.mama, selamat hari ibu!

Salam.

Eh, hari ni Hari Ibu ker? I konfius sebenarnya sebab tarikh hari ibu berlainan setiap tahun. Boleh ek camtuh? =.=' I pun tak tau siapa yang jadi pelopor tarikh Hari Ibu neh. 

Kalau ikut dekat DEKAT SINI, dia cakap Hari Ibu jatuh pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei. Tapi semalam baru ahad minggu pertama. Kebetulan Hari Buruh. Takkan lah carry forward ke hari ni pulak. =.='

Dan kawan I pulak cakap, Hari Ibu jatuh pada hari Sabtu minggu pertama dalam bulan Mei. Sebab dia teringat dialog watak Mei Mei dalam Upin dan Ipin. Hari Ibu jatuh pada minggu pertama bulan saya, iaitu bulan Mei! HAHAHA. Yang ni sah pengaruh TV neh :-P

*mama, angah, chacha, along*
*gambar lame neh, 3 tahun lepas kalau tak silap*
Semua anak anak mama cantik macam mama!
:-)

Mama paling cantik dalam dunia. Mama paling baik dalam dunia. Mama satu satunya Mama Angah dalam dunia. Tenkiu sebab melahirkan Angah dan jaga Angah sampai Angah besar, cantik dan menawan, sama macam Mama. Duit poket mingguan up lagik minggu neh ekk. Keh keh keh.

Chacha : Ini kan mama Chacha, bukan Mama Angah.
Angah : Alaaaa...kita kongsi laaaa...
Chacha : Mana boleh, ni Mama Chacha sorang.
Angah : Gggrr! *aku sekeh jugak budak neh*

Tak kisah lah Hari Ibu jatuh pada hari apa pun, yang penting I sayang Mama I setiap hari. So, setiap hari adalah HARI IBU! Hoyeahhh!

Selamat Hari Ibu Mama!
I LOVE YOU SO MUCH!

Jom pergi Ariani, mama kata nak beli tudung.

Psst~
Jom kita pow abah.
Kui kui kui~~

Dan Selamat Hari Ibu untuk
bakal ibu mertuaaakuuuuu

Dan semua yang bergelar Ibu!
:-)