.kucen pun tau sayang anak!

Salam.

Di suatu petang yang hening, I dan Super K beserta adik dan kazennya berjalan jalan di taman bunga yang tak berapa ada bunga, tiba tiba hujan turun renyai renyai... Tapi tiba tiba hujan renyai itu bertukar menjadi lebat. Dem. Cepat lari lari ke gazebo berdekatan. Tapi lepas tu, hujan lebat itu bertukar menjadi renyai semula. Haish, main main pulak hujan neh! Grrr!

Lepak lepak dekat gazebo sementara menunggu hujan teduh. Then ternampak seorang ibu berlari lari menyelamatkan diri dari hujan. Di belakang si ibu kelihatan seorang anak kecil, di percayai anak si ibu tersebut. Oh yer, si ibu itu ialah ibu manusia yer, bukan ibu kucen mahupun ibu roti =.='

Kedengaran suara si ibu menjerit jerit memanggil si anak supaya cepat menyelamatkan diri dari terkena hujan. Di khuatiri hujan itu bertukar menjadi hujan batu. Hihihi. Yang membuatkan I rasa tak best masa tu ialah, 

"Apesal si ibu tuh nak jerit jerit panggil anak dia? Apesal tak dukung jer? Budak kecit tuh nanges nanges lari lari sebab ibu dia tinggalkan dia. Terkedek kedek dia lari sorang sorang dekat belakang. Budak kecit tuh kecit lagik.. Lebih kurang macam adik I, Chacha.. Haish, kalau I jadi si ibu, I dah dukung budak tuh, selamatkan diri kami berdua bersama-sama. Sweet kan I? Kikikiki :-P Tapi dem ah perangai si ibu tu. Selfish! Rasa nak pergi dukung budak tuh je time tuh.. Hmmm~~"

Kucen pun tau sayang anak tauuuu!!!

.saya sayang mokde saya ^.^

Salam.

Selama 2 hari keluar dengan Mokde. 
Hari Selasa memang plan nak jumpa 
tapi hari Rabu, unexpected. 
Hihi.

ILYSM MOKDE.

Nanti kalau balik Melaka lagi, roger roger k. 
Leh kita karaoke sampai serak.

Heee~~

Tak pun kita pergi picnik pulak!
 Yeayyyy!

Bila agaknya boleh dabel date lagik ek.
Tunggu lagi 6 bulan gamaknya.
=.='

.happy birthday sayang!!! | edisi saya sayang ehem ehem saya

Salam.

Setel 2 edisi entry untuk birthday Cimi. Dan ini adalah edisi terakhir. Cheh, macam bagus jer budak Intan neh buat banyak banyak banyak edisi. =.=

Edisi 1 

Edisi 2

Kemana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasik.

Kalau dah makwe dia gedik, pakwe dia automatik terikut gedik. Sabar jer lah nyahhh. Kikikiki. :-P Kiteorang celebrate birthday Cimi dekat KFC Jusco Melaka yang baru tuh. Lepas habis celebrate, pergi snap snap gambar dekat The Garden Jusco tuh.

Haish, duduk sorang sorang jer.
Tak de sape pun nak teman.

Ok tipu.
Sebenarnya berebut rebut orang nak snap pic dengan I.
I jer malas.

Lalalalala~~~ :-P

*perasan betul!*

Antara gambar faveret.
Sweet jer kan? ;-)

Tak tau ah asal semua gambar gambar I,
EH gambar gambar kami nampak sweet.

Mungkin sebab I yang men-sweet-kan keadaan kot
^.^

  Lepas tuh sesi karaoke beramai-ramai.
Sakit tekak I neh. 

Budak atas neh memang suka nyanyi.
Tau ah sore rock.

Walaupun rockstar, dalam hati ada taman, 
siap ada tukang kebun sekali. :-P

Kami bersama BETTY 
Bila dah penat, balik sudehhh.

Haish mesti ada yang tak puas hati cakap, budak Intan neh asyik dating jer dengan Super K. Dating jadahnya. Ni semua gambar wiken lepas time celebrate birthday Cimi. Kan I buat part by part. Kalau buat 1 entry jer, jenuh korang nak scroll :-P

Oh tamat edisi saya sayang mereka semua.
Jumpa lagi dalam entry entry lain. 

Bai! :-)

Aku rasa entry ni ringan jer, tak de ceta lebih lebih, tapi kena ada anonymous tak puas hati?
Tak paham betul lah. =.='

.tips membasuh baju (student)

Salam.

Oh dah pagi rupanya. Sementara menunggu Super K call, update lah kejap. Kali ni, I nak share tips untuk basuh baju bagi student atau mereka mereka yang bujang iaitu yang belum berkahwin atau belum mempunyai suami atau belum mempunyai isteri atau senang cakap, bagi mereka yang mesin basuh nya ROSAK.

