.kau tak rasa bersalah ke?

Ye, aku memang maksudkan kau.
KAU.

.kali ni betul betul ada video

ENJOY!
^.^

.tiada video skandal seks di sini :-)

Salam.

Kadang kadang terasa macam bukan
duduk dekat Malaysia.

Video seks boleh di tayang umum.
Boleh ke?

Errr...tak malu ke?
Tak takut dosa ke?
=.='

Negara negara luar gelak gelakkan kita.
=.='

Semalam cerita dengan Super K pasal hal neh. MESTI LAH KENA CERAMAH kan? T____T Macam I neh jahat sangat jer. Dia cakap, tak baik cerita pasal aib orang. Tak baik itu, tak baik ini. Huk huk huk. BAEKKKK SAYANG... T___T

Tapi masalahnya setiap hari I tengok berita dekat TV, semua cerita pasal skandal seks Ketua Parti Pembangkang tuh. Bukak TV jer, mesti ada pasal kes tuh.. =.='

I bukan nak menangkan sesiapa, tapi zaman sekarang neh, susah nak percaya dekat orang. Orang yang baik dengan kita pun boleh tikam belakang kita, lagik lah musuh kita kan? :-) Lepas tuh, bila dekat TV siap tayang address belog yang ada video seks tuh, mesti lah semua gugel kan? Termasuk lah I dan housemate I. Haish, habes rosak mata I. :-P

Kalau belog terbabit letak Nuffnang, fuhhh confirm mencanak canak traffik dan earing kan? Tak macam I, ciput jer. Huhuhu.

So, korang rasa siapa di pihak yang benar? 
Siapa yang di aniaya?
Siapa yang teraniaya

Tangan ke dada, mata ke atas 
┌ (˘⌣˘) ┐

Eh silap, silap.
TEPUK DADA, TANYA IMAN
:)

.nak kenakan orang, aku kena balik

Salam.

Semalam, I pergi dinner dengan Super K. Makan ciken chop. Nyum nyum. Lepas tuh tengok muvee, ceta Scream 4. Vavun betul lah cerita tuh. Sikit sikit nak tikam. Tikam depan depan ok. Bukan tikam belakang. Tikam belakang tuh memang dah selalu sangat tengok dan rasa. :-)

Ok sambung. MESTILAH I kena marahhhhh dengan Super K sebab I terjerit jerit tengok cerita tuh. Sumpah memang vongok ceta tuh. Best memang best, tapi kalau dah asyik kena marah sebab terjerit jerit, ape kes? Kan? My mistake. Last last, untuk mengelakkan dari jerit dan kena marah, I duduk menghadap kerusi, bukan menghadap screen. Dalam hati cakap, "Kau tengok lah cerita tuuu sorang sorang! Huh!" *marah* Keh keh keh. 

Masa on the way balik, I saja carik pasal. I cakap dengan dia. 

Intan : Sayang neh, tak pernah bahasakan diri sayang tu sayang. Asyik bahasakan nama Abang jer. Kite bukannya adik sayang. 
Super K : Macam tak normal jer nak panggil dedua sayang. Sayang, sayang dah makan? Sayang tak makan lagi. Haaa tak pelik ke tuh? Dedua nak sayang. Nanti orang cakap lebih lebih. Kita ni biar lah sederhana.
Intan : Hmm ye la ye la.... Tapi semua tuh kan programming. Nanti sayang bahasakan diri sayang tuh Abang banyak kali, kita jadi adik sayang betul kang! :'(
Super K : Abes sayang tuh cakap Kite kite.. Ingat abang ni kawan sayang ke?
Intan : Ala sayang ni.............. *terdiam*

Dem ah Super K. Ada je nak kenakan I balik. Huhu. Beberapa hari lepas, main teka teki dengan dia. So semalam, main teka teki lagik dalam keta. Dia soal,

Kenapa scuba diver tuh duduk dalam bot lepas tuh nak diving, lompat ke belakang?

Jawapan I mesti lah salah kan?
=.='

Cuba korang teka.
Teheee!

.ku sedang jatuh cinta ❤

Sejak pertama kita bertemu
Ku rasakan ada sesuatu
Inikah cinta yang kurasakan
Setiap ku memikirkanmu


Apa benar aku sedang jatuh cinta
Serasa hati ini berbunga-bunga
Mungkin ini pertama dalam hidupku
Ku tak bisa tidur seminggu

Hooo uuuooo… aku sedang jatuh cinta
Serasa indah rasanya hidup ini
Ku tahu ku sedang jatuh cinta


Ku tahu ku sedang jatuh cinta
Ku tahu ku sedang jatuh cinta

:: THE SISTERS ::

.sesi me-release tensen

Salam.

Balik exam terus bukak lappy, on pesbuk, on belog. Gila kau tak tensen pagi petang ada exam. T__T Nasib baik carrymark untuk first paper tuh macam banyak sikit (berlagak) Kui kui kui. Untuk second paper banyak jugak tapi tak lah banyak sangat. Huhu. 

