.nak delete FB lah, semuanya pasal FB!

Salam.

Kadang kadang kan, rasa macam tak best ada FB. Rasa dah tak ada privacy. Cheh, dah kau tuh sesuka hati jer approve semua orang. Padan muka kau Intan =.=' Lepas tuh, mula lah rasa tak best, sebab asyik kena stalk setiap hari. (Tengah imagine kalau diri ni seorang artis. Ashane lah nak handle semua neh kan kan?)

Kadang kadang bila orang add, I fikir lapan juta lima puluh ribu ratus kali. Nak approve ke tanak ek. Tapi I approve jugak sebab mostly yang add I tuh BLOGGERS. Kang cakap I eksen pulak. Padahal I neh budak baik. Dah lah baik, comel pulak tuh, Tak caya, tanya lah Super K. :-P

I perasan, banyak sangat kes orang bergaduh dalam FB. Artis lah, orang orang besar lah, laki bini lah, lepas tu kapel jangan cakap ah. Memang banyak kes. TERMASUK lah I. Kuikuikui. Biasalah, perempuan yang kuat jeles tetapi comel seperti I neh memang suka carik masalah.

Bila tengok wall boipren sendiri, ada orang lain post (perempuan), mesti gelabah. Tanya itu ini. Perempuan ni siapa? Berapa lama kenal? Kenapa? Macamana? Bagaimana? Cheh, kalau boleh, semuanya nak tau. Bizi body betul. Tapi yang BEST nya, privacy tetap privacy. :-)

Sebab apa I cakap macamtu? Sebab I tak ada pun password FB Super K dan dia pun tak ada password FB I. As long as kiteorang TRUST EACH OTHER, kira ok lah tuh kan? :-) Dah nama pun password. Lek lu. Baru jer kapel. Lum kawen pun. Kalau clash, kena aniaya dengan bekas boipren baru tau. =.=' Tapi kalau dah kawen, nak rahsia bagai, memang rasa macam nak kasik encik suami makan JCO bersalut kasut lah tuh!!!

Pernah gak gaduh dengan Super K pasal FB. Bukan pernah, tapi SELALU. Huhu. I kan memang camni. Mengada. Dia baru maen FB dua saat, I dah membebel bebel cakap, "Hah, main FB dengan siapa? Pompuan mana message?" Kikikiki. Jeles yang melampau =.=' Sampai dia cakap, dia nak delete FB. Haish, ngajuk lah tuh. Buruk orang tua merajuk :-P

Padahal I neh main FB 24 7. Time dating pun, sibuk pegang henpon, buka FB. Keh keh keh. Dia bising gak, tapi I neh mana makan saman. Lalalalala~~

So kesimpulannya, tak payah nak jeles sangat lah! Nasihat kepada diri sendiri. Ok bai. =.=

FB I.

FB Super K.

Eh, tapi ada jugak yang bertemu jodoh di FB.

SEMOGA BERBAHAGIA
kepada yang berkenaan!