.antara alasan lelaki untuk meninggalkan gelpren doang

Salam.

Walaupun I demam, seme seme dan batuk, I tetap nak update belog neh. Takkan nak terbaring je dekat katil macam kucen baru lepas besalin. Kan kan? :-D So kali neh, I nak merepek pasal alasan lelaki bila nak tinggalkan gelpren doang. ^^, Entry neh bukan nak kondem lelaki ye. Harap maklum. :-)


Focus on study
Ni alasan terbaik untuk boipren yang masih study. Kang kalau asek nak bekepit lapan puluh empat jam, ashane nak study. Kan? Kang kalau tak boleh focus study, tak dapat perform well dalam exam, masa depan pulak hancuss. Nanti nak kerja apa? Nak bagi anak dara orang makan apa? Pasir masak lemak cili api? Batu masak sweet sour? Tapi macam best je bunyiknye. Heeeee~

So, biasa nya lelaki akan cakap, Kalau ada jodoh tak kemana. Kalau kita ada jodoh, habes study nanti, I cari you semula. Itu pun kalau pompuan tu belum kawen dan belum ada anak lapan. Kalau tak, jadi lah bujang terlajak. :-P Eh tak tak. Banyak lagi pompuan laen dalam dunia neh. 

Tak de duit
Duit sangat penting okeyh dalam hubungan. $_$ Ting! Ting! Nampak tak I punya mata duitan dah keluar. Keh keh keh. Kalau kapel sama sama student, standard lah, boleh give and take. Kongsi duit sama sama. Hari ni you belanja I makan, esok I belanja you pulak ek! atau Hari ni you belanja I, nanti sem depan bila dapat loan PTPTN, I belanja you balik ek. Keh keh keh. 

Tapi kalau dapat GF yang dah berkerjaya haruslah lelaki tu rasa macam bela sugar mummy pulak. Ye lah, mana nak cekau duet nak banje GF. Takkan asek asek GF yang belanja macam macam, belikan hadiah mahal mahal walaupun GF tuh cakap, Don't worry abang. Sayang tak kisah. Sayang kan sayang abang. Ok fine. =.=' 

Mak dah ada calon
Ohh alasan ini I pernah dapat dulu =.= Tapi last last ex-BF I tuh kawen dengan orang laen jugak T__T Dem. Tapi tak pe. Yang lepas, biarkan lepas. Mungkin alasan ni tak logik dekat zaman moden neh tapi dah kalau mak dah carikkan calon, kena lah ikut jugak kan? Kang cakap derhaka kang. Tak pasal pasal jadi batu. Kan kan?

Nak kerja dulu dan tolong family
Alasan ini agak sweet. Bagus lelaki macam ni. Sejuk perut mak mengandung. Banyak tanggungjawap nak kena pikul. Lagi lagi kalau dia anak sulung dan ramai adik beradik kecik kecik yang masih sekolah. Time neh lah nak balas jasa mak ayah. Kalau lelaki ni memang jodoh korang, insyaAllah korang akan bersatu. Cewah! :-P

Berpura pura untuk hilang ingatan
Alasan ni paling tak boleh blah. Lagi lah kalau pakwe korang tu kenal kat tenet je lepas tu jumpa sekali dua lepas tuh bila pakwe korang tak boleh blah dengan korang, mula la buat perangai. Tak angkat fon, tak reply sms. Tau tau ada kawan pakwe korang atau sesapa yang claim sebagai sedara terdekat pakwe korang bagitau korang yang pakwe korang eksiden dan hilang ingatan.

Ok, sangat sadis. Tak gentleman langsung nak mintak clash dengan cara ni. Hilang ingatan sungguh baru tau! Hilang satu nikmat yang Tuhan beri. Kalau tak suka, cakap je tak suka walaupun korang rasa korang kejam. Jangan tipu tipu. Tak bagus ok. Tuhan marah.

Logik tak alasan neh?
Ape alasan bekas boipren korang pulak?
:)