Tapi kan second paper tadik macam susah sikit. Sebab kena jawap SEMUA soalan. Tak leh pilih pilih. Dem ah. I belasah jer lah. Jangan lecturer belasah I lepas baca jawapan I dah ler. T_T

Mata memang dah rabak gila dah neh. Tadi sms Super K, cakap dah habes exam. Kebetulan dia ada dekat Melaka. So, boleh lah ajak dia pergi teman I makan! Yeayy! I neh dah lah kuat makan sekarang. Bulat dah badan neh. =.=' Kalau pegi tengok muvee pun best jugak. Hari ni hari rabu. Tiket murah! Hihi.

So, sementara tunggu Super K sampai rumah sewa I, mari kita sama sama memekak-kan telinga dengar suara sumbang I yek. Ok, selamat mendengar. Ni video karaoke yang hari tuh. 

Suara macam..... haram...
=.='

Ok bai. Nak baring baring jap. Kepala dah berat gilak neh. My next paper is on FRIDAY. Paper Labor Economy. Mamtik haku. Ekonomi susah woo. T__T

Tata! 
;-)

.kau lompat, aku lompat, kau terbang, aku terbang!

Salam.

Keh keh keh. Tajuk entry tak boleh blah. Jangan nak gedik sangat boleh tak? :-P Hmm sekarang kan, kan Super K kononnya nak berhenti belayar kan..... Errr no comment lah. Kang cakap lebih lebih kang, sekali dia pergi belayar, I jugak yang melanguk dekat darat, tunggu dia pulang. T__T

Tapi rindu wooo zaman bercinta dulu. (macam lah sekarang tak bercinta kan?) Tapi I rinduuuuu nak rindu rindu dia masa dia atas kapal. Dia kan kerja shift 12 - 4. Habis kerja 4 pagi, call I. I pulak gigih tunggu dia abes kerja semata mata nak gayut telefon. Sweet kan I neh? Kikikikiki. :-P

Kadang kadang macam teringin jugak naik atas kapal tuh. Kenderaan atas air yang I pernah naek cuma FERI jer. Hukhuk. Kadang kadang teringin jugak nak feeling macam cerita Titanic. :-D

You jump, I jump.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
You fly, I fly!
Weeeeeeee~~

Dan ini pulak versi Melayu. Belayar di daratannnnnn.... Feeling macam ceta Titanic. Tapi menggantikan kapal dengan kereta. dan lautan dengan daratan. Bahahahaha! Kau lompat, aku lompat, kau terbang, aku terbang! Yeayyyy!

Ok lah. Entry ringan untuk hari ini. Esok I exam, ada 2 paper. Doakan I dapat jawap dengan tenang, cemerlang, gemilang dan terbilang ekkkk! 

Tata! 
:-)

.sesi bermesra dengan Super K yang genius =.='

Salam.

Tensen I malam neh. Sambil study dengan bebudak rumah I, borak borak. Main teka teki. Tapi sambil tuh main sms dengan Super K. Super K tuh dia kureng sikit suka main sms. I dah cakap dengan dia, I nak tidur awal malam neh sebab nak bangun awal esok, nak continue study. I nak tidur pukul 12.

Tapi Super K cakap, tunggu dia balik rumah dulu sebab dia tengah minum dengan bakal abah mertua I. Doang semua baru habis kerja dekat Nilai Spring Golf Resort. Busy sungguh. =.= So sementara nak tunggu dia balik dan hilang ngantuk, main sms lah dulu. ;-)

Warna Hijau - Intan
Warna Putih - Super K.

Ni sms pertama I bagi dekat dia.
.
.
.

.
.
.

.
.
.

.
.
.

.
.
.


HAHAHA

Penat I gelak. Habis segala bagai ilmu I terkeluar semula malam neh. Kena sedut semula lah jawapnya. Lawak lah pakwe haku neh. Dah boleh masuk Maharaja Lawak! : -P Itu sms terakhir dia. Lepas tuh dia terus call I sebab dia dah sampai rumah dan nak tidur. Dia cakap, Eii...apa lah sayang ni. Bagi soalan mengarut je dekat abang. Belajar tinggi tinggi, tapi soalan senang macam tu pun tak boleh jawap. 

Adehh..penat I gelak. K lah, nak cuba untuk tidur. Kang esok bangun lambat pulak. Hihi. Ok sebelum tuh, try korang jawap teka teki neh. Ni soalan faveret yang I suka bagi pada Super K. Dah tanya banyak banyak kali pun, suka bagi jawapan yang berlainan. Padahal I dah bagitau dah jawapan dia apa. Hihihi.

Kecik, Hitam dan Berpeluh.
Cuba teka apa? :-P 

Selamat malam semua!
Havagudream~

Tata!
;-)

.sesi jeritan batinku gadis comel VS rocker beriman (lah sangat)

Salam.

