.saya semakin gemuk dan...........

Cak! Hai korang... 

Salam.

Selamat hari Selasa. EH, baru hari selasa ke? Lambatnyeeeeeeeee nak hari Ahad! Ada apa dengan hari Ahad? Heeeee...mesti lah hari yang di tunggu tunggu. Apa lagik perkara yang akan buat I tertunggu tunggu selain tentang Super K kan? Keh keh keh. Kalau korang nak tau, korang pun kena tunggu lah! :) .

Oh ye, semalam dah pergi buat rambut baru. Macam biasa, orang comel sentiasa comel. :-D Lepas siap buat rambut, I text Super K nak cakap I dah on the way balik rumah. I text sebab takut dia tengah sibuk. Then dia call I... 

Intan : Sayang, ‎santek rambut baru kiteeeee...
Super K : Nak tengok. Tanak pun MMS dekat Abang.

Intan : Datang sini dulu, baru boleh tengok.

Super K : Ye la. Nanti Abang datang.

Dialog lebey kurang macam tuh lah. Memula rasa macam malas nak mms, tapi mms jugak lah. Tapi dia cakap, fon dia yang boleh mms tinggal dekat hotel, malas nak bawak both hp, poket penuh. (gedik + alasan) so habes kerja baru dapat tengok mms tuh. Ok tak pe. I hantar jugak lahh..

Lewat sket tuh, lepas dia habes kerja, dia call I semula. Cakap rambut I santek. Errr kalau tak santek pun, berani ke nak cakap I tak santek? Huhuuu. Tapi kan, lepas I tengok lama lama gambar I semula, I fokus dekat badan I. Ye la, sebelum neh fokus dekat rambut je. Maklum lah, rambut baru.. Hihihi.

Dan dekat gambar tuh, I rasa I nampak macam, GEMUK! Mungkin teknik amek gambar salah kot =.= Atau baju yang I pakai membuatkan I GEMUK atau memang I dah GEMUK? Oh yer, gambar gemuk tuh mesti lah I tanak tunjuk dekat sini. Nanti kena kutuk dengan korang semuaaaaa.. Huahuahua!

Oh menn.. ashane neh. Dah lah I berazam nak kurus semula time cuti semester neh tapi macam makin gemuk je padahal dekat rumah neh, I makan sikit kot. T_________T Alaaaa wiken nanti, kalau jumpa Super K, kang kalau dia mengesahkan statement I semakin gemuk ashane? Isk.. Tapiiiii......dia pun sebenarnya gemuk jugak. So tak boleh lah kutuk I gemuk!  Kan? :-P

Kalau I semakin gemuk dan cantik.
Dia pulak, semakin gemuk dan hensem.
Kira ok lettew :-P
SESUAI!

Siapa lagik nak puji diri kita 
selain kita sendiri kannn??????
:-P

Pasangan gemuk.

Kami gemuk sebab kami bahagia bersama.
:)

.bukan senang nak jadik cantik

a-must-watch-video!
:)

.potong rambut LAGI?

Intan : Sayang, kite nak keluar kejap lagi. Pergi bankin duet lepas tuh nak pergi salon rambut, nak potong rambut sikit.
Super K : Oii...jangan potong lah. (Sepantas kilat dia reply sms I! Kuikuikui)
Intan : Alaaa...sikitttt je la.. Rambut kita dah buruk neh.
Super K : Ok. Tapi sikit je tau.
Intan : Baik! :-)

Salam.

Heeeeee.. ramai lelaki suka perempuan rambut panjang dan sama jugak macam Super K. 3 tahun lepas, dia kenal I dengan seorang gadis comel berambut panjang. (gedik betul cakap diri sendiri comel walaupun ianya kenyataan. hakhak) Tapi pertengahan tahun lepas I buat keputusan drastik untuk memotong rambut menjadi begitu pendek! Masa I potong tuh, rambut I dah nak cecah pinggang dah. Dan sekarang rambut I merajuk dan lambat tumbuh. Cis!

Wek! Padan muka kau Intan.
Siapa suruh potong!

Super K cerita dekat I, dia memang agak regret bila first time dia jumpa I setelah 3 tahun terpisah, rambut I dah jadik kontot. Dia cakap dalam hati, Berani nye budak ni potong rambut dia. Tak sayang ke?

Gila ah.
Tak pernah terfikir akan potong rambut sependek ni!

Dan memang I sayang dan menyesal............ T__T Dan I takkan potong rambut I melaenkan pergi trim jer. Satgi I nak pergi repair rambut dekat salon. Sempat je I taip entry sementara nak tunggu adik I bersiap. Tadi I sms Mama....

Mama, pukul 3 kang Angah singgah klinik Mama, nak amek duit. Hehe. Angah nak pergi buat rambut. Heee. Tq!

*Sepantas kilat mama call*

Mama : Siapa hantar? Yeop ek? Bawak Chacha tak? 
Intan : Bawak, ni baru nak mandikan dia.
Mama : Nanti cakap dekat Yeop, lepas hantar Angah, terus balik rumah. Tak payah tunggu. Mesti lambat. Suruh dia balik rumah dulu. Mana tau, mama nak buat  rambut jugak. Nanti boleh mama datang balik dengan Yeop. (gelak)

HAHA. 
Comel betul mama I.
Kami memang sekepala 
ILY Mama! 

Dan mama antara orang yang 
SANGAT MARAH 
bila I potong rambut.
Ampunnnn..

Lepas ni janji tak potong lagi....
Heeee~ 

.my bedtime stories

Salam.

Makin hari, makin sayang. Makin hari, makin bahagia. :) Cewah! Rasa nak kasik penampar je kat diri sendiri. Ape kes merepek repek pepagi buta neh? Huhu. Oh yer, dekat sini masih pagi walaupun dekat area korang dah tengahari. Kuikuikui.

Korang suka maen sms? Atau korang lebih suka gayut tepon? I suka dedua sebab dedua FREEEEEEE with Digi! Tapi kan, Super K tak suka sms. Susah lah kalau nak sms dengan dia tuh. BUSY kannnnnnn... Elehhh.. Tapi kalau sesekali dapat sms dengan dia, kira sangat bersyukur lah. :-) Teringat time dia atas kapal dulu. Kalau dia dapat sms I, memang I akan melompat keriangan lah. Keh keh keh. Tapi masa tuh jarang sms sebab susah nak dapat coverage. Bukan sebab dia busy. :-P

Kali ni, catat rekod almost  2weeks tak jumpa dia. Gila tak meroyan I duduk dekat rumah neh. =.= Tu belum kira kalau dia nak belayar balik lepas raya nanti. 6bulan tak jumpa.. T__T Sep baek lah zaman sekarang ada handphone, ada internet. Kalau tak, terpaksa lah I karang surat hari hari sambil pegang tisu. T____T Sebab dia cakap, tak boleh kerap sangat jumpa. Nanti apa orang tua cakap. Ok. I paham. T___T

 Gambar hiasan.

Agak susah lah kalau nak gayut dekat tepon dengan dia lama-lama. Sebab kalau weekdays, dia balik kerja dah penat. Cakap yang perlu je la. Tapi malam tadi, sangat lama ok kami gayut. Dah lah hari ni sesubuh kala lagik dia dah pergi kerja. Kadang kadang, ada jugak rasa macam hilang fokus dan nak terlelap bila cakap dengan dia malam tadi tapi I cepat cepat back on track. Kang tetiba I cakap merapu rapu kang, tak memasal pulak kang tersalah sebut nama kang.. Dem ah. =.=

Malam tadi dia cerita pasal tanggungjawap suami kepada isteri.. Pasal agama. Kalau kiteorang dah kawen nanti, berdosa kalau dia tak marah I kalau I still freehair. Macam macam lah I kena ceramah. Banyak input yang I dapat. Memang pedih telinga tapi untuk kebaikan jugak. :-) Seronok dengar dia bagi nasihat, bagi ceramah. 

