.my bedtime stories

Salam.

Makin hari, makin sayang. Makin hari, makin bahagia. :) Cewah! Rasa nak kasik penampar je kat diri sendiri. Ape kes merepek repek pepagi buta neh? Huhu. Oh yer, dekat sini masih pagi walaupun dekat area korang dah tengahari. Kuikuikui.

Korang suka maen sms? Atau korang lebih suka gayut tepon? I suka dedua sebab dedua FREEEEEEE with Digi! Tapi kan, Super K tak suka sms. Susah lah kalau nak sms dengan dia tuh. BUSY kannnnnnn... Elehhh.. Tapi kalau sesekali dapat sms dengan dia, kira sangat bersyukur lah. :-) Teringat time dia atas kapal dulu. Kalau dia dapat sms I, memang I akan melompat keriangan lah. Keh keh keh. Tapi masa tuh jarang sms sebab susah nak dapat coverage. Bukan sebab dia busy. :-P

Kali ni, catat rekod almost  2weeks tak jumpa dia. Gila tak meroyan I duduk dekat rumah neh. =.= Tu belum kira kalau dia nak belayar balik lepas raya nanti. 6bulan tak jumpa.. T__T Sep baek lah zaman sekarang ada handphone, ada internet. Kalau tak, terpaksa lah I karang surat hari hari sambil pegang tisu. T____T Sebab dia cakap, tak boleh kerap sangat jumpa. Nanti apa orang tua cakap. Ok. I paham. T___T

 Gambar hiasan.

Agak susah lah kalau nak gayut dekat tepon dengan dia lama-lama. Sebab kalau weekdays, dia balik kerja dah penat. Cakap yang perlu je la. Tapi malam tadi, sangat lama ok kami gayut. Dah lah hari ni sesubuh kala lagik dia dah pergi kerja. Kadang kadang, ada jugak rasa macam hilang fokus dan nak terlelap bila cakap dengan dia malam tadi tapi I cepat cepat back on track. Kang tetiba I cakap merapu rapu kang, tak memasal pulak kang tersalah sebut nama kang.. Dem ah. =.=

Malam tadi dia cerita pasal tanggungjawap suami kepada isteri.. Pasal agama. Kalau kiteorang dah kawen nanti, berdosa kalau dia tak marah I kalau I still freehair. Macam macam lah I kena ceramah. Banyak input yang I dapat. Memang pedih telinga tapi untuk kebaikan jugak. :-) Seronok dengar dia bagi nasihat, bagi ceramah. 

Sebelum neh, selalu jugak dia kasik I ceramah. Serius I suka dengar walaupun i tak berapa nak dengar kata. Dia cakap I degil dan dia cakap, ada cara nak buat I lembut. Ntah apa caranya ntah I pun tak tahu. Kena guna softener kot. Huhu. Keh keh keh. Mesti lah I nak carik bakal suami yang baik dan terbaik dan I rasa I dah jumpa orangnya. :-)  Ceramah malam tadik boleh dikatakan sebagai bedtime stories jugak lah sebab kena ceramah sebelum tidur. Heeeee..

Walaupun dia nakal, walaupun dia rock, dia tak pernah lupa untuk ingatkan I pasal hal hal macam tuh. Mungkin dia nampak low profile tapi dia banyak sangat ilmu. Thats why ILHim.  I'm glad I found him. Thanks Allah SWT. 

Semoga hubungan ini kekal hingga ke syurga.
Aminnnn~

Tak sabar nak tunggu hari ahad!
:)