Hari tu, balik daripada Majlis Pertunangan Hana, kami (I, Super K, Eny & Fayyad) pergi MP, minum minum dan mahu pergi karaoke. Aktiviti kebiasaan yang kiteorang buat. Dekat Melaka neh, dah tak tahu dahh nak pergi mana. Balik balik tempat yang sama.=.=

Haiiii korangggg~~~ 
:-)

Us~~~

Kiteorang memang kaki karaoke. Walaupun suara I macam .. errr macam haram, =.=' tapi kan, at least I boleh release tensen kan. Tengah minggu exam neh, kalau duduk rumah mengadap buku pun tak boleh jugak kan.. I tensen nyahh. So, mari lah kita berhibur ;-P

Kalau karaoke, I tatau lah kenapa I suka sangat nyanyi lagu Pelamin Anganku Musnah. Maybe sebab kalau jerit jerit pun, suara I sampai jugak. Teehee! Tapi kan, Super K sangat tak suka. Sebab dia kata, semua tuh PROGRAMMING. Haish, sket sket programming =.=

Dia suka I nyanyi lagu Azie, Kau tetap dalam anganku. Tapi mesti lah kelaut kan. Terjerit jerit I nyanyi. Pitching ke laut =.= Ah pedulik. Dia nak sangat I nyanyi lagu tuh..... Tahan je lah telinga tuh kannn.. Dia cakap dengan I, Sayang nyanyi lagu Kau tetap dalam anganku neh, anggap macam abang dah mati k. Isk..boleh pulak macam tuh. Gila ker. Kalau dia dah mati, mesti lah I sedekahkan Al-fatihah. :'(

Tapi, I seronok tengok video video kiteorang sebab boleh jadik pengubat rindu. Ye lah, bukan selalu jumpa kan. Nanti dah start cuti sem, 4 bulan okeh tak dapat jumpa. Hukhukhuk. :'( Bila tengok video kiteorang nyanyi lagu Aishiteru dekat tepi pantai hari tuh pun mata dah bergenang. T_T *lap airmata*

Kau Tetap Dalam Anganku - Azie.

Korang dengar lah betul betul. Memang dasat I nyanyi. Agak agak bingit tuh, macam biasa, sumbat telinga dengan kapas k. =.= Super K tolong back up sebab dia memang hafal lagu neh. Hihihihi. Err sori lah. I tak reti nak rotate video =.='

Pelangi Petang - Def Gab C

Kata rockers, mesti lah kena nyanyi lagu rock kan? ;-P Ada video laen, tapi slow pulak nak upload. =.=' Kang korang muntah pulak dengar kiteorang nyanyi bebanyak. Tapi kalau ada permintaan, I boleh jer upload lagik. Keh keh keh. Nak tengok tak video Ernie Syafika nyanyi lagu Matahariku? Heeee. Kalau nak, nanti next entry I upload. :-P

Ok bai, nak sambung study. Kang Super K membebel I online lama lama. Jeles lettew sebab I boleh online, dia kena kerja. Hihi. Kata nak kawen cepat, kena lah raaaaaaaajin kerja! Chayok sayang!!! :-P

Tata!
:-)

.our pre-wedding photoshoot!

Salam.

Helooooooooooo! Ada yang rinduuuuuuuuuuuuuu takkk??? Heeeeee! Tolong lah cakap rinduuuuu sebab I rinduuuu gila dekat korang semuaaaaaaa. RIndu nak membebel soang soang dalam belog neh. Huhuhu. 

Ok. Sebenarnya menurut entry I sebelum neh, kesayangan I simpan broadband I sebab suruh I study. Rabu ni first paper I punya final exam. =.= So, kena lah struggle demi mencapai keputusan cemerlang gemilang dan terbilang. Tapi disebabkan I gian gila nak update belog, I pinjam broadband kawan tanpa pengetahuan Super K. Shhhh! Korang jangan bagitau dia pleaseeeeeeeeeee! :-P

Petang tadi, I pergi photoshoot pre-wedding kami. Maaf lah yer. Tak bagitau korang semua. Alaaa I bukan nya artis pun. Buat hape nak kecoh kecoh sangat walaupun I neh kepoh =.= Tapi disebabkan ke-eksaited-an I meng-upload gambar via mobile tadi dan beberapa orang LIKE, I terasa macam nak buat entry neh. Seronok rasanya bila orang LIKE gambar kita. Kan kan kan? :-) Mekasih yer semuaaaa!

 ILYSM Super K!
Gambar ni lah yang di sukai ramai tuu.
Hihihihi.

Tengok atas tuh sayang...... ;-)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
When the seafarers and their partners meet! :-)
Irfan & Intan, Eny & Fayad

This is what we called as LOVE. 
Eny, Intan & Eyka

 Errr sebenarnya, tadi I pergi majlis pertunangan salah sorang ahli The Gorgeous, Hanalovenest. Tahniah pada beliau dan pen-tunang, Che Armster. Che Arm, tahniah kerana anda berjaya meragut cinta Hana.. :-) Semoga cepat kawen! Heeee...  