Sebelum neh, selalu jugak dia kasik I ceramah. Serius I suka dengar walaupun i tak berapa nak dengar kata. Dia cakap I degil dan dia cakap, ada cara nak buat I lembut. Ntah apa caranya ntah I pun tak tahu. Kena guna softener kot. Huhu. Keh keh keh. Mesti lah I nak carik bakal suami yang baik dan terbaik dan I rasa I dah jumpa orangnya. :-)  Ceramah malam tadik boleh dikatakan sebagai bedtime stories jugak lah sebab kena ceramah sebelum tidur. Heeeee..

Walaupun dia nakal, walaupun dia rock, dia tak pernah lupa untuk ingatkan I pasal hal hal macam tuh. Mungkin dia nampak low profile tapi dia banyak sangat ilmu. Thats why ILHim.  I'm glad I found him. Thanks Allah SWT. 

Semoga hubungan ini kekal hingga ke syurga.
Aminnnn~

Tak sabar nak tunggu hari ahad!
:)

.i'm counting the days!

Sabar Intan~
*senyum*

Busyyyyyyyyy sangat sekarang.
Sorry kalau lepas ni jarang update belog.

.November 28, 2010 at 5:52pm


Intan, abang out dulu la ye dik. Kapal nak kuar. Abang nak mandi, dah senja ni. Dalam bilik abang takde line dah. Intan jaga diri, jaga ksihatan, jaga solat, jaga adik yang comel tu bebaik tau. Nanti ade mase kite borak lagi. Abang suka borak dengan Intan :-) Nice. Jangan saket saket. Jangan sedih sedih. Mesti mahu tenang dan happy macam abang jugak ;-) Dik, take care. Salam.

I miss that moment.
I miss the way he comforts me.


T________________________T
*lap airmata*

.persatuan geng kapal

Salam.

Hoyeahhh! Hoyeahh! Persatuan Geng Kapal kini berwajah baru. Saja semalam mintak kebenaran dari admin PGK untuk make over belog tuh. Thanks pada Kak Liza. Dah congrats jugak kepada Tuan Presiden Persatuan Geng Kapal sebab dah ada belog! Hoyeahh! Happy blogging Kak Azie..

Dan kepada geng geng kapal yang lain, rerajin lah ek update belog. I loikeeee baca entry korang yang sweet sweeet gituh. Kalau nak suruh I tolong make over belog, boleh saja. Email I dekat - intanurulfateha@gmail.com Murah jer, tak mahal pun. Bagitau je nak design ashane and i'll do it for u.. Heee. 

Till then. Tata. :')

.survey baju kawen!

Salam.

Aci tak kalau pergi survey baju kawen tak bawak bakal pengantin lelaki? Aci tak kalau pergi kursus kawen bukan dengan bakal suami tapi dengan kawan kawan? Aci aci bukak pintu tak? =.=' Kursus kawen tak pegy lagik neh. Adoii..

Bakal suami I bz. So, kena lah pergi survey baju kawen sendirik. =.= Dari first boipren dulu, sampai lah boipren ke sekarang (mak ai, banyaknya boipren haku), I cakap doang, kalau nak kawen, I nak tema MERAH HITAM PUTIH. Lepas tuh nak letak bunga rose merah dengan putih banyak banyakkkkkk! Aww~ Mestiiiiiii santek! :-)

Kalau tak silap I, tema warna neh kan dia ikut musim. Ada satu masa tuh, I pergi kenduri kawen, semua tema gold. Tapi I peduli apa. I tetap nak kaler MERAH HITAM PUTIH. :) Tak kisah lah orang cakap I outdated ke hape ke.... Heee... Lepas tuh nak buat tema ala ala garden. Super K pun cakap nak camtuh. Tapi I cakap, tema garden buat dekat rumah I. Tak kira! :-P

Dalam kepala otak da ada dah senarai nak jemput sapa, nak kasik jemputan makan hape, goodies bag, siapa pengapit... Huiii... Macam3 lah. Kalau tulis mesti tak cukup kertas. Kuikuikui. 

Baju I nak warna merah camni.
Santeknyeeeee Irma :)

Walaupun I suka warna PINK, tapi time kawen I tanak lah warna pink. Semalam borak borak dengan Super K pasal baju raya. I cakap, I nak kirim shawl dari kawan I dekat Egypt, nak pakai time raya. I tanya dia, nak beli warna apa. Dia cakap, tolong lah jangan warna pink. Hehe. Dia suruh try purple. :) ataupun kelabu taik anjing. Siut jer. =.=

Eh, tunggu next entry k. 

Nanti I tunjuk baju apa yang I pilih 
dekat butik pengantin esok.
:)

.antara alasan lelaki untuk meninggalkan gelpren doang

Salam.

Walaupun I demam, seme seme dan batuk, I tetap nak update belog neh. Takkan nak terbaring je dekat katil macam kucen baru lepas besalin. Kan kan? :-D So kali neh, I nak merepek pasal alasan lelaki bila nak tinggalkan gelpren doang. ^^, Entry neh bukan nak kondem lelaki ye. Harap maklum. :-)


Focus on study
Ni alasan terbaik untuk boipren yang masih study. Kang kalau asek nak bekepit lapan puluh empat jam, ashane nak study. Kan? Kang kalau tak boleh focus study, tak dapat perform well dalam exam, masa depan pulak hancuss. Nanti nak kerja apa? Nak bagi anak dara orang makan apa? Pasir masak lemak cili api? Batu masak sweet sour? Tapi macam best je bunyiknye. Heeeee~

So, biasa nya lelaki akan cakap, Kalau ada jodoh tak kemana. Kalau kita ada jodoh, habes study nanti, I cari you semula. Itu pun kalau pompuan tu belum kawen dan belum ada anak lapan. Kalau tak, jadi lah bujang terlajak. :-P Eh tak tak. Banyak lagi pompuan laen dalam dunia neh. 

Tak de duit
Duit sangat penting okeyh dalam hubungan. $_$ Ting! Ting! Nampak tak I punya mata duitan dah keluar. Keh keh keh. Kalau kapel sama sama student, standard lah, boleh give and take. Kongsi duit sama sama. Hari ni you belanja I makan, esok I belanja you pulak ek! atau Hari ni you belanja I, nanti sem depan bila dapat loan PTPTN, I belanja you balik ek. Keh keh keh. 

Tapi kalau dapat GF yang dah berkerjaya haruslah lelaki tu rasa macam bela sugar mummy pulak. Ye lah, mana nak cekau duet nak banje GF. Takkan asek asek GF yang belanja macam macam, belikan hadiah mahal mahal walaupun GF tuh cakap, Don't worry abang. Sayang tak kisah. Sayang kan sayang abang. Ok fine. =.=' 

Mak dah ada calon
Ohh alasan ini I pernah dapat dulu =.= Tapi last last ex-BF I tuh kawen dengan orang laen jugak T__T Dem. Tapi tak pe. Yang lepas, biarkan lepas. Mungkin alasan ni tak logik dekat zaman moden neh tapi dah kalau mak dah carikkan calon, kena lah ikut jugak kan? Kang cakap derhaka kang. Tak pasal pasal jadi batu. Kan kan?

