.yang lama tetap di hati =)

Salam.

Tensen gila I semalam sebab handphone I tiba tiba jadi baru. =.= Bukan beli baru tapi handphone I hang lepas tu auto-restart lepas dia macam reset ke baru. Alaaa...ashane nak explain ek. Korang paham paham lah sendiri ek. Huhu.

Segala bagai themes, fonts dan software I hilang begitu sahaja. Lagik dasat dari chipsmore. I dah tensen dah. I cakap dengan Super K, I nak handphone baru. Dia nak belikan 89 buah blackberry. Bagus punya pakwe. Hihihi.

Lepas tu, semalam I godek godek balik handphone Nokia e72 kesayangan I tuh. I try buat balik font comel comel dan sms conversation. I refer balik tutorial yang I buat. Hihi. Nasib baik I ada buat tutorial. Sekelip mata jer dah jadik macam yang lama! Hoyeah hoyeah! Ok tipu. Berkelip kelip mata jugak lah I buat. Tapi yang penting, I puas hati.

Dan semalam jugak, I try buat theme sendiri melalui satu website dari internet. Kawan I yang ajar. Bagus betul budak ni. Dah lah single, hensem pulak tuh. Ada yang berminat tak? Meh hantar resume dekat I dulu :-P

Ok sambung. So, I pun godek godek lah website tuh... Dannnnnn....

Tadaaa... Jadik lah theme baru!

Ni bahagian Menu.

Ni pulak, bahagian message.

Yang ni font lama yang I guna. I nak guna balik font ni, tapi carik balik, tak jumpa. Arghh tensen tensen. Font I yang sekarang ni gemuk gemuk. Tak best..~~ Oh yer, kalau korang nak print screen dari handphone korang, boleh download software Screen Snap dari SINI. FOC jer :-)

Tapi apa-apa pun, I sayang handphone e72 I neh. Sangat banyak sentimental valuessss :-) I love u much sayang!

I cakap dengan Super K, handphone I dah ok. Dah tak payah beli baru. Lepas tuh dia cakap, "Alaaa...abang dah order dah BB untuk sayang.. Terpaksa cancel lahh.. Hihihi"

Eleh Super K...
Mengada mengada...
Smack down kang! ;-P