Ok fine. 
I cakap tentang diri sendiri.
=.='

Dah hampir sebulan lebih ok mesin basuh rumah I neh rosak. Rumah sewa I ni rumah kayu, bila siang panas gile. Bila malam sejuk gile. Ianya datang sekali dengan pakej sekumpulan nyamuk yang tak reti nak tidur. Pasang ubat nyamuk kang, di kata membunuh hidupan liar pulak kan. Tak sampai hati lah pulak. (Alasan) 

Lepas tuh, bila mesin basuh rosak, menambahkan ke-tensen-nan I. Dah lah sewa rumah mahal, konon sekali dengan pakej rumah fully furnish tapi  bila barang rosak dan owner rumah tak reti reti nak repair, ni bikin gua panas derr!

Beberapa hari lepas, terasa malas mahu basuh baju menggunakan cara tradisional iaitu dengan menggunakan tanganku yang lembut, halus dan mulus. Ok tipu. Ada sedikit kasar. Kikikiki. Ok tipu lagik. Memang halus pun sebenarnya. Lalalala~ Ok sambung.

Masa tuh wiken. Baju dah banyak kumpul. Ingat nak balik rumah family dekat Muar tapi di sebabkan celebrate birthday Cimi, so tak jadik lah balik dan tak dapat lah basuh segala nenek moyang baju I neh dekat rumah. T__T So, penyelesaiannya, mesti lah DOBI.

Dekat area rumah sewa I, cuma ada seketul dobi berdekatan dengan kampus. Itupun tutup time wiken. So, merayau lah sampai Bear Hills (Bukit Beruang, Melaka) dan jumpa lah dobi berwarna ungu. Dobi berwarna ungu tu kepunyaan Melayu tetapi malangnya ada ke patut dia cakap kalau I hantar baju dekat dobi berwarna ungu itu, baju I hanya akan siap di basuh pada malam keesokkan harinya. Gila lambat. I mengharapkan agar baju tu siap di basuh pada hari yang sama. Dem ah. Spentot pun dah habis pakai. Ok tipu. Gila ke nak hantar spentot gi dobi. :-P

Last last, tak jadik hantar dan basuh guna tangan I yang comel ini. Kesian tangan I penat. Huhuhu. Lepas tuh HS ada bagi tips ashane nak basuh baju secara jimat. Beliau cakap melalui pengalaman bekas housemate beliau.

Bila nak mandi, sila berpakaian lengkap. Jangan bukak baju ketika mandi. Sabun badan sekali dengan baju dengan menggunakan sabun mandi yang wangi seperti sabun Lux. Jangan guna Dettol. Tak best. Lagi satu, cara ini jimat. Pakej 4 dalam 1. Dah siap mandi, badan wangi, baju dah siap di basuh dan baju berbau wangi! Tak payah nak guna softlan dah. Lepas settle mandi, bilas baju tersebut dan terus sidai. 

Keh keh keh. 

Bijak jugak idea dia. 
Please try this at your own risk.
HAHA.

Bai! :-P

.happy birthday sayang!!! | edisi saya sayang kawan kawan saya

Salam.

Ini adalah sambungan dari entry lepas. Kan I dah cakap, banyak edisi untuk entry birthday Cimi nehh. Huhuhu. 

Bila semua gadis gadis cun dan jejaka tampan bersatu, haruslah photoshoot tanpa segan silu berlaku. Lupakan kisah comolot dengan Cimi Comolot pada entry lepas. Keh keh keh. Mari kita bergerak gerak gerak ke aksi cam-whore kami semua. Hihihi. Thanks to Aim sebab mengusung DSLR yang rasanya lebih berat dari badan beliau. :-P

Dengan Aim yang masih single [mungkin]
Huhuhu

Jejaka Idaman Malaya.
HS, Amer dan Super K.

Yang baju belang belang tu idaman kalbu I ok!
❤ ❤ 

Ini pula Jejaka Idaman Cimi
Di terbangkan khas dari JB!

Mari beralih ke gadis gadis hot!
Keh keh keh.

Depan - Ana.

Dengan Asfz

Ok, I suka gambar ni sebab menampakkan I gemOk.
Walaupun hakikatnya ia cuma ilusi optik.

Intan cuba men-sedap-kan hati sendirik.
=.='

Ohh saya sayang adik saya, Sara.
Belakang - Salwa.

:-)

Kalau nak nampak cun, 
kena ambil gambar sebelah gadis cun.
Kikikikiki. :-P

EH, 
I nampak cun ker?
Perasan sungguh =.='

Semua orang sayang Cimi.

Pssst!
Birthday Intan seplohh haribulan doblass tauuu!

Ok, bai :-P

.happy birthday sayang!!! | edisi saya sayang cimi

Intan sayang Cimi

Intan sayang Cimi

Intan sayang Cimi

Intan sayang Cimi

Intan sayang Cimi
*Suprise untuk Cimi - BF beliau*


Semalam birthday Cimi Comolot Comot yang-ke-rahsia-kalau-tak-nanti-I-nampak-lebih-tua-dari-dia. Ok thanks. Hihi. Kiteorang (I, Irfan, HS, Sara, Ana, Salwa, Asfz, Tyka, Aim dan Hairi) buat surprise birthday party dekat KFC Jusco yang baru tuh. Janji berkumpul tengahari tapi petang jugak sampai. Hihihi.