Nak kerja dulu dan tolong family
Alasan ini agak sweet. Bagus lelaki macam ni. Sejuk perut mak mengandung. Banyak tanggungjawap nak kena pikul. Lagi lagi kalau dia anak sulung dan ramai adik beradik kecik kecik yang masih sekolah. Time neh lah nak balas jasa mak ayah. Kalau lelaki ni memang jodoh korang, insyaAllah korang akan bersatu. Cewah! :-P

Berpura pura untuk hilang ingatan
Alasan ni paling tak boleh blah. Lagi lah kalau pakwe korang tu kenal kat tenet je lepas tu jumpa sekali dua lepas tuh bila pakwe korang tak boleh blah dengan korang, mula la buat perangai. Tak angkat fon, tak reply sms. Tau tau ada kawan pakwe korang atau sesapa yang claim sebagai sedara terdekat pakwe korang bagitau korang yang pakwe korang eksiden dan hilang ingatan.

Ok, sangat sadis. Tak gentleman langsung nak mintak clash dengan cara ni. Hilang ingatan sungguh baru tau! Hilang satu nikmat yang Tuhan beri. Kalau tak suka, cakap je tak suka walaupun korang rasa korang kejam. Jangan tipu tipu. Tak bagus ok. Tuhan marah.

Logik tak alasan neh?
Ape alasan bekas boipren korang pulak?
:)

.chenta hati sang pelaut ❤

Salam.

Kali ni I nak cerita pasal group rahsia dalam FB iaitu Cinta Hati Sang Pelaut (CHSP). Ektuali group neh untuk gelpren gelpren(I lettew! :-P), tunang tunang dan juga isteri isteri pelaut atau dalam bahasa orang putihnya Seafarers. :-) Mereka semua kental, kuat dan sabar menunggu kesayangan masing masing pulang ke darat. Tiba tiba teringat time nak tunggu Super K sign off dari kapal dia dulu. Seksaaaaa woo! Lamaaaaa gila... =.=

Dalam group neh, ada 114 orang ahli tak berdaftar sebab group neh belum di daftarkan lagik. Cik Inzz yang create group neh dan dari group neh, I dapat raaaaaaaamaii kawan baru! SERONOK sangat! Dan mesti lah MOKDE kesayangan I yang invite sebab bakal pokde I (Pokde kepada Super K) pun Seafarers! ^^,

Kiteorang selalu share problem dan kegembiraan bersama-sama. Sebelum tuh, I nak cakap sebenarnya ada lagi 2 group yang I join tentang kapal kapal neh. Fungsi dia sama jer tapi I lagik rapat dengan group CHSP neh.. :-) Dan ada satu group neh yang dah siap masuk Majalah Jelita tauuu! Glemer lah you all~ :-)

Maaflah yer, terpaksa conteng Display Picture kawan kawan I neh dan juga nama nama mereka. Demi keselamatan  mereka semuaaaaa... ^^, Al maklumlah, group neh kan RAHSIAAAAAAA! Kih kih kih. Meh I kopipes semula apa yang kawan I tulis dekat wallpost CHSP tuh.

Semalam dok borak borak dengan Incik BF.. Then dia banyak sangat story masa atas kapal. Dia kata benda yang membuatkan dieorang happy sangat sangat masa atas kapal ialah dapat email dari buah hati masing masing. Time tu rasa nak nanges je. Sebak~

See? Kawan I siap nak nanges sebab sebak bila BF dia cakap macam tuh. Sweet lah BF dia tuh. Seafarers neh memang payah sikit nak communicate dengan orang darat. Sekarang dah ada AMOS. I pun tak sure sangat pasal AMOS tapi menurut kawan I, AMOS neh macam sistem yang membolehkan seafarers neh hantar email. So mesti lah kawan kawan I neh setiap hari refresh email sebab nak tunggu kesayangan mereka punya email. :)

Bila dah rapat, dah selalu borak dalam group neh, dan bila tetiba tak dengar khabar dalam sehari, mesti akan rindu. Sebagai contoh, gambar dekat atas neh. :)

Missing someone gets easier everyday because even though you are one day further from the last time you saw them, you are one day closer to the next time you will.

Rindu pulak dekat Nur Intan, xxx, xxx dan lain2...

Saya busy...moh ke perak pulak arini. 

Walaupun belum pernah jumpa tapi kami rapat. Dan ada juga dikalangan mereka yang duduk berhampiran dan telah menjadi kawan baik. Dapat lah selalu jumpa. Bila BF, tunang atau suami masih dalam pelayaran, mesti lah bosan duduk rumah. So, ini lah masa untuk hang out dan habeskan masa dengan rakan rakan yang senasib. :-)

Dan ada juga kawan yang meluahkan rasa tak puas hati bila menghadapi sesuatu masalah. So sebagai kawan, kita boleh lah bertukar tukar pendapat dan bagi nasihat jika perlu. Tengok macam ayat I dekat atas neh, straight to the point. Keh keh keh. Kes kawan I neh adalah ex-GF kepada ex-BF kawan I neh asyik tak puas hati. Padahal kawan I neh dah kahwin. So, kawan I neh menyampah dengan perempuan tuh sebab tak habes habes buat masalah. Begitu lah ceritanya wahai kawan kawan ku sekeliannn.... :-P

Mari kita lihat wallpost yang ni pulak. 

My 1st anniversary with beloved husband.. Tapi tak ada wish Verbally dari Mr. Husband. coz still atas laut. But he wish me in advance yesterday through amos email.. Waiting for his called when he reach japan soon. InsyaAllah.. Amen..

Kesian dekat kawan I yang neh. Hubby dia baru belayar so, tak dapat lah celebrate anniversary sama-sama. Ini lah namanya pengorbanan seorang isteri. Ohh I tak dapat bayangkan bila lepas kawen nanti, Super K pergi belayar. Mesti kena beli stok baldi untuk tadah airmata. T______T Ohh ohhh Tuhanku... kuatkan lah hati jantung limpa paru paru dan organ organ laenkuu.... Hukhuk.

Tak lupa jugak berkongsi kegembiraan dalam dunia masakan! Tukar tukar resepi. Syok wooo.. Nanti nak try lah buat APAM POLKA DOT! Heeee~

Dan....
I pun ada jugak share story dalam group CHSP neh
:)









(malu lah nak tunjuk!)








Dah baca, sila diam.
I malas nak kopipes semula.

Ok bai.
Tiba tiba sedih nak tunggu lepas raya.
TISU PLEASEEEEEEEE!

.tips untuk memenangi hati lelaki, cewah!

Salam.

Tajuk entry tak boleh blah. Kah kah. Rasanya dah lama I tak buat tips mengarut ek. Ok. Segmen tips kini bersambung ye tuan tuan dan puan puan sekalian. Heeee..

Ohh sebelum tuh, mau wish Happy 143days Anniversary dekat diri sendiri dan Super K. Suke dengan no 143 sebab..... sebab dia simbolik kepada I LOVE YOU! 

Orang kata, tak boleh cakap I love you, I miss you, I need you terlalu kerap. Nanti pasangan korang tuh bosan. Sebab dah selalu sangat dengar. Kan kan? =.=' Bila cakap sesekali, baru lah rasa, Wahhhh sweet jugak pakwe/makwe haku neh.. Kui kui kui.

Tapi kan, I neh suka bebeno cakap  I love you, I miss you, I need you  bagai neh. Kat sms, kat call. Ye lah, sebab bila kita cakap I love you, mesti dia akan jawap I love you too tak pun I love you more. Tapi tak tahu lah dia ikhlas ke tak... Kan? T________T

So, better keep your mouth shut dan tunggu dia yang cakap. Ok? Fuhh sejak dua menjak neh, I suka pulak buat eksperimen. Kui kui kui. DANNNN macam biasa, eksperimen I berjaya. Hoyeahhh!

