.berita gembira dan berita sedih dari Super K

Salam.

Fuh.. macam dah lama tak update belog. Busy ah. Banyak test & kuiz. Lepas tuh, apesal tah netbook I neh slow gila pork. Tensen jer. Nak tunggu loading FB pun, makan lapan tahun. =.='

Hari ni baru dapat relaks sikit. Dah lah I tak sihat. So, duduk diam diam jer lah dekat rumah sewa neh. Lama tak jumpa Super K. Apa khabar beliau agaknya. Rindu nye! :-P

Berita Gembira.
Super K takkan belayar lagi. Yeayyy! Huuu.. sadis ok. Dia cakap, tak mau belayar. Tak mau jauh jauh jauh dengan I. Mengada jerk. Hihi.  (Padahal dalam hati I suka gila). InsyaAllah, dia akan kerja dengan Syarikat Bakal Bapak Mertua I iaitu bapak beliau sendiri. Kikikiki :-P Position apa, I tak tau, tapi kalau dah nama syarikat bapak sendiri, kira jadik bos kecit lah ek. (Belasah jer lah Intan. Huhu)

Dia akan kerja dekat sekitar KL, dan I pulak study dekat Melaka. So, kami kena berkerja keras demi masa depan yang cemerlang gemilang dan terbilang. No more play play. Umur dah meningkat.  I dah 57. Super K pulak 89. =.=' Kubur dah panggil panggil dah. (Intan & Irfan, sila insaf!)

Berita Sedih.
I tau, dia sedih sebab nak berhenti belayar. Sebab dia suka sangat dengan kerja dia tuh. Hmmm... Tiba tiba rindu pulak dekat zaman zaman time mula bercinta berkawan dulu. Susah nak contact bila dia pergi belayar. Tunggu berhari hari, baru dapat dengar suara. Tuh belum lagi bertentang mata. Cewah! :-P

Dia cakap, dia dah penat belayar. Ye lah, ramai orang pandang rendah pada dia. Cakap orang kerja laut neh hisap dadah lah, ada HIV lah, kaki perempuan lah, minum arak lah, kaki clubbing la.. Macam macam lah orang tuduh. Sedih I bila ada orang cakap macamtu. Padahal doang semua tuh bukan nya Tuhan nak judge kan kan kan? Yang penting, kerja tu HALAL.

FYI, kerja atas kapal tuh, setiap bulan ada ujian kesihatan.  Sebelum kerja tuh, ada medical check up bagai. Sekarang ni, zaman dah moden. I sendiri dah tengok segala sijil Super K sekali dengan medical check up dia. Cheh, feeling macam I neh secretary dia kan? Hihihi. :-P

Kalau ada HIV, mana lah boleh kerja atas kapal tuh. Ingat kerja atas kapal tuh senang ke? Banyak risiko. Nyawa di hujung tanduk. Hormat lah sikit periuk nasik dia. Macam lah orang yang kerja darat tuh semuanya baik. Kan? Kalau nak kena HIV, kat mana mana pun boleh. Tak hisap dadah, tak main perempuan pun boleh kena HIV :) So, tak perlu lah nak judge benda bukan bukan. Kita semua ni pun bukan 100% suci. So, jaga tepi kain sendiri, sudah :-)
 

Pelaut ada HIV? 
Please don't simply judge them.
TQ :)

Ok, berhenti menjadi budak emo. Actually Super K dah ada kekasih baru bernama Betty. Belum belum lagik, dah menduakan I. Sampai hati. :'(

 
Yang lama. 
Ni mungkin kasik adik dia pakai kot.

 Bye Bye Kelly (Kancil)
Hye Hye Betty!

Ni lah Betty. Hihihi.
Old Skul kan?
I loikeee!

Tak sabar nak jalan jalan jalan naik 
BETTY! :-)

.
.
.
.
.
.
.
.
Tapi......
Bila agaknya dapat jumpa Super K ek.
*sigh*