.konsert terakhir double trouble

Salam.

Yeyerghhhh! Jommmmm pergi Konsert Double Trouble!!! Haha. Sejak bila ntah I terminat dekat rock rock neh. Kuikuikui. Mesti lah sejak aku mengenali dirimuuuuuuu.... ❤ Cewah! :-P

Ok fine. Memang dah berkurun I teringin nak pergi konsert neh, tapi asyik tak dapat pergi je. Sebab? Sebab I meskin, tak mampu beli tiket lepas tuh ada je halangan yang melanda. =.=' Tapi baru baru neh, besties I, Nabila ajak pergi. Bf dia pun pergi. Besties I, Zafirah & Noy pun maybe pergi. Cuma laila jer no respon. Tapi mejoriti macam nak pergi.

Lepas tuh kan, haruslah cakap dengan Super K. Cakap nak pergiiiiiiiiiii... Nak! Nak! Nak! Lepas tuh dia cakap, dia takut dia busy. Tapi dia pun nak pergi. Dia kan Rockers Beriman. Eleh! Lepas tuh dia cakap, kalau I tak dapat pergi tak pe lah, dia pergi sorang. BANYAK CANTIK!!!!


So kepada peminat peminat Search, Wings dan band band rock yang lain, jom lah pergi ramai ramai. Konsert neh akan diadakan di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 27 Mei 2011, start pukul 9 malam. Tapi ada karnival start dari 25 Mei dekat stadium tuh. I dah copy paste info tersebut dekat bawah neh.

“Apa yang boleh saya katakan, Konsert Lagenda Double Trouble ini merupakan konsert terakhir dalam siri jenama Double Trouble. Jadi, buat peminat kalau ingin saksikan gabungan Search dan Wings buat kali terakhir jangan lepaskan peluang untuk ke Melaka,” katanya.
“Menariknya, konsert di Melaka ini mampu memuatkan lebih 30,000 penonton. Selain menonton konsert, peminat yang hadir juga berpeluang untuk meninjau karnival yang diadakan dari 25 hingga 29 Mei di pekarangan stadium. Pelbagai aktiviti dan acara yang dianjurkan termasuk sukan rakyat, karaoke, konvoi motosikal Road To Dt Melaka 2011, makan amal anak yatim bersama menteri dan gerai-gerai jualan,” katanya. 
CREDIT : HERE

Korang boleh beli tiket secara online dekat SINI. RM73 untuk padang dan RM103 untuk kerusi di stadium. Kalau ada yang nak belanja I beli tiket, di alu alukan. Jasamu dikenang! Mekasih! ^.^