Buat pertama kali, ahli The Gorgeous cukup!
SERONOK GILA OK! 
Akmall, Syida, Eny, Eyka, Intan & Hana.

Tahniah Hana!
Cepat cepat kawennnnnnn! ;-)

Amek berkat.
Kuikuikui. :-P

Us.

:-)

Banyak lagi gambar lain, tapi semua dalam handphone Super K. I tak sempat nak bluetooth banyak banyak. TERLALU BANYAK OK. Banyak sangat yang santek santek. Nanti nanti lah yer I upload semua dekat FB. Banyak sangat nak cerita. Siap ada VBLOG lagik tauuu. Tunggu ekk. Nanti I free dan dapat online, I update k. ;-)

Super K : Sayang tanya lah mama, bila mama kasik kita tunang dan kawen paling cepat. Abang dah cakap dengan family abang. Doang semua ok. Doang siap tanya berapa dulang nak bawak? =.=

Intan : Errrr...kita segan nak tanya mama... Sayang lah cakap direct dengan mama. Alaaa kita segannn.... =.=' (Fuhh mintak mintak mama baca entry neh.. hihihi)

Tiba tiba rasa malu gila.
Nak pergi nyorok bawah meja. 

Ok bai. 
=.=

.programming! | ini adalah entry terakhir :'(

Salam.

Tau tak I neh kan senang sangat lah saket. Kejap saket kepala, kejap saket perut, kejap saket kepala balik, kejap saket pinggang, lepas tuh sakit perut semula. Hah, memang takkan habes. Memanjang jer saket. Bila ntah nak sehat. =.='

Bangun pagi tadi, perut saket gila pork. Bukan sebab nak bery. I neh memang payah sikit nak bery. Eleh, nak cakap I selekeh lettew! Macam lah korang tak pernah bery! :-p Ok sambung cerita. Tapi memang tersangat lah saket perut I neh. Memang nak makan penyepak agaknya. Golek golek atas katil, tak ok jugak. Tapi tahan lagik on lappy, bukak belog, buka fesbuk. Kuikuikui.

Dah tengahari sikit tuh, call Super K. Dia suruh minum air suam. Memang sumpah tak tahan. Lepas tuh telan 2 bijik panadol. Dengan harapan, akan ok. Nak cakap I food poisoning, semua orang dalam rumah neh sehat walafiat jer. Peliks betul. 

Lepas tuh, pergi mandi. Sejukkan badan. Still~~ Perut masih saket. Huwaa! Last last malas fikir. Tukar topik. Cakap banyak banyak kali dalam hati.

PERUT DAH TAK SAKIT! 
PERUT DAH TAK SAKIT! 
PERUT DAH TAK SAKIT! 
PERUT DAH TAK SAKIT!!!! 

Walaupun hakikatnya sakit gila pork. Dem ah! T__T Tapi kan, lama lama, kesakitan itu berkurang. :) Itu dinamakan PROGRAMMING! Hoyeahh! Magik kan? :-)

Super K selalu cakap pasal Programming dengan I. Dia memang suka bagi ceramah motivasi dekat I. Maklum lah, bakal abah mertua I kan penceramah. So, mesti lah anak dia pun suka kasik ceramah free dekat I. Hihihi.

Benda yang kita selalu fikir dan cakap, akan jadik betul kalau kita asek fikir pasal benda tuh jer. Contohnya lah kan, kalau I rasa macam nak demam, I akan cakap dekat Super K, "Sayang, kita rase kita macam nak demam lah." Lepas tuh mesti dia cakap, "Jangan rasa rasa. Nak sangat ke demam?" Cepat cepat I tarik balik kata kata tuh. =.= Dan terus badan I tak jadik demam. Cheh, baru ingat nak manja manja dengan dia. (Kantoi di situ kuikuikui)

Ok, mari kita lihat contoh laen ye kawan kawan. Kalau kita selalu suspect boipren atau gelpren kita main kayu tiga, lama lama ia akan jadik kenyataan. Kalau tak caya, cubalah! Omaigod, mesti lah I tanak cuba. Giler ke? ;-P Kalau asyik dok investigate dan hantar spy 24 jam, rimas lah pasangan anda itu. Kan? Dari doang takde betina or jantan laen, terus carik. Nak sangat kan? Hah, lepas tuh, korang yang melopong. Padan muka. :-P Tapi kalau memang ada perempuan atau lelaki gedik, mereka wajib di tembak je. Huh! (emo)

Semalam kan, I tak leh tidur. Biasa lah, I memang kerap berjaga malam. Sebab tuh mata macam panda @.@! Belek belek handphone, baca balik sms dengan Super K. Baca dekat bahagian Conversation. So, dapat lah tau kan apa yang kiteorang borakkan. Baca baca, mengalir airmata. Dem ah. Apesal lah I neh selalu sangat emo lepas tuh marah marah Super K. Dia sekali pun tak pernah marah I. TAK PERNAH LANGSUNG! 

