.aku tak nak kawan dengan kau, budak gemuk!

Salam.

Korang pernah tak rasa macam kena pulau? Bukan pulau pandan jauh ketengah mahupun gunung daik bercabang tiga, tapi kena pulaukan sebab korang buruk atau.... errr gemuk. T__T Ok fine. Tiba tiba I rasa I dah gemuk dan buruk. :'(

Hari hari orang belanja KFC.
Mana tak gemuk =.='

Tak semua orang gemuk itu buruk. Tapi I dah set dalam otak I, di sebabkan I ni pendek, bila I gemuk, I akan rasa... "Omaigod! Apesal lemak banyak sangat ni? Apesal perut berlipat lipat ni? Apesal perut berlapis lapis neh?" Yang lagik best, I siap kena kutuk dengan boipren tersayang. Dem betul. (Macam lah Super K tuh kurus sangat :-P)

"Sayang, perut tuh dah macam pekan Alor Gajah dah abang tengok. Tak lama lagi mesti jadik macam pekan Tampin. Besar sikit."

Ceh, asik mengutuk orang jer. Padahal dia pun gemuk, maklum lah bahagia dengan I. Keh keh keh. I tau, I bukannya gemuk mana pun. Tapi di sebabkan dulu I neh kurus kering, sampai tulang terkeluar keluar, =.= I macam susah nak adapt dengan keadaan sekarang.

Dulu pakai levis size 25. Londeh kot. Siap kena pakai boxer atau short untuk memastikan teknik penyamaran berjaya. Baru lah nampak sexy. Nampak lah kaki tu berisi dan bukan tulang semata mata. Kuikuikui. Tapi sekarang, tak perlu lagik teknik penyamaran. :-p

Paling sadis sekali, bila pakai jeans, lepas makan, susah nak bernafas, sebab seluar jeans ketat sangat. Dem ah. Time neh lah rasa nak menyumpah nyumpah. Terpaksa bukak butang jeans tuh. Sep baek pakai baju labuh. Tak nampak sangat. :-P

I tak de lah gemuk sangat kan?
:-P

Tapi to be honest, I suka keadaan I sekarang dan ramai orang suka dengan perubahan I. Sebab I tak nampak macam orang yang sakit yang kurus kering tuh. Kan kan? I tau, I bukannya gemuk pun. So kesimpulannya, tak kisah lah gemuk ke kurus ke, janji sihat dan kuat bagaikan juara.  :-P

Tak kisah lah perut macam pekan Alor Gajah ke, pekan Tampin ker, macam bandaraya Kuala Lumpur ke, bandaraya Johor Bahru mahupun Kampung Pinang Sebatang, janji kalau hati dah suka, dah sayang, terima je lah seadanya. Kan kan kan? :-)

I love you not only for what you are, 
but for what I am when I am with you.

Saya bahagia dengan awak.
SEBAB TUH LAH SAYA GEMUK! 
Buwek! :-P