.perangai buruk intanurulfateha | kuat jeles dan kuat merajuk!

Salam.

Heeee kita kembali kepada episod mari mem-bizi-bodi kan diri mengetahui perangai buruk cik intanurulfateha. Sebenarnya, banyak lagik kot perangai buruk budak intan neh. Huhuhu. Tapi kali ni, I nak reveal satu jer iaitu KUAT JELES DAN KUAT MERAJUK. Hari tuh dah reveal pasal budak intan yang kuat mengigau. Dem ah. Buruk gila perangai kuat ngigau. =.=

Orang kata, kalau kita selalu sangat merajuk, takut pasangan kita tuh akan cepat bosan dengan kita. Hoit pakwe! Berani ke nak bosan dengan kite? Hehehehe. Nampak tak perangai buruk queen control di situ? =.='  Tapi tak kisah lah queen control ke hape, janji comel. (perasan)

Bila jumpa jer, mesti I akan buat spot check dekat handphone beliau. Ye lah, jumpa bukan selalu. Bila jumpa, haruslah buat spot check. Kikikiki. Tapi bila time buat spot check, dan ada tangkapan, mesti lah pertarungan bakal berlaku. Terus tarik muka, tanak cakap. Mulut yang biasa nya tak reti berhenti bercakap, terus sunyi sepi. Tak de gelak gelak, tak de senyum senyum. Garang tak? HAHA.

Lepas tuh mesti lah si pakwe explain. Lepas tuh I dah ok dah. Buat apa nak marah marah lama lama lama sangat. Bikin muka bertambah kedut jer. Hihihi.

Hari tu lagik best. His so-called-ex-gf contact dia semula. Haruslah I jeles dan merajuk. Maka terkeluarlah segala status merajuk dekat Fesbuk I tuh. Sampai lah Mak Super K contact I, pujuk pujuk I. =.= Malu nyerr.. ~.~ (Tutup muka) Tapi rasa seronok bila hubungan di restui. Sayang! Mak Sayang sayang kite! :-P Kesian Super K kena marah dengan Mak dia. Dah lah I pun marah dia. Asal call jer, nak mengamuk. Padahal bukan salah dia pun. Sayang, sorry ek. Marah tanda sayang tau :-P

Bila dah jauh, baru lah nak rindu rindu. Mula lah dia cakap, bila dekat, asyik nak marah jer. Kikikiki. Kan I dah cakap, marah tanda sayang. Kalau I tak marah, maknanya I tak sayang. I biar jer dia nak kawan atau skandal dengan mana mana perempuan. Betul tak? Nak tunggang terbalik ker, lantak lah situ. Tapi sebab sayang lah, I selalu membebel dekat dia. :-P

You have to have trust in a relationship 
to fully love someone. 

Eleh korang, mesti korang nak kutuk kutuk I kan? Nak cakap, buruk orang tua macam I neh kuat jeles dan kuat merajuk. :-P Alaaaa macam lah korang tak pernah merajuk dan jeles kan? Ntah ntah perangai kita sama. Mengata dulang, paku serpih, ........ (Please fill in the blank)