.tips membasuh baju (student)

Salam.

Oh dah pagi rupanya. Sementara menunggu Super K call, update lah kejap. Kali ni, I nak share tips untuk basuh baju bagi student atau mereka mereka yang bujang iaitu yang belum berkahwin atau belum mempunyai suami atau belum mempunyai isteri atau senang cakap, bagi mereka yang mesin basuh nya ROSAK.

Ok fine. 
I cakap tentang diri sendiri.
=.='

Dah hampir sebulan lebih ok mesin basuh rumah I neh rosak. Rumah sewa I ni rumah kayu, bila siang panas gile. Bila malam sejuk gile. Ianya datang sekali dengan pakej sekumpulan nyamuk yang tak reti nak tidur. Pasang ubat nyamuk kang, di kata membunuh hidupan liar pulak kan. Tak sampai hati lah pulak. (Alasan) 

Lepas tuh, bila mesin basuh rosak, menambahkan ke-tensen-nan I. Dah lah sewa rumah mahal, konon sekali dengan pakej rumah fully furnish tapi  bila barang rosak dan owner rumah tak reti reti nak repair, ni bikin gua panas derr!

Beberapa hari lepas, terasa malas mahu basuh baju menggunakan cara tradisional iaitu dengan menggunakan tanganku yang lembut, halus dan mulus. Ok tipu. Ada sedikit kasar. Kikikiki. Ok tipu lagik. Memang halus pun sebenarnya. Lalalala~ Ok sambung.

Masa tuh wiken. Baju dah banyak kumpul. Ingat nak balik rumah family dekat Muar tapi di sebabkan celebrate birthday Cimi, so tak jadik lah balik dan tak dapat lah basuh segala nenek moyang baju I neh dekat rumah. T__T So, penyelesaiannya, mesti lah DOBI.

Dekat area rumah sewa I, cuma ada seketul dobi berdekatan dengan kampus. Itupun tutup time wiken. So, merayau lah sampai Bear Hills (Bukit Beruang, Melaka) dan jumpa lah dobi berwarna ungu. Dobi berwarna ungu tu kepunyaan Melayu tetapi malangnya ada ke patut dia cakap kalau I hantar baju dekat dobi berwarna ungu itu, baju I hanya akan siap di basuh pada malam keesokkan harinya. Gila lambat. I mengharapkan agar baju tu siap di basuh pada hari yang sama. Dem ah. Spentot pun dah habis pakai. Ok tipu. Gila ke nak hantar spentot gi dobi. :-P

Last last, tak jadik hantar dan basuh guna tangan I yang comel ini. Kesian tangan I penat. Huhuhu. Lepas tuh HS ada bagi tips ashane nak basuh baju secara jimat. Beliau cakap melalui pengalaman bekas housemate beliau.

Bila nak mandi, sila berpakaian lengkap. Jangan bukak baju ketika mandi. Sabun badan sekali dengan baju dengan menggunakan sabun mandi yang wangi seperti sabun Lux. Jangan guna Dettol. Tak best. Lagi satu, cara ini jimat. Pakej 4 dalam 1. Dah siap mandi, badan wangi, baju dah siap di basuh dan baju berbau wangi! Tak payah nak guna softlan dah. Lepas settle mandi, bilas baju tersebut dan terus sidai. 

Keh keh keh. 

Bijak jugak idea dia. 
Please try this at your own risk.
HAHA.

Bai! :-P