.segmen bersilat di dapur | puding caramel

Salam.

Hoyeahhh hoyeahhhh!!! Suke nyeeeeeeee.... I dah berjaya buat Puding Caramel dengan jayanya. Kuikuikui. Hebat jugak I neh kan kan? Tapi puding tuh macam lembek sikit lah. Ker dia memang lembek? Tapi puding tu sangat sedap ok. Tak kira lah lembek ke, keras ke, yang penting dia sedap. Rasa nak bagi je korang rasa kalau tak caya. Keh keh keh.

I buat puding neh sorang sorang jer. Ok tipu. Dengan Chacha sebenarnya. Dia tukang kacau telur sampai sudu jatuh dalam mangkuk. Memang mangkuk betul budak kecit neh. Hihihi. Cuak jugak mula-mula. I tanya mama, ashane nak kukus. Lepas tuh mama tunjuk lah cara mengukus. Gila vongok I neh, nak kukus pun tak reti. T__T

Lepas settle kukus semua, I sejukkan dalam freezer. Pesen tak menyabo I neh. Kuikuikui. Terus sejukkan dekat peti ais sebelah atas. Tapi takde lah ikan bagai dalam tuh sebab kat rumah I ada 3 peti ais. Yang I guna neh memang peti ais khas untuk air lahhhh..... =.= Sebelum I sejukkan, I tutup bekas loyang tuh guna aluminium foil. So, tak de lah bau bau lain yang akan melekat pada puding I. 

Hasilnyaaaa.... :-)

I sejukkan dalam 30 minit jer. Then, terus boleh makan. Gila teruja I time tuh. Mata berkaca kaca. Ting ting. Rasa macam nak pergi lari 363km sejam je nak bagitau semua orang I dah berjaya buat Puding Caramel tanpa gula nya hangus walau sedikit pun.. Bangga bangga~ Haha. Padahal puding ni lah antara puding yang sangat senang di buat di dunia. Hahaha. Diam diam sudeyyy....

So, kalau korang nak buat, boleh tengok resepi dekat SINI atau dekat SINI. Wish u luckkk! Tapi... jangan makan pusing neh selalu. Mama I cakap boleh sakit kencing manis sebab manis gila ok. Huhu. 

So, sila lah sediakan air mineral botol besar di sebelah pinggan puding anda setiap kali anda makan macam gambar dekat atas neh ok. :-p

Ok, I nak sambung breakfast makan puding. Feeling macam dok oversea lah konon makan puding caramel pagi pagi buta. Keh keh keh. Ok baiiiiiii!!!