.super k, nak hadiah tak?

Lokasi : Melaka (Dalam kereta)
Keluar berTIGA untuk menonton Fast5 :)
(Me, Him and his Uncle)

Super K : Hari ni dah 123hari kan kita bersama?

Intan : Ha'ah.. Cantik kan nombor ni? Heeee... Sayang, kita nak hadiah!

Pakcik Super K : Haish, apa lah Intan neh. Mintak hadiah bla bla bla..

Intan : Eh, mana ada. Kita main main je. Pernah ke kita mintak apa apa dari awak. Kita bukan jenis yang meminta minta (Awak dah sayang kita dah cukup bersyukur sangat. Kita ada duit. Kita boleh beli sendiri apa-apa yang kita nak. Kita masih ada Mama & Abah.)

Super K : Abang tauu.. *senyum*

Intan : Esok kita exam pagi. Tak boleh balik lambat sangat.

Super K : Ok, lepas makan kita balik.

Masa Makan

Super K : Sayang suka jam digital ke jam ada jarum?

Intan : Kita suka digital. Senang nak tengok.

Super K : Laaa..kata nak nampak matang, kena lah pakai jam jarum.

Intan : Alaa..susah.... Hehe.

*Lepas makan, otw balik ke rumah sewa*

Super K : Lepas ni mesti susah nak jumpa. Esok saya kerja. Mungkin akan ke Perak. Abah ada ceramah dekat sana.

Intan : Abes ni last ke kita jumpa?  Kita cuti 4 bulan, sampai bulan sembilan.

Super K : Ya. Tapi kalau abang free, abang datang rumah ok.

Intan : Hmm ok. (tahan airmata) Bye. Bawak kereta elok elok. Assalamualaikum.

Super K : Emm sayang..

Intan : Ye?

Super K : Nah hadiah.. Happy 123days anniversary sayang..

Intan : OMG. *speechless sambil lap air mata*

*Siapa kata lelaki muka ganas tak sweet?*
*Heeee*

FLASHBACK
(2 - 3 minggu sebelum hari kejadian)

Intan : Sayang, jam kite bateri dia dah weak lah. Bila tekan lampu, dia dah tak menyala.

Super K : Brand apa jam tuh? Berapa harga beli.

Intan : Casio. Kita beli masa diploma dulu. RM200 lebih jer.

Super K : Tak pe la. Nanti ada masa, kita beli bateri jam baru k..

Intan : Hmm..Nanti cuti kita nak kerja lah. Nak beli jam baru. Kawan kita cakap jam kita macam jam power rangers. Siut jer. =.= Kita nak beli jam yang nampak matang.

Super K : Kalau nak nampak matang, beli lah jam ada jarum. 

Intan : Alaa...tak nak.....

*****

Lokasi : Dua tempat berlainan
Via : Sms

Intan : Thanks sangat sangat sangat... Kite sukaaaaaaa.. Kenapa belikan kita jam mahal mahal? Kita tak mintak pun. (Jam lama masih elok lagi. Tukar bateri dah lah. Kan?)

Super K : Bagus lah kalau sayang suka.

Intan : Kita tak mintak pun. Kita cakap main main je dalam kereta tadi.

Super K : Tak pe. Abang memang nak belikan pun. Takkan abang pakai jam mahal, awak pakai murah murah. Mesti lah abang nak awak pun pakai jam yang sama macam abang. (Eiii....tipu. Jam kita beli kat Malaysia. Jam awak dekat Jepun! :-P)

*Ok fine*
*Maknanya jam saya yang RM200 lebih tuh murah*
Kecik ati!
 =.='

Jam ni ada jarum dan juga digital!
:)

Super K : Sayang post ke gambar jam tu dekat FB?

Intan : Haah, kenapa?

Super K : Tak payah lah. Jangan menunjuk nunjuk. Biarlah kita low profile. Bla bla bla.. (membebel)

Intan : Ok, nanti kita delete. :) (tapi terpost dekat entry neh. tak pe kan? errr!)

*****

Walaupun sesibuk mana dia kerja, dia tak pernah lupa. Dia tak pernah langsung lupakan saya. Walaupun dia tak selalu sms saya, dia tetap akan call saya walaupun sekejap. Akan tetap curik masa untuk bertanya khabar walaupun tak lama.Walaupun soalan yang sama di tanya berulang kali. Dah makan ke belum? Sihat tak hari ni? Dah minum air putih ke belum? Saya tau, dia boleh jaga saya dengan baik. Dan boleh menjadi bapa yang baik kepada anak anak kami. EH?! Keh keh keh.

Kenapa lah 3 tahun lepas tak terus kapel dengan dia. Kalau tak, mesti dah kawen dan beranak pinak. Huhuhu. I don't regret my past I just regret the time I've wasted with the wrong people. Tapi semua tu boleh dijadikan panduan hidup. Saya patut bersyukur sebab Allah SWT menemukan orang yang salah sebelum menemukan orang yang betul untuk saya. InsyaAllah, semoga saya memang diciptakan olehNya dari tulang rusuk dia. :)

Happy 4m 2w and 4d Anniversary! 
Bersamaan dengan 138 hari.
Rasa macam dah lamaaaaa je. 
Ohyehh...kenal dah 3 tahun kot. Hihi

Errr...nak hadiah tak? 
Kalau nak, kena jumpa dulu!
:-P

Ohhh cepat lah hari Ahad.
Ting! Ting!
MIRACLES!