.penat lah oi | first time ke Kelantan

Salam.

Ok fine. I sangat penat gila pork. I tau, Abah dan Adik I lagik penat sebab doang yang drive kereta tanpa ganti dari Muar sampai ke Kelantan. Ye, kami ke Kelantan khamis petang dan selamat sampai di sana pada hari Jumaat, pukul 8 pagi waktu Malaysia. 

Pihak lelaki dah sediakan sebuah rumah untuk kami berehat. Sampai jer, I terus tidur dan bangun pukul 11 pagi. Letih gila pork. Saket badan tidur dalam kereta. Kami ke sana 2 kereta, Exora dan Spectra. Exora Abah drive. Spectra, adik I drive. I pulak drive diri sendiri. Kui kui kui.

Kakak I punya suami orang Melor, Kelantan. I ingat, dia main main jer cakap nama tempat tuh Melor, sekali betul. =.=' Keh keh keh. Untuk pengetahuan semua, ni first time I ke Kelantan. Family I dah pernah sampai Kelantan sebelum ni, tapi ape sal ntah doang tak ajak I. Sampai hati. Huk huk huk.

Majlis kenduri kesyukuran pihak lelaki start lepas Sembahyang Jumaat tapi mak andam sampai lambat. Dem ah mak andam neh. Suka tau datang lambat. Lepas tuh, kakak I hari tu booking baju lain, dia kasik baju lain. Mulut mak andam pulak, tak boleh blah. Kalau rasa ayam goreng KFC yang spicy tu kurang pedas, meh I tambah cili. (tetiba)

Rombongan pihak perempuan ke rumah pihak lelaki 6 kereta. 2 kereta dari Johor. Yang lain kawan kawan Abah dari Kelantan dan Terengganu. Haish, malas pulak mahu cerita. Tengok gambar jer lah ek.

Kat meja beradap.
I dah siap makan time neh.

Amek gambar atas katil. Sampai bunyik katil neh. Nasib baek tak patah. First time I tengok kena snap gambar family dalam bilik pengantin sebab selama ni, dekat Johor, snap gambar depan pelamin. Majlis dekat Kelantan tak semeriah dekat Johor. Mesti lah dekat Johor meriah, Super K ada! (gatal) :-P

Mata sembab tak cukup tidur. Muka sedih sebab handphone Sony Ericsson I patah, terduduk-kan time I tidur dalam kereta. Dah berat rupanya I neh sampai boleh patahkan handphone dengan hanya terduduk kan nya. Isk.. Tensen tul. Nasib baik I ada 2 handphone. Hmmm...badan letih sangat. Buruk dah rupa I, I rasa. Post status kat FB, cakap cantik hari ni. Padahal, masyaAllah, buruk gilak. Tapi bila MMS-kan gambar neh dekat Super K, dia cakap... 

Kembang setaman.
Keh keh keh.

Kakak I dah tukar baju dah. Dekat Kelantan, tukar baju 2x. Biru dan hijau. Tak de snap gambar outdoor. Pesanan kepada kakak kesayangan, Dah kahwin, jangan sakai sakai sangat. Ada orang tuh, dah kahwin, terus tak pandai jaga diri. Along kena maintain cantik, baru Abang Apis tak carik lain. Kuikuikui.

Abang Apis & Chacha.
Jaga kakak saya baik baik! :)

Gerak balik Johor malam tadi, lepas Isyak. Sampai rumah waktu zuhur tadik. Banyak gila tempat Abah berhenti rehat sebab mengantuk. Kami tak sempat nak shopping bagai sebab adik I ada motivasi Form5 dekat sekolah hari ni (Sabtu) dan jugak esok. Lagipun, nenek I kan dah uzur dekat rumah neh. Time kami ke Kelantan, Mama mintak tolong Mak Ngah yang duduk belakang rumah tolong tengok-tengokkan nenek.

Itu lah pengalaman I ke Kelantan. Pergh dah macam karangan UPSR jer. Ayat tunggang langgang. Dem. =.='