku neh.. Kui kui kui.

Tapi kan, I neh suka bebeno cakap  I love you, I miss you, I need you  bagai neh. Kat sms, kat call. Ye lah, sebab bila kita cakap I love you, mesti dia akan jawap I love you too tak pun I love you more. Tapi tak tahu lah dia ikhlas ke tak... Kan? T________T

So, better keep your mouth shut dan tunggu dia yang cakap. Ok? Fuhh sejak dua menjak neh, I suka pulak buat eksperimen. Kui kui kui. DANNNN macam biasa, eksperimen I berjaya. Hoyeahhh!

Ni salah satu contoh.
Ngeeee~

Ok cukup. Kang I print screen bebanyak, ada jugak yang muntah pelangi dalam belog I neh. Ektuali biasa lah, I kan suka merajuk. Merajuk merajuk lepas tuh mintak dia pujuk. Lepas tu dia tanak pujuk lepas tuh I mengamuk. Lepas tuh nanges nanges nanges lepas tu penat dan demam. Lepas tu padan muka I, siapa suruh merajuk! Heh. :-P

Lelaki neh kadang kadang dia tak suka sangat kita asyik nak investigate dia 24 jam. Kejap kejap call, kejap kejap sms. Tanya, Sayang dekat mana? Dengan siapa? Dah makan ke belum? Ok. Mungkin dia akan cakap, dia tak kisah, dia tak rimas tapi KADANG KADANG mesti dia akan ada perasaan tuh cuma dia macam takut nak cakap dengan kita sebab pompuan neh kan hati tisu. Kang silap cakap kang, merajuk sampai lima belas tahun akan datang. :-D

Dan mungkin memang betul dia tak rimas, tapi orang sekeliling yang memandang tuh rimas. Nanti mesti orang tuh cakap, Ek eleh, orang laen pun ada gelpren jugak. Kau neh asek berkepit je dengan HP. Lenkali gantung HP tuh dekat leher. Dan bla bla bla... Bese lah, lelaki kalau bab bahan membahan neh dahsyat woo. Sampai boleh bergaduh gaduh.

So, untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku, better kurangkan lah kegiatan meng-investigate boipren anda dengan cara mendiamkan diri untuk beberapa ketika. Mungkin ini adalah masa yang paling baik untuk boipren anda muhasabah diri. Anda kepoh nak call and sms dia bukan sebab anda menyibuk tapi sebab anda sayang dia. Anda nak tau keadaan dia. Ok ke tak. Kan kan? Same lah macam I. I kepoh bersebab. Keh keh keh.

Time tu, mungkin boipren anda berasa Ohh aman nya dunia. Tak de lah bunyik HP, bunyik SMS. Tau senyap jugak gelpren haku neh. Tapi MESTI dia akan rasa kehilangan. Mesti dia akan rasa lain. Ye la, korang dah hari hari contact dia, hari hari sms dia. Tapi tetiba korang senyap. Kan? I bukan cakap kosong ye kawan kawan tapi I dah buat eksperimen. Mari kita lihat flashback~~

Aishiteruuu~
Aishiteruuuu~~
*Bunyi ringtone hp I*

Intan : Hello Assalamualaikum.
Super K : Wa'salam. Tengah buat apa?
Intan : Kite tengah surf website Air Asia.
Super K : (gelak) Kite nak bercuti dekat mana sayang?
Intan : Tak de lah, kite saja saja je tengok-tengok. AA tengah buat promotion.

*Borak borak dalam setengah jam*

Super K : Abang nak mandi dulu lah. Dah nak maghrib. Nanti Abang call balik malam sikit.
Intan : Ok.
Super K : Hmm...sayang call lah abang pulak.
Intan : Tanak.
Super K : (gelak) Ye la, nanti Abang call balik ye.
Intan : Ok. Bye. .
Super K : Bye. ILY.
Intan : ILYT. Assalamualaikum
Super K : Wa'salam.

See, siapa yang cakap ILY dulu? Keh keh. Mesti lah diaaaaaa! Dannn dia request suruh I yang call dia. Siapa call siapa bukan satu masalah atau beban sebab kami dapat Free Call dari Digi sebab guna Sub-line Digi. Nak cakap sampai tahun depan pun tak de masalah.

Tapi masalahnya sekarang, tak nak lah kerap sangat sebab banyak mata yang memandang dan MENYAMPAH. Sebab kadang-kadang I call salah timing. :'( Lepas tuh sentap bila tak dapat cakap. Dia kan sibuk kerja. So, better tunggu je lah dia call. (ayat pasrah) 

Sebenarnya semalam I dah sentap dengan dia. Dan I cakap dengan dia, I TAKKAN call atau sms dia dulu. Kalau dia nak cakap atau nak apa apa dari I, dia tau nak carik I dekat mana. Siapa kata lelaki punya ego je tinggi. Pompuan pun ada laaaaaa! :-P

Errr sebenarnya eksperimen neh baru je sehari.
Terpulang lah dekat korang nak ikut ke tanak.
Keh keh keh.