.sambutan yang luar biasa! | Gathering Blogger Melaka

Salam.

Sebenarnya I tengah makan nasik tapi I benti kejap sebab pedas. Asal ek asal nama sambal je, mesti pedas. =.=' Lepas tuh I terus on lappy, dan terus taip entry ni. (Ade kena mengena ke? Huhu) Ok, straight to the point. I nak update pasal Gathering Blogger Melaka pada hari Sabtu ni.

Sumpah I neves ok sebab SETIAP HARI mesti ada orang sms atau call I untuk confirmation tentang gathering tuh. Ramainyaaaaaaaaaaaaaaa lahai yang nak datang. Mula mula ingat biasa biasa jer. Tapi tak sangka ramai yang memberikan respon yang baik. Korang memang best lah! Hihihi.

Tak sabar nak jumpa korang dekat MIBC tu. MIBC stands for Malacca International Bowling Centre. So, I harap sesiapa yang dah confirm-kan dengan I yang korang nak datang tu, 1230 tengahari DAH KENA SAMPAI. Bukan 1230 pm baru nak gerak dari rumah. I sekeh sorang sorang kang :-P Yang belum confirm, nak terus datang sana pun tak pe. Ok? ;-)

Tema adalah BIRU dan PINK. Pink tu harus ada ok. Biru adalah warna tambahan. Kuikuikui. So, kalau takdek biru dan pink, tak leh masuk. Ok tipu. I tak kisah pun pasal warna tema cuma kalau ada, kan nampak lagi comel dan seragam ;-) Dan insyaAllah, ada wartawan dari akhbar tempatan yang akan datang. Glemer lah Blogger Melaka pasni :-P

Bagi yang tak ade transport, contact contact lah sesiapa yang nak pergi. Tapi kalau naik kenderaan awam pun tak pe gak. Bas banyak lalu kat tempat tuh. So, no worries k. Blogger dari negeri lain pun boleh datang jugak. :-)

Antara aktiviti, Ice Breaking, Main Bowling, Makan Makan, Lucky Draw, Sesi Belajar Buat Kartun Bersama HS, dan Sesi Soal Jawap dan Kongsi Ilmu tentang Blog. Kalau ada masa lebih, boleh kita pergi naik boat dekat Tasik berdekatan. Lepas tu, aktiviti sampingan, boleh cari boipren atau gelpren baru. Kikikiki :-P 

Kalau I tak pergi, aci tak?
Segan lah, ramai sangat yang datang.
I neh dah lah pemalu :-P

Tapi seyes, jangan pelik kalau Sabtu nanti, tengok I tiba tiba jadi pendiam. Tu maknanya I neves. Tegur tegur lah ekk. So....

Jumpa di sanaaaaaaa!
Pakai baju cantik cantik cantik tau! :-)