So lepas neh, I harap I nak kurangkan marah. Errr kalau boleh tak nak marah langsung sebab tak best woo marah marah neh. Semua tuh Programming. Nanti jadik terbiasa dan tak reti nak respect orang tua. Errr sebenarnya nanti bila dah kawen (2 tahun lagi, aminnnn. Cepat amin kan sekali woit! Hihihi) tak de lah I neh jadik isteri derhaka. Syurga kan di bawah tapak kaki suami. Kang kalau I derhaka kang, sekali kene tendang baru tau. Huhu. :-P

I'm gonna miss youuuuuuu, blog!
Sob sob sob..
*kesat airmata, lap hingus*

Eh apesal entry neh panjang semacam jer? Huhu. Kate entry terakhir. Haruslah panjang kan? Dan apa pulak kaitan Programming & Entry Terakhir neh? Entah lah. I maen belasah jer update belog neh sebenarnye. Kuikuikui.

Oh sedihnya sebab lepas neh I tak dapat nak tulis belog lagik. Fesbuk mungkin I dapat aktif tapi tak leh lah kerap sangat. Nak tau kenapa I tak boleh tulis belog lagik? Tengok video neh. T___T

Haish, gedik sungguh. Muka gedik mintak penampo. Tak pun, mintak kaki, smack down sekali.. Keh keh keh. Video neh I record dalam bilik jer. Tu sebab macam romantik jer kaler dia. Malap jer. Rasa macam nak tidur pun ada. =.='

Ok lah. Jumpa lagi lepas exam nanti. Tata. Muah! Muah! Muah! Eh kejap! Jom baca belog Super K. Dia update lagi lajuuuuuuuuuuuuu dari I. Nak lawan nampak! Huhuuuu :-P

Bai~~~

.ini mama kite, bukan mama angah!

Salam.

Heaven sungguh rasa bila duduk rumah sendirik. Dapat guling guling dekat katil sendirik, main tenet 24 jam tanpa henti, dapat tengok TV saluran Astro (rumah sewa takde astro. harap maklum =.=) Dapat jumpa mama, abah dan adik adik. Paling best, dapat main main dan gaduh gaduh dengan kesayangan I, Chacha. Rasa dah tak nak balik rumah sewa dekat Melaka tuh pun ada! Tapi ni pun I balik kejap sebab cuti study week. Esok dah balik Melaka. T__T Huhu.

Malam tadi, I tanya Chacha, "Chacha, esok chacha sekolah tak?' Then dia cakap, "Mama cakap chacha tak payah sekolah. Chacha bercuti." Then I cakap lagik, "Chacha nak teman Angah dekat rumah eh?" Chacha jawap, "Haah...".

Tapi, bangun tidur tadik, Chacha takdek. Kantoi I bangun lewat. Kuikuikui. Dalam pukul 12 camtuh, adik I, Yeop pergi amek Chacha dekat Tabika Kemas. Yeop cikgu, dia mengajar sesi petang. So sebelum dia pergi sekolah, dia akan pick up Chacha dulu. 

Alalalala comelnyeeeee adik I neh... 
:-*

Pandai bukak kasut sendirik..

Balik sekolah wajib beli askem. 
Asek pow Yeop je.
Nasib kau lah Yeop... :-P

Balik rumah jer, hiruk pikuk rumah ni di buatnya. Tak keluar kereta lagik dah terjerit jerit panggil I. Eleh, rindu lettew! :-P Chacha tuh jenis cakap tak benti benti. Sama lah macam I. Hehe. Sibuk nak bercerita macam macam dekat I. "Angah, angah. Tadi kite pergi tandas. Dalam perut kite ade semut." Huhuhu. I iyekan aje. Selagi I tak jawap, selagi tuh la dia akan ulang banyak banyak kali. =.=

Chacha kata ni Abang Ipan. 
Dia lukis sendirik.
Tang mana Abang Ipan pun I tatau.
=.=

Tadi Chacha pergi dekat wall deco bilik I. Wall deco tuh bentuk love. Then dia cakap, "Ini hati Angah dengan Abang Ipan ehh." Heeeee comel betul. Kecik kecik lagik dah pandai buat I blushing. Kikikiki :-P

Malam tadik keluar dengan Mama & Abah. I dengan Chacha ikut. Singgah kedai, beli jajan. Kiteorang memang tag team tang habeskan duet mamaabah beli jajan. Hiks. Lepas tuh kan, I dengan Chacha suka gaduh pasal Mama dengan Abah. Dia selalu cakap, 

"Ini Mama Chacha. 
Itu Abah Angah."

Then I cakap pulak,

"Abes Mama Angah mana? 
Alaaa kite kongsi lahhh..."

