.eh, macamana sis intan boleh berisi? nak tips!

Salam.

Tajuk entry tak boleh blah. Macam lah I GEMOK sangat. Kui kui kui. Tapi ramai orang dah nampak perbezaan I yang sekarang ni dengan Intan yang kurus kering dan kudut dulu. Keh keh keh.

Segan pulak nak buat entry neh. =.=' I tak de lah gemOk sangat. (Tak boleh terima kenyataan). HAHA. Ok macam ni sebenarnya. Dulu kan, I suka makan tapi mesti tak habes. So, kalau tak habes, mesti orang lain yang habeskan. So bila orang laen yang habeskan, so dia lah yang gemok! Kan? Hak hak hak. So kesimpulannya, makan bagi habes dan jangan membazir. Sebelum makan, sila baca doa. (I selalu lupa. Nampak sangat pelahap =.=')

Lepas I mengalami tekanan perasaan dulu, I tanamkan impian (cewah) dalam hati, nak makan banyak banyak, nak badan naik, nak pakai cantik cantik, biar bukak sikit mata 'dia' pada I. Nak jadik HOT. Ececececeh! Tapi GAGAL sebab I susah hati. Makan banyak banyak pun, badan camtuh jugak. Berat terus jatuh menjunam ke 35kg! Omaigod.... T___T

Masa tuh jangan cakap lah, dah macam mumia dah I rasa. Seluar I longgar ok. Jeans size 25, siap boleh terlondeh londeh lagik. Kena pakai short dekat dalam, baru lah nampak peha dan b*nt*t nampak sexy. Awww~ Ye, itulah teknik penyamaran bagi gadis kudut macam I. T__T So, lelaki di luar sana, jangan cepat terpedaya tengok perempuan sexy. Banyak teknik penyamaran sebenarnya :-P

Ada satu hari tuh, I demam teruk. T__T Super K pulak kerja. Dia ada dekat KL. Tak boleh balik Melaka on the spot. Sob sob sob. Seorang kenalan membelikan I ubat ubatan dan supplement di farmasi yang lebih kurang RM100 lebih harganya. Heee Tenkiu! Banyak lah vitamin I kena telan setiap hari. Benda benda ni lebih kepada supplement sebenarnya. Naikkan selera makan, vitamin untuk kulit, etc. OK, meh I list kan yek..

Evening Primrose Oil 1000MG
Vitamin E 400
B Complex Forte (Beli sendiri)
UBAT CACING =.='

Orang dekat farmasi tuh tanya, last makan ubat cacing bila. Mesti lah zaman sekolah dulu kan. =.=' So, maybe dah banyak cacing dalam perut I neh. Patut lah I makan tak gemuk gemuk. Cacing dalam perut neh yang gemuk. =.=' Dem ah cacing. Membazir jer I beli Mekdi, KFC, Kenny Rogers, Kek SR, KAU YANG MAKAN EK! Memang I tak halalkan lah! Padan muka kau cacing! So, lepas makan ubat cacing tuh, apa yang I makan, memang perut I yang menerima, bukan lagi perut cacing tuh. HAHA. :-P

Ni manusia ke BELON?
T_______T

Hoi, apesal mata I nampak juling neh?
T______T

Ni pun BELON jugak!
Buwek! :-P

Tadi petang, I call Super K. "Sayang, ada kawan kita, budak belog tanya, ashane badan kita boleh berisi sekarang neh?" Then Super K tanya I, "Kawan sayang tuh perempuan ke lelaki?" Then I jawap lah, "Perempuan, kenapa?" Then tau tak apa Super K jawap???

"Suruh dia couple dengan abang. 
Mesti badan dia naik punya."

Dan tau tak apa respon I?

"WOIII!!! 
GATAL EHHH!"

Then dia gelak je lah.
Hampeh betul!
=.='

Cheh, perasan sungguh Super K tuh! HAHA. Tapi memang betul pun kot. :-) Hati senang kan.. Bahagia je. Gaduh sikit sikit tuh normal lah kan? Nak nak dapat gelpren kuat merajuk & kuat jeles macam I neh. Tapi sekarang ni, alhamdulillah, nak study pun rasa best. Ada orang support. Tak de lah rasa tensen tensen macam dulu lagik.

Thanks a lot Super K.
Anda datang time saya betul betul perlukan anda.
:-)


Dan sekarang, berat I dah 42 kg! Kadang kadang 41 kg dan kadang kadang 40 kg! Ah, mesin penimbang suka menipu. Dem ah. Mama I (beliau nurse) pernah cakap, kalau nak timbang, kena guna timbang yang sama. Tak boleh tukar tukar. Tapi I pulak pantang nampak mesin penimbang. Mesti eksaited gila nak carik syiling doposen. Kui kui kui. 

Tapi apa apa pun, I bangga sebab dah cecah berat 40 kg! Sebab sejak dari zaman jahiliah lagik, berat I tak pernah jejak 40 kg okeyh! So, tahniah pada diri sendiri. Seluar jeans I yang size 25 tuh pun dah ketat. Dah nampak sesuai dengan I. Tak de lah londeh londeh lagik. Dan yang paling penting, tiada lagik teknik penyamaran yang di buat. HAHA.

May our relationship will last forever.
InsyaAllah.
 :)

Lastly, kepada sesiapa yang berniat untuk couple dengan Super K untuk menaikkan berat badan anda, sila lupakan niat anda itu. I jeles okeyh. Hik hik hik. :-P

So, selamat mencuba! Eh, kejap kejap! Ada ke tips yang I bagi kat korang dalam entry I yang panjang panjang neh?? Macam merepek jer. *scroll balik entry neh ke atas dan baca semula* 

Haha.
I neh memang suka merepek kan?
:-)