Ni salah satu contoh.
Ngeeee~

Ok cukup. Kang I print screen bebanyak, ada jugak yang muntah pelangi dalam belog I neh. Ektuali biasa lah, I kan suka merajuk. Merajuk merajuk lepas tuh mintak dia pujuk. Lepas tu dia tanak pujuk lepas tuh I mengamuk. Lepas tuh nanges nanges nanges lepas tu penat dan demam. Lepas tu padan muka I, siapa suruh merajuk! Heh. :-P

Lelaki neh kadang kadang dia tak suka sangat kita asyik nak investigate dia 24 jam. Kejap kejap call, kejap kejap sms. Tanya, Sayang dekat mana? Dengan siapa? Dah makan ke belum? Ok. Mungkin dia akan cakap, dia tak kisah, dia tak rimas tapi KADANG KADANG mesti dia akan ada perasaan tuh cuma dia macam takut nak cakap dengan kita sebab pompuan neh kan hati tisu. Kang silap cakap kang, merajuk sampai lima belas tahun akan datang. :-D

Dan mungkin memang betul dia tak rimas, tapi orang sekeliling yang memandang tuh rimas. Nanti mesti orang tuh cakap, Ek eleh, orang laen pun ada gelpren jugak. Kau neh asek berkepit je dengan HP. Lenkali gantung HP tuh dekat leher. Dan bla bla bla... Bese lah, lelaki kalau bab bahan membahan neh dahsyat woo. Sampai boleh bergaduh gaduh.

So, untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku, better kurangkan lah kegiatan meng-investigate boipren anda dengan cara mendiamkan diri untuk beberapa ketika. Mungkin ini adalah masa yang paling baik untuk boipren anda muhasabah diri. Anda kepoh nak call and sms dia bukan sebab anda menyibuk tapi sebab anda sayang dia. Anda nak tau keadaan dia. Ok ke tak. Kan kan? Same lah macam I. I kepoh bersebab. Keh keh keh.

Time tu, mungkin boipren anda berasa Ohh aman nya dunia. Tak de lah bunyik HP, bunyik SMS. Tau senyap jugak gelpren haku neh. Tapi MESTI dia akan rasa kehilangan. Mesti dia akan rasa lain. Ye la, korang dah hari hari contact dia, hari hari sms dia. Tapi tetiba korang senyap. Kan? I bukan cakap kosong ye kawan kawan tapi I dah buat eksperimen. Mari kita lihat flashback~~

Aishiteruuu~
Aishiteruuuu~~
*Bunyi ringtone hp I*

Intan : Hello Assalamualaikum.
Super K : Wa'salam. Tengah buat apa?
Intan : Kite tengah surf website Air Asia.
Super K : (gelak) Kite nak bercuti dekat mana sayang?
Intan : Tak de lah, kite saja saja je tengok-tengok. AA tengah buat promotion.

*Borak borak dalam setengah jam*

Super K : Abang nak mandi dulu lah. Dah nak maghrib. Nanti Abang call balik malam sikit.
Intan : Ok.
Super K : Hmm...sayang call lah abang pulak.
Intan : Tanak.
Super K : (gelak) Ye la, nanti Abang call balik ye.
Intan : Ok. Bye. .
Super K : Bye. ILY.
Intan : ILYT. Assalamualaikum
Super K : Wa'salam.

See, siapa yang cakap ILY dulu? Keh keh. Mesti lah diaaaaaa! Dannn dia request suruh I yang call dia. Siapa call siapa bukan satu masalah atau beban sebab kami dapat Free Call dari Digi sebab guna Sub-line Digi. Nak cakap sampai tahun depan pun tak de masalah.

Tapi masalahnya sekarang, tak nak lah kerap sangat sebab banyak mata yang memandang dan MENYAMPAH. Sebab kadang-kadang I call salah timing. :'( Lepas tuh sentap bila tak dapat cakap. Dia kan sibuk kerja. So, better tunggu je lah dia call. (ayat pasrah) 

Sebenarnya semalam I dah sentap dengan dia. Dan I cakap dengan dia, I TAKKAN call atau sms dia dulu. Kalau dia nak cakap atau nak apa apa dari I, dia tau nak carik I dekat mana. Siapa kata lelaki punya ego je tinggi. Pompuan pun ada laaaaaa! :-P

Errr sebenarnya eksperimen neh baru je sehari.
Terpulang lah dekat korang nak ikut ke tanak.
Keh keh keh.

.pernah tak korang rasa?

Salam.

Pernah tak korang rasa rindu dekat orang sampai nak nanges. Ok tipu. Bukan sampai nak nanges. Dah nanges pun. Nangis tak benti benti. Makin laju pulak die. Isk.. T___T

Lepas tuh kan, pernah tak korang rasa, bila dengar sesebuah lagu tuh, korang rasa macam, Dem ah, apesal lagu neh macam ni? Apesal lagu neh mendayu dayu. Dannnn airmata pun mengalir dengan lajunya....

Ker I sorang yang rasa semua neh?

Kalau I sorang yang rasa,
maka eksperimen keatas diri I berjaya.

Maka benarlah, I seorang
ALIEN.
=.='

.menggigil

Sumpah tatau nak buat apa.
Sumpah tatau nak cakap apa.
Tangan menggigil.
Terkejut.
Tersentap.
 *lap airmata*

Tuhan, tolong bagi aku kekuatan. :'(

.apa alasan pakwe atau makwe anda?

Salam.

Weehuuuuuee~ Korang suka gayut tepon tak?? Penah tak dalam satu ketika, korang dah habes idea dah, tatau dah nak membebel hape dalam fon tuh. Kadang kadang terdiam. Nanti mula lah keluar dialog, 

"Kenapa awak diam? 
Awak cakap lah." 

"Eh, awak lah cakap. 
Saya suka dengar awak cakap.
Suka dengar suara awak." 

=.='

Elehhhhhhhh! Padahal dah takde modal mau cakap. Kuikuikui. Lepas tuh, mula lah kasik alasan, "Saya nak terbery lah..Saya pegi toilet dulu ek. Nanti saya call awak balik" Pastu tu tunggu punya tunggu, tak call call pun. =.= Tak de ke alasan yang best sket? Dah menyampah lettew dengar suara I. Ingat I tak menyampah ke dengar suara dia? Keh keh keh. :-P (Oit pakwe. Jangan sentap ekk. I gurau je laaaaaaa!)

So korang pulak ashane? Ape alasan pakwe/makwe korang bile dah menyampah dengar suara korang? Kuikuikui.

.something for him

Salam.

Kepada pompuan, bila tiba besday boipren je, mesti fenin nak carik hadiah apa. Sebab susah kot nak fikir apa yang patut di beri pada besday boipren tersayang. Kalau lelaki bagi pompuan, senang la. Boleh bagi teddy bear, munga, coklat, alaaa hadiah hadiah standard lah kan.. Kalau lelaki, susah I nak fikir. Balik balik jam, wallet, belt, baju.. 

Eh, orang cakap, tak elok bagi baju. Nanti jodoh tak kekal. Hmm memang pun. Ex-ex I dulu, semua I pernah bagi baju. Tapi Super K pun I penah belikan baju! Huwaaaaaa... Harap tuh sume mitos semata mata. T________T Kan kan kan?