Chacha pulak jawap,

"Alaaa nanti Abah takde kawan. 
Angah kawan lah dengan Abah"

Dia suka buat muka camtuh.
Memang mintak penampo lah kot :-P

Pasal benda neh pun nak gaduh. Gedik kan? Hihi. I saje jer dengki Chacha. Siapa tak sayang adik kan? :-) I love you much Intan Nurbatrishya. 

Ni ada video Chacha speaking london.
Pandai kan? 
:-)

.and only the best girl can be with the best man... :)

Apabila seorang pelaut jatuh cinta,
Maknanya pasangan pelaut itu mesti seorang yang luar biasa.

Apabila seorang pelaut itu memilih pasangan,
Maknanya pasangan pelaut itu seorang yang tabah dan setia.

Apabila seorang pelaut itu ingin berkahwin,
Maknanya pasangan pelaut itu tahu apa yang bakal dihadapinya.

Ini kerana,
Apabila pelaut itu sudah belayar,
Pasangannya akan di tinggalkan di daratan.
Menjalani kehidupan tanpa suami atau isteri.
Membesarkan anak seorang diri.
Memikul tanggungjawab seorang diri.

Oleh itu,
jika pasangan anda seorang pelaut,
Dirinya mngambil keputusan untuk berpisah dengan anda,
Itu tandanya,
Dia menyayangi diri anda lebih dari pengetahuan anda.
Dia tidak mahu anda bersedih menunggu kepulangannya.
Dia tidak mahu anda menjalani kehidupan tanpanya.
Dia tidak mahu anda membesarkan anak seorang diri.
Dia tidak mahu anda menyelesaikan masalah tanpa dirinya.

Jika anda sanggup menjadi pasangan pelaut,
Maknanya, cinta anda begitu tinggi nilainya.... ♥


"SAYA SANGGUP!"

Credit to : Widad Firasyah ;)

.ingat budak tadika boleh lepas spot check ke?

Salam.

Last week I balik rumah. Balik secara mengejut naik bas. Biasanya I malassssss gila naik bas. Dan biasanya adik I, Yeop yang akan amek I dekat rumah sewa. Huhu. Dan macam biase, manusia first I jumpa dekat rumah mestilah kesayangan I, Chacha. :-*

Malam tuh, macam biasa lah, Chacha menyibuk masuk bilik I. EH, macam banyak pulak perkataan MACAM BIASA. Haha. Ok sambung. Chacha bawak beg sekolah dia. Beg tuh dia dapat masa Anugerah Kanak-kanak Cemerlang. Dalam beg tuh lah macam macam lah dia letak. =.=' Alang alang dia dah bawak beg dia masuk bilik I, baik I buat spot check. Budak kecik neh bukan boleh caya. Harap muka je inesen. Errr..inesen ker? Kui kui kui. Lain lah I. I memang inesen pun! :-P

Muka gembira jer.
Tumbuk satgi baru tau.

Nak tau apa yang ada dalam beg dia?

 Semua buku Mickey Mouse.
Satu jer buka sekolah dia.
=.='

Itu kaler pensil dia, still Mickey Mouse.
Muka dia pun dah macam Mickey Mouse.
:-P

Yang ni macam Minnie Mouse kan?
Hik hik hik

Rajinnyeeeeeeeeee ..
Sama rajin macam Angah dia :-P

Tapi since Chacha masuk Tadika KEMAS, dia dah semakin bijak lah. Asyik speaking london jer. No wonder dia akan dapat Anugerah Kanak kanak Cemerlang lagik tahun ni :-P

Hoyeahhhh!
Chayok Intan Nurbatrishya!!!

.al kisah Super K yang menyayat hati dan sanubari ini hukhuk

Salam

Lately neh kan, Super K asyik busy jer. Tensen I nyahh.. Asyik meeting jer since kerja dengan company bakal bapak mertua I. Projek sana sini. Nasib baek projek juta juta. Ka-ching! $_$ HAHA. Nampak sangat I neh mata duitan. Kikikiki. :-P

Bukan tuh yang I nak cerita sebenarnya. Hm semalam kan, borak borak dengan Super K. Dia cerita pasal pengalaman dia belayar. Seronok dengar walaupun kadang kadang dia cerita benda yang sama berulang ulang kali. Tapi I tak kisah pun. I suka dengar. :-) Dan ada satu ayat tuh, buat I tacing gila. "Abang suka sangat belayar." 

