.kucen pun tau sayang anak!

Salam.

Di suatu petang yang hening, I dan Super K beserta adik dan kazennya berjalan jalan di taman bunga yang tak berapa ada bunga, tiba tiba hujan turun renyai renyai... Tapi tiba tiba hujan renyai itu bertukar menjadi lebat. Dem. Cepat lari lari ke gazebo berdekatan. Tapi lepas tu, hujan lebat itu bertukar menjadi renyai semula. Haish, main main pulak hujan neh! Grrr!

Lepak lepak dekat gazebo sementara menunggu hujan teduh. Then ternampak seorang ibu berlari lari menyelamatkan diri dari hujan. Di belakang si ibu kelihatan seorang anak kecil, di percayai anak si ibu tersebut. Oh yer, si ibu itu ialah ibu manusia yer, bukan ibu kucen mahupun ibu roti =.='

Kedengaran suara si ibu menjerit jerit memanggil si anak supaya cepat menyelamatkan diri dari terkena hujan. Di khuatiri hujan itu bertukar menjadi hujan batu. Hihihi. Yang membuatkan I rasa tak best masa tu ialah, 

"Apesal si ibu tuh nak jerit jerit panggil anak dia? Apesal tak dukung jer? Budak kecit tuh nanges nanges lari lari sebab ibu dia tinggalkan dia. Terkedek kedek dia lari sorang sorang dekat belakang. Budak kecit tuh kecit lagik.. Lebih kurang macam adik I, Chacha.. Haish, kalau I jadi si ibu, I dah dukung budak tuh, selamatkan diri kami berdua bersama-sama. Sweet kan I? Kikikiki :-P Tapi dem ah perangai si ibu tu. Selfish! Rasa nak pergi dukung budak tuh je time tuh.. Hmmm~~"

Kucen pun tau sayang anak tauuuu!!!