.4 sebab kenapa saya jarang kemaskini belog :)

Salam.

Hari ini, saya nak menulis cerita di dalam belog menggunakan 100% bahasa melayu. Walaupun bahasa melayu saya teruk, saya pedulik ape. Cakap omputih pun gagal, cakap melayu pun sama. Ah, lantak lah! Hikhikhik. 

Sejak akhir akhir neh, saya jarang sangat nak tarikh atas di dalam belog ni. Saya tak tahu kenapa. Kalau dulu, sehari boleh taip macam macam cerita. Sekarang ni, sehari satu cerita pun payah nak taip. =.=' Tapi setelah saya membuat penyiasatan, akhirnya saya tahu jugak kenapa. Anda mau tau? Kalau tanak pun, saya nak bagi tau jugak. Peduli hape. Ini kan belog saya. Wek! :-P

1) Internet.
Kalau saya duduk dekat rumah sewa, sumber internet adalah dari jalur lebar celcom. Ianya sangat lah lambat. Kalau nak tengok tiub awak, mak aii, lambatnya lah dia bergerak. Grrr.

2) Sibuk dengan kuliah.
Saya pelajar di UiTM Kampus Bandaraya Melaka. Jadi, haruslah pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang yang baik serta comel seperti saya akan sibuk dengan kuliah, latihan di rumah, kuiz, ujian dan macam macam lain. Keh keh keh.

3) Cerita cinta.
Saya kan gedik, jadik kalau saya tertulis cerita jiwang jiwang ala ala Romeo mesti mati mesti lah semua orang menyampah dan menyumpah nyumpah saya. Saya tak nak kena sumpah menjadi peti ais. Kalau sumpah menjadi internet yang laju, mesti seronok :)

4) Alasan alasan lain.
Eleh intan, kalau dah malas tuh, malas jugak. Tak payah nak bagi alasan segala bagai. Ingat orang percaya ker? Keh keh keh. 

Ok bai.
:)