Masa dia cakap tuh, mata dia berkaca kaca. :'( I tengok mata dia. I tau, dia rindu nak belayar. Sebab dia memang sangat sangat suka dengan kerja dia tuh. Dia memang tak suka kerja darat. Tak suka pakai kemeja bagai. Lepas tuh I cakap dekat dia, "Kite tak kisah kalau sayang nak belayar. Kite ok je."  Sebab I tau, dia cuma akan happy dengan kerja tuh. I pun happy bila dia happy. :-)

Lepas tuh dia cakap plak, "Eleh, baru dua hari tak jumpa dah macam setahun tak jumpa. Satu artikel 6 bulan tau. Lama." Lepas tuh I cakap lah, sign lah artikel yang pendek pendek. 3 bulan jer ker... Tapi dia tak nak jugak. Sebab dia tau, I tak boleh kalau dia jauh. ~.~

Lepas tuh airmata I pulak macam bergenang. Dem ah. Hati tisu betul. =.= *cepat cepat lap airmata* Memang lah kalau nak ikutkan hati, hari hari nak jumpa tapi I boleh consider kot. I pun study lagik. Dia pun kena lah bagi komitmen pada kerja. Kalau kerja kapal yang dia pilih, I akan sentiasa support dia. ;-)

SEBAB? 
Only the best man can go to sea. 
And only the best girl can be with the best man..
:-)

Mesti lah I nak jadik yang terbaik kan kan? 
:-P

*gambar hiasan semata mata*

Then dia cakap lagik, dia nak fokus dekat projek projek company bakal bapak mertua I tuh dulu. Sekarang dia memang busy dengan projek. Dia nak try kerja kat darat pulak. (Walaupun I tau dia rindu kerja kapal) Seafarer's card dia pun I yang simpankan. Kad tuh expired on 2013. So, ada lagi 2 tahun lagi. Kalau dia nak belayar semula, I tak pernah halang. Masa I start rapat dengan dia pun, dia still dalam pelayaran. I cakap dengan dia, I ok je time tuh. Then dia cakap, "Masa tuh kite kan tengah kawan, belum kapel lagi. Memang lah ok.". Huhu. Betul jugak dia cakap. =.=

Time I taip entry neh, dia baru lepas call I. Dia ada meeting *lagi*. Asyik meeting jer. Busy bebeno =.= I cakap dengan dia, "Kite dah ngantuk. Nanti lepas meeting, sayang call kite eh..." Then lepas tuh dia cakap.....

"Mesti lah abang call. Sebab you are my 
PUNCH CARD MACHINE"

Cheh! 
Hampeh punya pakwe! 
=.='
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
. 
 But still....
There is something about him 
that makes my heart drop to my feet!

ILOVEHIMWITHALLMYHEART! 

.aku tak nak kawan dengan kau, budak gemuk!

Salam.

Korang pernah tak rasa macam kena pulau? Bukan pulau pandan jauh ketengah mahupun gunung daik bercabang tiga, tapi kena pulaukan sebab korang buruk atau.... errr gemuk. T__T Ok fine. Tiba tiba I rasa I dah gemuk dan buruk. :'(

Hari hari orang belanja KFC.
Mana tak gemuk =.='

Tak semua orang gemuk itu buruk. Tapi I dah set dalam otak I, di sebabkan I ni pendek, bila I gemuk, I akan rasa... "Omaigod! Apesal lemak banyak sangat ni? Apesal perut berlipat lipat ni? Apesal perut berlapis lapis neh?" Yang lagik best, I siap kena kutuk dengan boipren tersayang. Dem betul. (Macam lah Super K tuh kurus sangat :-P)

"Sayang, perut tuh dah macam pekan Alor Gajah dah abang tengok. Tak lama lagi mesti jadik macam pekan Tampin. Besar sikit."

Ceh, asik mengutuk orang jer. Padahal dia pun gemuk, maklum lah bahagia dengan I. Keh keh keh. I tau, I bukannya gemuk mana pun. Tapi di sebabkan dulu I neh kurus kering, sampai tulang terkeluar keluar, =.= I macam susah nak adapt dengan keadaan sekarang.

Dulu pakai levis size 25. Londeh kot. Siap kena pakai boxer atau short untuk memastikan teknik penyamaran berjaya. Baru lah nampak sexy. Nampak lah kaki tu berisi dan bukan tulang semata mata. Kuikuikui. Tapi sekarang, tak perlu lagik teknik penyamaran. :-p

Paling sadis sekali, bila pakai jeans, lepas makan, susah nak bernafas, sebab seluar jeans ketat sangat. Dem ah. Time neh lah rasa nak menyumpah nyumpah. Terpaksa bukak butang jeans tuh. Sep baek pakai baju labuh. Tak nampak sangat. :-P

I tak de lah gemuk sangat kan?
:-P

Tapi to be honest, I suka keadaan I sekarang dan ramai orang suka dengan perubahan I. Sebab I tak nampak macam orang yang sakit yang kurus kering tuh. Kan kan? I tau, I bukannya gemuk pun. So kesimpulannya, tak kisah lah gemuk ke kurus ke, janji sihat dan kuat bagaikan juara.  :-P

Tak kisah lah perut macam pekan Alor Gajah ke, pekan Tampin ker, macam bandaraya Kuala Lumpur ke, bandaraya Johor Bahru mahupun Kampung Pinang Sebatang, janji kalau hati dah suka, dah sayang, terima je lah seadanya. Kan kan kan? :-)

I love you not only for what you are, 
but for what I am when I am with you.

