.ada orang tuuuuuuu busyyyyyyyyyy.........

Salam.

Hangin betul I bila dapat pakwe yang busyyyyyyyyyyyyy gila pork. Mula lah I mengamuk ngamuk, menjerit jerit pepagi buta kan... Ok fine. Dia bukan busy sebab kerja tapi busy sebab keluarga. Ok ok. Bukan I tak faham. I faham, cuma biasa lah, I kan gedik. Muahahaha :-P

Super K dan sepupusss beliau. Cuba korang carik mana Super K.
Gambar neh I curik dari FB Bujang Senang.

Weekend adalah hari terbaik untuk bercinta, berdating, bertengok muvee, berkaraoke, dan ber ber ber yang lain. Tapi kan Super K balik JB sebab ada Family Day dekat resort mana ntah area JB tu. Gila besar pengumpulan sedara mara sepupu sepapat dia . Disebabkan I belum kawen dengan dia, mesti lah I tak boleh ikut. Ok fine. I pun balik lah rumah dekat Muar neh. Tak kuasa I duduk rumah sewa dekat Melaka tuh! 

Nak dijadikan klimaks untuk I mengamuk, malam tadi la, I call Super K, tapi tak angkat. Ok tak pe. Mungkin tengah sibuk dengan sedara mara keluarga dia. Dah pukul 12 malam, I call balik. Tak angkat jugak. Ok tak pe. Pukul 1 pagi I call tak angkat jugak. Haish, mana orang tua neh. Grrr. Last last I call abang ipar I. Fuhh nasib baik dia cakap Super K pergi mandi kolam. Tapi ape kejadahnya mandi kolam sampai pukul 1 pagi! Grrr!

Dalam pukul 2 pagi, I hantar sms pasrah dan sms good night. Dah penat call, dah penat marah marah. Dalam pukul 2 lebih, dia reply, cakap goodnight and iloveyou bagai. Mula mula hangin gak tapi at least dia sms I jugak. Tengah tengah sms dengan dia, I tertidoo........ Tuh memang dah biasa sangat lah. Kikikiki. :-P

Bila bangun pagi, tengok tak de misscalled pun. I hangin ah. Apesal dia neh. Dah lupa kat haku ke. Ggrr! Lepas tuh I call, tak angkat, sms pun tak reply. Dalam 15 minit lepas tuh, dia call balik cakap sori sebab masa I call tuh dia tengah mandi dan sekarang dia dalam kereta, dengan adik dan sepupu dia. Tapi memang sonyap lah dalam kereta tuh. Then I tanya lah Super K...

Intan : Sayang dalam kereta ke? Apesal senyap je? Mana semua orang?
Super K : Doang tengah dengar abang punch card.
Intan : Hah, padan muka. Apesal semalam tak call? Penat kita call beribu ribu kali. Ni baru ingat nak call. Dah lah call lambat. Bla bla bla... *membebel*
Super K : Alaa...abang memang selalu punch card merah. Selalu lambat. Kalau bukan merah, memang bukan abang lah. *gelak*

Haish budak pakwe neh. Kang aku tangan tangan kang. Orang serius, dia main main. Sabar jer lah nyahhh.... =.=' I bukannya nak control ke hape kan, tapi mesti lah I jeles dengan dia, pergi mandi kolam, pergi mandi laut, makan bbq, karaoke, lepak lepak borak borak dengan sedara. I dekat rumah neh makan hati berulam jantung jer. Huk huk huk.

Intan : Ye laaa..orang tu bbq. Kite kat rumah neh makan hati berulam jantung je.
Super K : Hah, sedap lah tuh.
Intan : WOIIII!!!!
Super K : *gelak*

Walau pun dia buat I marah, tapi dia dah neutral kan perasaan marah tuh dengan buat I gelak. Heeee.... Pakwe/makwe korang ashane pulak? :-)