Besday Super K beberapa hari lagi je. Besday dia 5/6/84. I pulak 10/12/86. Double dari besday dia. Seperti kami telah ditakdirkan jatuh cinta. EH! Macam tajuk lagu Kumpulan Spring jer. Apesal I layan lagu neh. T___T Oit, mana ada! T____T Kebetulan je lah! :-P

So, sekarang neh I tak tahu nak kasik apa. Ikut kan, kasik kasih sayang jer dah mencukupi. Dia mana pernah mintak apa-apa dari I. Kalau boleh, dia memang tanak guna duet I langsung, dia tak suka. Tapi I nak jugak bagi something yang buat dia gembira dan takkan lupakan sampai bila bila time besday dia kali ni. :') Kalau boleh, nak buat surprise. Heeeeeee~ Tapi bajet ala-ala student lah. Tak boleh lah demand sampai nak pergi dinner dekat hotel atau tempat mahal mahal. I belum ada kerjaya lagik. :-)

Apa ek nak kasik? 
Any ideas?
*dia takkan baca entry neh
sebab dia balik kampung, tak online huhu*

.dating secara berjemaah

Salam.

Hoyeahh! I baru balik dariiiiiiiii Square One, Batu Pahat. Berdating-dating-an secara berjemaah. Orang kata, kalau dating berdua, mesti ada yang ketiga.  Jadi untuk mengelakkan orang ketiga ada, baek bawak 3orang laen terus. =.= Orang yang dimaksudkan ialah...... Chacha, Ucu dan Super Anep. Baru lah rasa macam satu keluarga yang aman damai serta harmoni. Practice makes perfect. Kui kui kui.

I memang dah lama plan mau ajak Super K tengok muvee NurKasih dan Pirates of Caribbean tapi last last tengok satu cerita je (Pirates) sebab masa tak mengizinkan. Lagipun Super K eksen, tanak tengok Nurkasih. Elehhhhhhhhhh!

Dia janji nak gerak dari Melaka pukul 10 pagi. Tapi pukul 9 pagi, call sejuta lima pulah enam kali tapi tak berangkat. Ok. Sangat geram. Gggr! (marah)

Tapi tepat pukul 10 pagi, dia call I. Dia cakap dah on the way! Hoyeah! Hoyeahhh! Haruslah cepat cepat pergi mandi dan suruh Chacha mandi laju laju sebab Super K kalau bawak kereta serupa macam bawak Jet. Laju tak hagak hagak. Dalam pukul 11 lebih tuh, dia call cakap dah nak sampai.

Ni gambar sementara tunggu Super K sampai. "Chacha, tolong amek gambar angah." "Angah, tak goyang kan gambar neh? Pandai chacha amek." Ok fine. Sangat tak goyang gambar di atas. SANGAT SHARP! T____T

Botol susu harus lah ada :-P

Sebelum pergi, call Mama dulu. Sebab dekat rumah tak de sape sape. Sebab tuh angkut Chacha sekali. Abah kerja, Mama ade kursus. Adik pergi sekolah. Yeop pun ada mesyuarat cikgu cikgu dekat sekolah. Lepas tuh cakap dengan Mama, 

Angah: "Mamaaaaaa! Nak pinjam tudung." 
Mama : "Tudung yang mana?" 
Angah: "Yang warna pink tuh"
Mama : "Yang tu mama belum pakai lagi. Baru beli dekat Ariani. Mahal tu. Bla bla bla"
Angah:  "Hmm tak pe lahh. Ok la. Bye" (pasrah)

*klik*
Bunyi letak tepon.

Tak lama tuh, mama sms I.

Mama : "Pakai lah. Tapi jangan rosakkan."
Angah: "Tq datin! Heee. Tak rosak. Kalau rosak, angah suruh Ifan beli baru."
Mama : "Kalau beli baru pun tak sama macam Mama punya"
Angah: "Ok! Baek. Tak rosak."
Mama : "Nanti belikan Mama pop corn. Mama nak makan masa tengok konsert AF.
Angah: "Baek!" =.='

Muka gembira gila amek gambar dengan pakwe I. Iskk... T__T Chacha memang rapat dengan Super K. Tengok lah, rapat semacam. I pun takde gambar macam ni.  Nak gambar rapat rapat macam ni jangan harap lahhhhhhhh! T___T (Jeles hokeyh!)

Santek tak yang baju putih tuh? Ini I punya Maksu-to-be. I panggil dia ---  Ucu~~ Comel kan? Err tapi kenapa I nampak gemuk? Ke Ucu terlalu kurus? I rasa, Ucu yang kurus, bukan I yang gemuk :-P

Tengok Kungfu Panda dekat belakang tu. Tak banyak beza dengan I pun kan? Sama sama mata lebam dan sama sama bulat. T___T

Bukan maen lebarrrr lagik senyum Chacha!
^_____________________^

Mulut Chacha macam Angry Bird 
:-P

Manjeeee... Memula malu. 
Bila dah lama, melekat!

Ucu dan Super Anep.

Fuhh sanggup mereka semua datang semata mata nak tengok muvee dengan I. Tengok dekat Batu Pahat pulak tuh. Huuuu~ Next time datang lagik ek. Tapi datang ramai sikit. Bawak lah dulang dan apa apa yang patut. Keh keh keh. :-D

.angry bird

Bila tengah marah, mari lah kita main game angry bird
Kalau yang tak tahu tuh, gugel sudeyyy! :-P

Out to somewhere with someone :)
Tata!

.keep playing this song

Sering aku merindu
Rindu pada dirimu
Sering aku teringat
Teringatkan dirimu

Walau waktu berlalu
Kau masih di hati
Sentiasa wajahmu
Bermain di mata

Betapa indahnya cinta
Engkau dan aku
Tak mungkin ku lupakan

Engkau masih ku sayang
Sayang seperti dulu
Cinta mu di hati ku
Masih seharum dulu

Bersama kita rasa
Suka dukanya bercinta
Sedang hangatnya cinta
Kita pun berjanji setia
Di antara kita
Tidak rela berpisah
Demi kerana cinta

Apapun terjadi
Kau tetap ku cinta
Kerana cintamu abadi di hatiku
Apa pun terjadi
Pulanglah sayangku/padaku
Kerana kau kekasihku

Adat orang bercinta
Semuanya indah saja
Bila sudah kecewa
Sungguh pahit terasa

Alangkah indahnya
Jika kau dan aku
Saling menyayangi/memahami dan
Saling setia
Betapa rindunya/indahnya
Di dalam hatiku
Kasih dan sayang

Lyana - Hangatnya Cinta

 
*gambar lama*

Rindu.... :'(
Rindu rambut panjang............

.minah kepoh part #2

Salam.

I masih boleh bersabar kalau I masih boleh bagi salam. Ok fine. Sebenarnya I memang sangat hilang sabar. I punya prinsip, kalau orang tak kacau I, I takkan kacau orang dan kalau orang kacau I, jangan menyesal sebab I akan kucar kacirkan hidup doang. Hehe. Cuak tak? Cuak lettew! :-P

Ok. Sebenarnya memang ada masalah dengan beberapa orang dan telah di-settle-kan malam kejadian tuh jugak. Tapi tak sangka lah 2-3 hari ni ada pulak kes nak mengungkit ungkit. I diam. I malas nak fikir. Tapi bila I diam, doang blame I dan cakap I tak buat apa apa. Senang cakap I tak mintak maaf lah PADAHAL memang benda dah lama settle. SMS MINTA MAAF BAGI KEDUA DUA BELAH PIHAK I STILL SIMPAN DALAM CONVERSATION HP I. Ok, siap caps lock lagik. Nak kasik terang sikit. Dia dah mintak maaf, dan I pun sama. So, kira 0-0 lah kan? Benda misunderstanding je kot. Tapi I takkan melenting kalau orang tak usik I. Masalahnya doang start dulu!

Dan semalam, I di beritahu, masalah neh memang dah selesai. Kes yang ungkit mengungkit tuh pun dah settle. TAPI, ada pulak manusia 2 orang neh menjadi batu api! Dem. Ape masalah doang pun I tak tahu dan tak faham. I tak kacau dia, tak de usik dia, tak de jentik dia, tetiba nak masuk campur, nak perli perli I. 

