.programming! | ini adalah entry terakhir :'(

Salam.

Tau tak I neh kan senang sangat lah saket. Kejap saket kepala, kejap saket perut, kejap saket kepala balik, kejap saket pinggang, lepas tuh sakit perut semula. Hah, memang takkan habes. Memanjang jer saket. Bila ntah nak sehat. =.='

Bangun pagi tadi, perut saket gila pork. Bukan sebab nak bery. I neh memang payah sikit nak bery. Eleh, nak cakap I selekeh lettew! Macam lah korang tak pernah bery! :-p Ok sambung cerita. Tapi memang tersangat lah saket perut I neh. Memang nak makan penyepak agaknya. Golek golek atas katil, tak ok jugak. Tapi tahan lagik on lappy, bukak belog, buka fesbuk. Kuikuikui.

Dah tengahari sikit tuh, call Super K. Dia suruh minum air suam. Memang sumpah tak tahan. Lepas tuh telan 2 bijik panadol. Dengan harapan, akan ok. Nak cakap I food poisoning, semua orang dalam rumah neh sehat walafiat jer. Peliks betul. 

Lepas tuh, pergi mandi. Sejukkan badan. Still~~ Perut masih saket. Huwaa! Last last malas fikir. Tukar topik. Cakap banyak banyak kali dalam hati.

PERUT DAH TAK SAKIT! 
PERUT DAH TAK SAKIT! 
PERUT DAH TAK SAKIT! 
PERUT DAH TAK SAKIT!!!! 

Walaupun hakikatnya sakit gila pork. Dem ah! T__T Tapi kan, lama lama, kesakitan itu berkurang. :) Itu dinamakan PROGRAMMING! Hoyeahh! Magik kan? :-)

Super K selalu cakap pasal Programming dengan I. Dia memang suka bagi ceramah motivasi dekat I. Maklum lah, bakal abah mertua I kan penceramah. So, mesti lah anak dia pun suka kasik ceramah free dekat I. Hihihi.

Benda yang kita selalu fikir dan cakap, akan jadik betul kalau kita asek fikir pasal benda tuh jer. Contohnya lah kan, kalau I rasa macam nak demam, I akan cakap dekat Super K, "Sayang, kita rase kita macam nak demam lah." Lepas tuh mesti dia cakap, "Jangan rasa rasa. Nak sangat ke demam?" Cepat cepat I tarik balik kata kata tuh. =.= Dan terus badan I tak jadik demam. Cheh, baru ingat nak manja manja dengan dia. (Kantoi di situ kuikuikui)

Ok, mari kita lihat contoh laen ye kawan kawan. Kalau kita selalu suspect boipren atau gelpren kita main kayu tiga, lama lama ia akan jadik kenyataan. Kalau tak caya, cubalah! Omaigod, mesti lah I tanak cuba. Giler ke? ;-P Kalau asyik dok investigate dan hantar spy 24 jam, rimas lah pasangan anda itu. Kan? Dari doang takde betina or jantan laen, terus carik. Nak sangat kan? Hah, lepas tuh, korang yang melopong. Padan muka. :-P Tapi kalau memang ada perempuan atau lelaki gedik, mereka wajib di tembak je. Huh! (emo)

Semalam kan, I tak leh tidur. Biasa lah, I memang kerap berjaga malam. Sebab tuh mata macam panda @.@! Belek belek handphone, baca balik sms dengan Super K. Baca dekat bahagian Conversation. So, dapat lah tau kan apa yang kiteorang borakkan. Baca baca, mengalir airmata. Dem ah. Apesal lah I neh selalu sangat emo lepas tuh marah marah Super K. Dia sekali pun tak pernah marah I. TAK PERNAH LANGSUNG! 

So lepas neh, I harap I nak kurangkan marah. Errr kalau boleh tak nak marah langsung sebab tak best woo marah marah neh. Semua tuh Programming. Nanti jadik terbiasa dan tak reti nak respect orang tua. Errr sebenarnya nanti bila dah kawen (2 tahun lagi, aminnnn. Cepat amin kan sekali woit! Hihihi) tak de lah I neh jadik isteri derhaka. Syurga kan di bawah tapak kaki suami. Kang kalau I derhaka kang, sekali kene tendang baru tau. Huhu. :-P

I'm gonna miss youuuuuuu, blog!
Sob sob sob..
*kesat airmata, lap hingus*

Eh apesal entry neh panjang semacam jer? Huhu. Kate entry terakhir. Haruslah panjang kan? Dan apa pulak kaitan Programming & Entry Terakhir neh? Entah lah. I maen belasah jer update belog neh sebenarnye. Kuikuikui.

Oh sedihnya sebab lepas neh I tak dapat nak tulis belog lagik. Fesbuk mungkin I dapat aktif tapi tak leh lah kerap sangat. Nak tau kenapa I tak boleh tulis belog lagik? Tengok video neh. T___T

Haish, gedik sungguh. Muka gedik mintak penampo. Tak pun, mintak kaki, smack down sekali.. Keh keh keh. Video neh I record dalam bilik jer. Tu sebab macam romantik jer kaler dia. Malap jer. Rasa macam nak tidur pun ada. =.='

Ok lah. Jumpa lagi lepas exam nanti. Tata. Muah! Muah! Muah! Eh kejap! Jom baca belog Super K. Dia update lagi lajuuuuuuuuuuuuu dari I. Nak lawan nampak! Huhuuuu :-P

Bai~~~