.something for him

Salam.

Kepada pompuan, bila tiba besday boipren je, mesti fenin nak carik hadiah apa. Sebab susah kot nak fikir apa yang patut di beri pada besday boipren tersayang. Kalau lelaki bagi pompuan, senang la. Boleh bagi teddy bear, munga, coklat, alaaa hadiah hadiah standard lah kan.. Kalau lelaki, susah I nak fikir. Balik balik jam, wallet, belt, baju.. 

Eh, orang cakap, tak elok bagi baju. Nanti jodoh tak kekal. Hmm memang pun. Ex-ex I dulu, semua I pernah bagi baju. Tapi Super K pun I penah belikan baju! Huwaaaaaa... Harap tuh sume mitos semata mata. T________T Kan kan kan?

Besday Super K beberapa hari lagi je. Besday dia 5/6/84. I pulak 10/12/86. Double dari besday dia. Seperti kami telah ditakdirkan jatuh cinta. EH! Macam tajuk lagu Kumpulan Spring jer. Apesal I layan lagu neh. T___T Oit, mana ada! T____T Kebetulan je lah! :-P

So, sekarang neh I tak tahu nak kasik apa. Ikut kan, kasik kasih sayang jer dah mencukupi. Dia mana pernah mintak apa-apa dari I. Kalau boleh, dia memang tanak guna duet I langsung, dia tak suka. Tapi I nak jugak bagi something yang buat dia gembira dan takkan lupakan sampai bila bila time besday dia kali ni. :') Kalau boleh, nak buat surprise. Heeeeeee~ Tapi bajet ala-ala student lah. Tak boleh lah demand sampai nak pergi dinner dekat hotel atau tempat mahal mahal. I belum ada kerjaya lagik. :-)

Apa ek nak kasik? 
Any ideas?
*dia takkan baca entry neh
sebab dia balik kampung, tak online huhu*