Setiap status yang dia up dalam FB, semua nak point dekat I. Dem ah. Ikut hati memang I blocked terus minah neh sebab I kalau dah menyampah, I blocked terus. Tak payah nak lawan lawan status. Macam bebudak. Umur macam budak tapi badan dah macam mak budak!

Sumpah I sakit hati. Tapi ada Super K pesan dekat I, jangan remove, jangan blocked. Tenang jer. Ok. Tenang Intan. Sabar Intan. TAPI SABAR ADA HADNYA OK! Ingat I dugong ke? Si tenang. Tenang lah sangat! Geramnyeeeeeeeeee! Rasa nak geget jer keyboard neh! Argh!

Entry marah mana boleh letak gambar!

.minah kepoh

Salam.

Hari jumaat ni penghulu segala hari. Tengok tajuk entry pun dah tau, nak mengamuk ngamuk. Tapi tak pe. Hormat hari Jumaat. Masuk je hari Sabtu kang, I ngamuk ok. Keh keh keh. Nanti lah ek I cerita pasal minah kepoh tuh :-P

Sekarang dalam mood meng-EDIT belog orang. Baru siap satu. Ada lagik belog laen yang tengah KIV. Alhamdulillah, rezeki murah pulak kali ni. Belog akak neh I siap edit semalam. I cakap, I mintak payment sekali jer, lepas tuh, kalau tak bekenan, nak suruh edit anytime, I boleh edit as long as I free. :)

Tapi I tak boleh masuk belog akak neh selalu sebab sentap dengar lagu dia. =.= Ok sambung cerita. So kalau ade sesiapa mau I tolong edit, boleh email I. Harga berpatutan. Siap ada student price lagik. Korang kena lah tunjuk kad matriks korang pada I. *tetibe*  So, boleh email dekat I di - intanurulfateha@gmail.com

Ok lah. Mau sambung kerja. Tata! :)

.FB ni memang sial

Semuanya nak bergaduh.
Memaki hamun.
Memerli bagai.

Putus kasih.
Putus saudara.

Dem ah FB neh.
Semua pasal kau.
Hilang semuanya.

:'(

Kenapa lah dia cipta FB.
Main Friendster lagi bagus.
Hmm...

.super k, saya benci awak

Saya benci awak.
Saya benci awak sebab buat saya rindu.
Saya benci awak sebab awak memahami saya.
Saya benci awak sebab buat saya jatuh cinta.


I adore all videos by CST Production. 
Nanti time kawen, nak buat camtuh lah 
^.^

Tapi ashane lah gaya video kiteorang tuh nanti
Heeeeee....

.super k, nak hadiah tak?

Lokasi : Melaka (Dalam kereta)
Keluar berTIGA untuk menonton Fast5 :)
(Me, Him and his Uncle)

Super K : Hari ni dah 123hari kan kita bersama?

Intan : Ha'ah.. Cantik kan nombor ni? Heeee... Sayang, kita nak hadiah!

Pakcik Super K : Haish, apa lah Intan neh. Mintak hadiah bla bla bla..

Intan : Eh, mana ada. Kita main main je. Pernah ke kita mintak apa apa dari awak. Kita bukan jenis yang meminta minta (Awak dah sayang kita dah cukup bersyukur sangat. Kita ada duit. Kita boleh beli sendiri apa-apa yang kita nak. Kita masih ada Mama & Abah.)

Super K : Abang tauu.. *senyum*

Intan : Esok kita exam pagi. Tak boleh balik lambat sangat.

Super K : Ok, lepas makan kita balik.

Masa Makan

Super K : Sayang suka jam digital ke jam ada jarum?

Intan : Kita suka digital. Senang nak tengok.

Super K : Laaa..kata nak nampak matang, kena lah pakai jam jarum.

Intan : Alaa..susah.... Hehe.

*Lepas makan, otw balik ke rumah sewa*

Super K : Lepas ni mesti susah nak jumpa. Esok saya kerja. Mungkin akan ke Perak. Abah ada ceramah dekat sana.

Intan : Abes ni last ke kita jumpa?  Kita cuti 4 bulan, sampai bulan sembilan.

Super K : Ya. Tapi kalau abang free, abang datang rumah ok.

Intan : Hmm ok. (tahan airmata) Bye. Bawak kereta elok elok. Assalamualaikum.

Super K : Emm sayang..

Intan : Ye?

Super K : Nah hadiah.. Happy 123days anniversary sayang..

Intan : OMG. *speechless sambil lap air mata*

*Siapa kata lelaki muka ganas tak sweet?*
*Heeee*

FLASHBACK
(2 - 3 minggu sebelum hari kejadian)

Intan : Sayang, jam kite bateri dia dah weak lah. Bila tekan lampu, dia dah tak menyala.

Super K : Brand apa jam tuh? Berapa harga beli.

Intan : Casio. Kita beli masa diploma dulu. RM200 lebih jer.

Super K : Tak pe la. Nanti ada masa, kita beli bateri jam baru k..

Intan : Hmm..Nanti cuti kita nak kerja lah. Nak beli jam baru. Kawan kita cakap jam kita macam jam power rangers. Siut jer. =.= Kita nak beli jam yang nampak matang.

Super K : Kalau nak nampak matang, beli lah jam ada jarum. 

Intan : Alaa...tak nak.....

*****

Lokasi : Dua tempat berlainan
Via : Sms

Intan : Thanks sangat sangat sangat... Kite sukaaaaaaa.. Kenapa belikan kita jam mahal mahal? Kita tak mintak pun. (Jam lama masih elok lagi. Tukar bateri dah lah. Kan?)

Super K : Bagus lah kalau sayang suka.

Intan : Kita tak mintak pun. Kita cakap main main je dalam kereta tadi.

Super K : Tak pe. Abang memang nak belikan pun. Takkan abang pakai jam mahal, awak pakai murah murah. Mesti lah abang nak awak pun pakai jam yang sama macam abang. (Eiii....tipu. Jam kita beli kat Malaysia. Jam awak dekat Jepun! :-P)

*Ok fine*
*Maknanya jam saya yang RM200 lebih tuh murah*
Kecik ati!
 =.='

Jam ni ada jarum dan juga digital!
:)

Super K : Sayang post ke gambar jam tu dekat FB?

Intan : Haah, kenapa?

Super K : Tak payah lah. Jangan menunjuk nunjuk. Biarlah kita low profile. Bla bla bla.. (membebel)

Intan : Ok, nanti kita delete. :) (tapi terpost dekat entry neh. tak pe kan? errr!)

*****

Walaupun sesibuk mana dia kerja, dia tak pernah lupa. Dia tak pernah langsung lupakan saya. Walaupun dia tak selalu sms saya, dia tetap akan call saya walaupun sekejap. Akan tetap curik masa untuk bertanya khabar walaupun tak lama.Walaupun soalan yang sama di tanya berulang kali. Dah makan ke belum? Sihat tak hari ni? Dah minum air putih ke belum? Saya tau, dia boleh jaga saya dengan baik. Dan boleh menjadi bapa yang baik kepada anak anak kami. EH?! Keh keh keh.

