.saya rasa intan patut....

Salam.

Time entry ni di taip, jam menunjukkan pukul 4.08 petang. Cuaca petang ni sangat lah tak best. Panas bahang rasa macam duduk dalam oven! Kalau I ni sejenis biskut, mesti sedap kalau korang nak makan I dengan air kopi. =.=' 

Tadi kelas habis awal sebab batal pulak last minute. Setiap hari rabu, petang tak ade kelas. Esok ada kuiz tapi ashane nak study tengah tengah panas macamni. Memang confirm tak boleh focus. Nak tak nak, kena tunggu waktu malam.

Time macam ni lah rindu nak balik rumah Muar. Baring sorang sorang atas katil yang empuk. Waktu siang yang sejuk. Malam pun best. Nak tidur pun best jer rasa. Kalau kat sini (rumah sewa), bila siang panas gila pork. Malam pulak sejuk gila pork. Lama lama lama, I jadik gila pork. =.= Kalau tidur tak selubung dengan selimut, tak pakai stokin and tak pakai sweater, rasanya pagi esok nya dah beku kot. Sedap bila letak diri sendiri dalam air milo  =.='

Lakonan semula keadaan bila mahu tidur :-P

I ingat nak basuh baju tapi mesin basuh dekat rumah sewa ni rosak. T___T So, kena lah basuh pakai tangan. =.=' Tak kuasa noks nak pergi dobi time panas panas terik macam neh.

Dah lah berukbad I tak boleh guna. Dasar beruk betul. Rasanya belum kena barred lagik tapi tak boleh guna. Sekarang ni pun I pinjam berukband kawan I. Haish, tensen tul rasanye. Rasa macam nak makan orang jer. Grrr!

So, korang rasa apa yang patut I buat dalam keadaan macam sekarang ni? Sila isikan tempat kosong dalam ayat berikut, tidak melebihi 15 patah perkataan dan post as a comment.

"Saya rasa Intan patut........"

Ok, bai! :-P