Saya bahagia dengan awak.
SEBAB TUH LAH SAYA GEMUK! 
Buwek! :-P

.Super K ada belog????

Haaa??? 
Ohhhhhh Emmmm Geeeeeeeeee!
Super K dah ada belog?

Betul ker?
Betul ker?
Betul ker?
Betul ker?
Betul ker?
Betul ker?
Betul ker?
Betul ker?
Betul ker?
Betul ker?

Betul lah woi!
Ingat I neh muka penipu ke?
=.='

Dia dari zaman muda muda dulu lagik dah ada belog. Tapi cuma tak aktif jer. Tapi belog zaman budak budak lah. I baca pun, I gelak gelak. Masa zaman tuh, I tak tau pun apa itu belog. Gila ketinggalan zaman. Rupanya Super K lagik advance ok. Tak guna I kerek kerek dengan dia pasal belog. =.='

So, jangan ingat I yang paksa paksa dia buat belog. Memang dia yang nak start blogging semula. Sebab kerja dia sekarang banyak travel. Lagipun, banyak benda kot dia nak share masa dia jadik Seafarers dulu. 

Errr I neh mandai mandai jer kan. Sebenarnya, I pun tak tau apa yang akan dia bebel dalam belog dia tuh. Huhu.

Nak tengok ker belog baru dia?
Belog lama dia tak kasik orang tengok.
SEBAB?

SEBAB LAWAK!
Keh keh keh.

Biar lah I sorang yang gelak. Kikikikiki. Kang I kena marah pulak kalau publish belog lama dia kat umum. Dah lah Super K tuh garang macam singa jantan ;-P


KLIK SINI!

Ok tata!
:-)

.chenta si megi cawan hihi

Salam.

Hari tuh I dengan kawan kawan I keluar dengan Super K. Time tuh kiteorang dah makan dah dekat rumah sewa. Tapi macam teringin nak makan megi. So, kiteorang pergi 7E and beli megi cup! Heee~ I beli megi tomyam MAGGI dengan slurpee. Super K pulak megi cup tomyam MAMEE. Kawan I pulak tak mau. Tak nak sudah, nama kau dolah.................................... :-P

Lepas tuh terus ke pantai eyes on Malacca tuh. Banyak lah orang lepak situ. Kiteorang tengok orang mancing, tengok kapal yang parking dekat situ. I tak tau lah ape terms dia. Tiba tiba lupa =.=' Tapi seronok lah dengar Super K cerita pengalaman dia masa pergi belayar dulu. Pergi Indon lah, Jepun, Korea, Terusan Suez, dan banyak lah tempat lagik. Sambil belayar, sambil melancong. I tau dia rindu nak belayar sebab dia minat sangat belayar tapi sebab dia sayang I, dia tak nak belayar lagi. T__T (Woi, I tak halang pun okeyh! Jangan nak salahkan I pulak! Grrr!!!)

Slurrppp! Hihi

Nampak tak yang cahaya putih belakang I tuh?
Itu lah cahaya lampu dari kapal.
Banyak sangat kapal dekat pantai neh tauu!
BEST!

Kedekut!
Macam lah orang nak sangat megi dia! :-P


Ni lah kawan I a.k.a adik I a.k.a Mokde I.
;-)

Heeeeeee~

Sambil tengok kapal tuh, makan lah megi. Mi megi cepat di masak sedap di makan. =.=' Mesti korang tak pernah buat kerja gile makan megi macam I ek. Kui kui kui. Sweet tak? Ok fine. Perasan giler. =.= Busan lah kalau kelaur makan Mekdi lah, KFC lah, Pizza lah, Kenny Rogers lah, donut lah, pastu makan nasi goreng, nasi campur.. etc. Ni kira first time lah kiteorang makan megi together gether. ;-D

I tak boleh lepak pantai lama lama. Dah lah sejuk. Lepas makan megi, dengar Super K main gitar. I suruh dia main lagu Aishiteru. Lagu faveret kami. :-P 

Tapi boleh pulak dia lupa lirik. Kalau masuk Jangan Lupa Lirik, confirm keluar awal. Hihihi.

Buruk gila suara budak pompuan neh.
=.='

Super K takasik I upload, tapi I upload gak.
Mamtik dia marah I lepas neh.

HAHA.
I pedulik hape :-P

Lepas habes maen gitar, I pun balik lah ke rumah sewa. Kawan I pun dah ngantuk. I pun sama. Bawak notes konon nak study, tapi dapat study 1 chapter jer. Alaaa kira ok lah tuh kan? Tak de lah orang ingat I neh asyik pergi bercinta tapi tak ingat dunia. Tolong sikit. I boleh divide masa okeyh! Lagipun pergi ramai ramai, bukan pergi berdua jer. :-)

Ok, itu jer.
 Bai!