Kenapa lah 3 tahun lepas tak terus kapel dengan dia. Kalau tak, mesti dah kawen dan beranak pinak. Huhuhu. I don't regret my past I just regret the time I've wasted with the wrong people. Tapi semua tu boleh dijadikan panduan hidup. Saya patut bersyukur sebab Allah SWT menemukan orang yang salah sebelum menemukan orang yang betul untuk saya. InsyaAllah, semoga saya memang diciptakan olehNya dari tulang rusuk dia. :)

Happy 4m 2w and 4d Anniversary! 
Bersamaan dengan 138 hari.
Rasa macam dah lamaaaaa je. 
Ohyehh...kenal dah 3 tahun kot. Hihi

Errr...nak hadiah tak? 
Kalau nak, kena jumpa dulu!
:-P

Ohhh cepat lah hari Ahad.
Ting! Ting!
MIRACLES! 

.dan jiwa aku berkata...

Kau bikinku gigit bibir sendiri..
Lamakah lagi jika sepi..
Kau bikinku renung sinar mentari..
lamakah lagi kita begini..

Ku pandangkan bulan terang..
hilang nyawa tanpa bintang..
apa lagi aku..
alangkah bunga kembang..
pudar warna tanpa siang..
bayangkan aku..

Berkali ku mintakan dari dulu..
usah kau tunggu..ucap itu..
berkali ku bisikkan pada kamu..
usah kau buntu..
aku milikmu..

Perlukah aku ...
menyebut setiapnya yang indahku tidak akan
ada makna....

Bila kau sembunyi bermain lari-lari
separuh aku sudah pun mati..
tak mampukah kau percaya ..
haruskah ku hebahnya pada dengki dunia..
tidak bisa kah kita sekadar pejam mata..
biar jiwa bersuara......

Biar...biar..biar jiwa bersuara...

*Dan jiwa berkata, aku cinta dia*
Jangan simpan rasa sayang untuk esok. 
Sebab esok tak mungkin muncul. 
Ucapkan sayang hari ini. 
Kerana esok mungkin sudah tiada.


Jadi saya nak cakap,
SAYA SAYANG AWAK IRFAN!

Iskk tak sabar nak tunggu "hari itu"
:)

Save the date.

I just can't wait!
^.^

.korang ingat tak kartun neh?

Salam.

Masa I kecit kecit dulu (sekarang pun masih kecit), I di sajikan dengan ceta katun macam neh. Lawak kan? Sangat old skul katun dia. Tengok banyak banyak kali pun, masih boleh gelak. :)

Banyak lagik adik beradik siri katun neh. Korang boleh tengok dekat youtube. Bila korang view video atas neh dekat youtube, dekat sebelah kanan ada banyak suggestion. Boleh lah buat geli geli gelak gelak kalau busan busan tuh. :)

Ok, enjoy the showwwww!
^.^

.mimpi di siang hari

Wake up Intan!!!
Dah dah lah tu berangan
=.=

.lepas satu masalah :-)

Salam.

Dua tiga hari ni, I asyik fikir 'hal ni' jer. Patut ke? Aci ke? Tak cepat sangat ke? Err hal apa? Jeng jeng jeng. Biarlah rahsia. Kang kepoh kepoh sangat kang, tak jadik pulak. Tapi, kalau kepoh kepoh pun, sebenarnya tak apa jugak kot. Sebab setiap apa yang kita cakap tuh doa. Kalau cakap betul betul, insyaAllah akan jadi kenyataan. Nak cakap dekat korang ke tak ek? Hihihi. :-P

Tapi lepas chat dengan beberapa orang kawan rapat, dan dengan kakak I sendiri, respon mereka semua positif. Alhamdulillah. Akak I over betul, siap tanya nak tema warna apa. Dem ah. Suka buat I blushing. Cilakak betul =.=' 

I'm waiting for the next step. :) I love you so much my sweetypie. *senyum*Errr kita nak cincin simple simple je tau. As simple as me. Haa? Cincin untuk hape? Keh keh keh. 

Santek gak kan cincin Mickey Mouse neh.
Tapi mesti Chacha nak sebab dia suka Mickey!
Cincin neh cool kan?

Kata Seafarers' girl. 
Mesti lah kena ada anchor gituh! :-P

Doakan yang baik baik untuk kami! 

.cuti semester dan cuti sekolah adalah masa yang sesuai untuk kawen secara berjemaah!

Salam.

Hamek kauu.. Panjang tak panjang tajuk entry kali ni. Kuikuikui. Err...Siapa tanak kawen angkat tangan cepat. Ok, yang tanak kawen tuh meh sini. I pulak nak angkat tangan, nak kasik penampo dekat yang berkenaan. (garang tak?) Kuikuikui. Setiap manusia di ciptakan berpasangan. Tapi kalau Tuhan dah tentukan dia tidak ada jodoh di dunia, mungkin di syurga sudah disediakan untuknya :)

Sejak dua menjak neh, I asyik dapat jemputan kawen je. Dari kawan masa sekolah, kawan masa diploma, kawan masa degree dan tak lupa jugak, kawan dekat belog. Fuhh cepat sungguh jodoh mereka sampai. Bila lah jodoh I nak sampai. Mungkin jodoh I, flight masih delay di airport =.='

#Pitam
Bangun pagi, on lappy. Check email, check blog dan check FB. Bila check email, dapat satu email yang sangat memeranjatkan. Email dari EX-BF. Errr ni Ex-Bf masa zaman jahiliah, zaman sekolah duluu...Form2. Kenal pun dekat MIRC. Lepas tu kapel, jumpa first time, lepas tuh clash. Nampak sangat masa sekolah dulu I comot. Keh keh keh. Ex-Bf I neh dah kawen. Dah ada anak dah pun. Last I jumpa dengan dia masa I diploma dekat UiTM Arau dulu. Dan itu adalah pertemuan kedua lepas jumpa masa sekolah tuh. =.=' Masa jumpa kali kedua tuh, DIA BELUM KAWEN OK! So, tak payah nak cakap I gatal contact dengan laki orang. Thats so not me! :-P

I ada bagitau Super K pasal hal ni pagi tadik. Dia pun cool. Buat apa nak sorok sorok kan I bukan buat apa apa salah. :) Ex-Bf I tuh datang johor. Dia orang Utara. So, bila dia datang sini, dia teringat dekat I. Cewah. Dalam email tuh, ada lah 2-3x I tanya dia, Mana dapat email Nooy? Oh yer, panggilan-tak-berapa-manja I masa kecit kecit dulu adalah NOOY. Dan Ex-Bf I neh tak jawap langsung soalan I, mana dia dapat email I. Siut betul. Takkan dia baca belog I. Err Ntah ntah dia stalker I?? Ohhh mennnn! Kalau ye, harap harap dia tak baca entry I yang neh. Phewww~~

Dan soalan paling best sekali, 
Iye.. Hehe..Pe kabo..? Sihat.. Orang kat Ayer Hitam sekarang.. Tetibe teringat kt dia.. Tu email.. Hehe.. Eh nk tunang dah eh..? Tahniah2..

Soalan last dia tak boleh blah kan? Ini adalah petikan dari email dia. Then I jawap lahhh, Eh, mana ada. Nooy study lagi.. Bla bla bla... Then I bagitau Super K, I cerita lah kejadian pelik yang berlaku pagi tadik. Then dia marah I sebab I deny pasal nak tunang tu semua. =.='


Kalau ikut umur, memang lah I dah patut kawen. =.= Tapi ikut kan kerja, err I kan study lagi. Kalau ikut duit, errr..pun tak cukup lagik. Nak beli cool blog cukup lah. Hihihi. Tapi kan, calon suami, I dah ade dah. Kikikiki. :-P

Tadi I ada baca satu majalah yang adik I beli. Dalam tu ada tertulis, jangan tunggu orang datang pinang kita. Kita sebagai perempuan pun boleh pergi pinang lelaki. Sebagai contoh, Saidatina Siti Khadijah meminang Rasulullah S.A.W :-)  Errr....maknanya I yang kena pinang Super K ke? Hantaran pulak ashane? Nak kena bawak tepak sirih sekali ke? Keh keh keh. :-P

Dia baik... Dia penyayang...

Dia tough!
Ehem ehem... I loikee... :-P

Dan dia pasti boleh jadi pasangan yang baik dan hebat untuk budak cengeng ini. (Sila rujuk gambar diatas). Kan kan kan? Doakan kami berkekalan. InsyaAllah... Aminnnnn~~ (cepat aminkan!)

Ya Allah, kalau dia memang jodohku, jodohkanlah...... Tapi kalau bukan jodohku, jodohkanlah jugak..... Jika dia tidak berjodoh denganku, maka jadikanlah kami jodoh.... Kalau dia bukan jodohku, jangan sampai dia dapat jodoh yg lain, selainku..... Kalau dia tidak bisa dijodohkan denganku, jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku..... Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh, jodohkanlah kami kembali..... Kalau dia berjodoh dengan org lain, putuskanlah! Jodohkanlah denganku..... Jika dia tetap menjadi jodoh org lain, biar org itu ketemu jodoh dengan yang lain dulu dan kemudian jodohkan kembali dia denganku.....

Errr aci ke doa macamni? Hehe. JANGAN AMALKAN! I jumpa dekat Belog Ini tima google-ing doa nak kawen tadik. Hehe. Aigoo Intan... Dah gatal sangat lettew siap pergi google doa nak kawen! :-P #larilajulaju!

.kite nak jumpa Super K :'(

Salam.

Err entry ni agak panjang tau. Sempena Hari Guru Hari ni, I nak cuba try test buat karangan bahasa melayu rojak. Mana tau skill I masih sehebat dulu. :-P Muahaha.

Ok. Beberapa hari sebelum neh, I asyik macam mengamuk ngamuk, merajuk rajuk dengan Super K. Nak cakap PMS, tak kan lah PMS sepanjang tahun. Tapi pesen perangai I neh laen macam sikit. Bila dia busy kerja sampai tak de masa nak jumpa I, mula lah I menunjukkan perangai sebenar. :-D

Ada one night tuh, kiteorang gaduh besar. :'( Asyik gaduh jer kan. Mesti lah punca nya dekat I kan kan. I nanges nanges. I cakap, rindu dia sangat. Bila call dia, dia busy.. Bla bla bla.. (dialog dirahsiakan) Kahkah. 

The next day (Ahad), I keluar dengan besties I. Kiteorang nak pergi tengok muvee. Besties I neh memang kaki muvee. Habes semua muvee yang I nak tengok dia dah tengok. Last last tengok Priest. Ok lah cerita tu. Not bad. ^.^

Tapi pagi before I gerak ke town, I call Super K tapi tak angkat. Sms tak reply. Aik, takkan marah lagik. Penat lah asyik gaduh jer. I pelik lah sebab dia cakap pagi Ahad tuh dia nak pergi KL, sebab nak tukar sport rim si Betty tuh. Memula I sms lah cakap good morning, cakap I nak keluar dengan kawan. Lepas no respon, I text lagik. I cakap, Kite nak jumpa sayang :'(  Huhu. Lebey kurang macam tuh la kannn... Tapi no respon. Tidur lagik lettew. Huuu :'(

Tiket muvee I pukul 1215pm. Time tengah tengok muvee, dia sms lagik. Dia cakap, morning bla bla bla semua. I reply lah cakap tengah tengok muvee. Then dia reply lagik. Dia cakap, dia nak keluar. Tapi Betty kena blocked dengan Murano Abah Mertua I. Abah tak de, dah pergi KL. Abah pergi KL naek Camry. Pastu I cakap lah, Siapa suruh bangun lambat. Kunci spare tak de ke? Kan banyak lagik kereta lain. Bla bla bla... 

Then tak lama tuh, dia call. Tapi I tak angkat sebab dalam muvee kot. Kang kena sound plak =.= I text dia je, I cakap tak boleh angkat call. Sms je la. Then dia cakap, dia on the way pergi datang rumah I naek Betty, dia dah dekat Hiway dah. Murano dah dapat alihkan sebab ada kunci spare. Mesti la I rasa teruja sampai nak nanges kan kan.... Hoyeah hoyeahh! Tapi cover lagik. Kang besties I cakap hape plak :-D

Habis tengok muvee, pergi makan sebab memang tengah kebulur. Lepas tuh balik lah rumahhh sebab kawan I cakap, kalau keluar lama lama dengan doang, takut I mengelupur plak sebab tak sabar nak jumpa Super K. Muahahaha. Siut jer.

Beberapa minit lepas I sampai rumah, Super K pun datang. Kami pergi Karnival Gelombang Biru sebab mama, abah, chacha ada dekat situ. Ambil Chacha, bawak balik rumah, mandikan dan tukarkan baju dia. Lepas tuh hape lagik, keluar balik sambil memecut Betty ke BP Mall... Heee Cool kan dating bawak adik? :-P

"Rasa macam dah lama tak jumpa awak"

"Awak tau tak, baru seminggu tak jumpa"

"Eh, ye ke?"

"Ye la. Kan abang hantar sayang balik rumah Sabtu lepas"

"Ehh..ye ke? Haah lahh..."
*sengih*

"Macam ni nak kasik abang belayar?"

"Errr......"

Sejak cuti semester neh, I memang macam lupa hari dan tarikh semua. =.=' Seyes, rasa macam dah berkurun tak jumpa Super K. Super K lepak rumah I sampai pukul 10 malam camtu. Abah suruh makan durian. Nyum nyum. I neh memang hantu durian. Makan sama sama Mama dengan Chacha sekali.

"Doakan lah abang tak sibuk eh.
 Minggu depan abang datang lagi."

"Aminnn"
*senyum*

Isk..dah lah. Tak tahu nak taip apa dah. Huhu. Kepala I pening gila pork sangat sangat sangat neh. T__T Ok, jom tengok gambar pulak ekk.

Me & My sister depan pintu rumah. I memang suka amek gambar depan pintu. Huhuhu. Kakak I balik dari Penang sebab nak amek album gambar kawen dia yang dah siap arituh. Masa neh I dah siap nak keluar dengan besties I. Awal woo. Pukul 10 lebih dah gerak.. Huhu.. Laen ek muka kiteorang. Tembam gila I neh. =.='

Kesayangan kuuu... 

Manja Chacha dengan Super K.

"Abang Ifan, Chacha nak makan KFC"
"Tuu..tuu..Chacha dah nampak KFC"
"Chacha suka makan sayur. 
Abang Ifan boleh belikan lagi tak?"
=.='

Chacha nak naek merry go around"
T_____T

I neh dah lah gayat. 
Dem. Terpaksa jugak teman budak neh.
Fening kepala I.
T_________T

"Angah, Chacha nak naek lagi..."
"Tanak. Angah pening kepala. Suruh abang Ifan teman."

Macam comel je Super K naek merry go around.
Muahahahaha. :-D

Chacha teruja tengok Super K bawak Jet!

Bawak kereta kaki terkeluar.
Baru belajar dengan Super K, dah jadik racer :-P

Nak jugak bawak jet :-P 

Tumpang jet Chacha.. 
Hihihiii...

Last game.
Maen pasir pasir.

Penat woo melayan Intan Nurbatrishya neh.
Tapi rasanya lagi penat melayan Intan Nurulfateha
Tak caya tanya Super K.
Hakhak :-P

Tapi apa apa pun, 
thanks sangat sangat sebab datang rumah kite.
ILYSM! 

Errr bila nak datang bawak 
rombongan meminang & tepak sirih sekali?
Muahahaha. 
Larikkkkkk!!!