Seronok sangat sangat sangat lepak semalam. Makan makan, karaoke, bercinta hihi dan macam macam lagik lahh... Tang paling best mesti lah photoshoot! :-) Ntah tatau dapat lepak ramai ramai dengan dieorang sume bila. Kali ni, edisi Saya Sayang Cimi jadi haruslah gambar dengan Cimi jer. Tunggu edisi seterusnya ok! banyak lagik edisi lain. :-P

Saya Sayang Cimi ketat ketat.
Peluk kuat kuat.
Cium dekat dekat.

Selamat Hari Jadi Sayang.
Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki.

Jangan nanges nanges lagik!
Kena kuat macam Intan! :-P

I LOVE YOU SOOOOOOOOOO MUCH!
Sister & Friend Forever!

.get well soon mama!

Salam.

Mama I tak sihat.
She was on MC yesterday.

Mama I sekarang busy menguruskan persiapan 
kakak I kahwin Mac nanti.

Tak sampai sebulan pun lagik.
=.='

I pulak yang nervous.
Pengepit pengantin lah kata kan :-P

GET WELL SOON MAMA.
ANGAH LOVE & MISS YOU!

Nanti dah sihat, datang Melaka tauuu!! 
:-P

.berita gembira dan berita sedih dari Super K

Salam.

Fuh.. macam dah lama tak update belog. Busy ah. Banyak test & kuiz. Lepas tuh, apesal tah netbook I neh slow gila pork. Tensen jer. Nak tunggu loading FB pun, makan lapan tahun. =.='

Hari ni baru dapat relaks sikit. Dah lah I tak sihat. So, duduk diam diam jer lah dekat rumah sewa neh. Lama tak jumpa Super K. Apa khabar beliau agaknya. Rindu nye! :-P

Berita Gembira.
Super K takkan belayar lagi. Yeayyy! Huuu.. sadis ok. Dia cakap, tak mau belayar. Tak mau jauh jauh jauh dengan I. Mengada jerk. Hihi.  (Padahal dalam hati I suka gila). InsyaAllah, dia akan kerja dengan Syarikat Bakal Bapak Mertua I iaitu bapak beliau sendiri. Kikikiki :-P Position apa, I tak tau, tapi kalau dah nama syarikat bapak sendiri, kira jadik bos kecit lah ek. (Belasah jer lah Intan. Huhu)

Dia akan kerja dekat sekitar KL, dan I pulak study dekat Melaka. So, kami kena berkerja keras demi masa depan yang cemerlang gemilang dan terbilang. No more play play. Umur dah meningkat.  I dah 57. Super K pulak 89. =.=' Kubur dah panggil panggil dah. (Intan & Irfan, sila insaf!)

Berita Sedih.
I tau, dia sedih sebab nak berhenti belayar. Sebab dia suka sangat dengan kerja dia tuh. Hmmm... Tiba tiba rindu pulak dekat zaman zaman time mula bercinta berkawan dulu. Susah nak contact bila dia pergi belayar. Tunggu berhari hari, baru dapat dengar suara. Tuh belum lagi bertentang mata. Cewah! :-P

Dia cakap, dia dah penat belayar. Ye lah, ramai orang pandang rendah pada dia. Cakap orang kerja laut neh hisap dadah lah, ada HIV lah, kaki perempuan lah, minum arak lah, kaki clubbing la.. Macam macam lah orang tuduh. Sedih I bila ada orang cakap macamtu. Padahal doang semua tuh bukan nya Tuhan nak judge kan kan kan? Yang penting, kerja tu HALAL.

FYI, kerja atas kapal tuh, setiap bulan ada ujian kesihatan.  Sebelum kerja tuh, ada medical check up bagai. Sekarang ni, zaman dah moden. I sendiri dah tengok segala sijil Super K sekali dengan medical check up dia. Cheh, feeling macam I neh secretary dia kan? Hihihi. :-P

Kalau ada HIV, mana lah boleh kerja atas kapal tuh. Ingat kerja atas kapal tuh senang ke? Banyak risiko. Nyawa di hujung tanduk. Hormat lah sikit periuk nasik dia. Macam lah orang yang kerja darat tuh semuanya baik. Kan? Kalau nak kena HIV, kat mana mana pun boleh. Tak hisap dadah, tak main perempuan pun boleh kena HIV :) So, tak perlu lah nak judge benda bukan bukan. Kita semua ni pun bukan 100% suci. So, jaga tepi kain sendiri, sudah :-)
 

Pelaut ada HIV? 
Please don't simply judge them.
TQ :)

Ok, berhenti menjadi budak emo. Actually Super K dah ada kekasih baru bernama Betty. Belum belum lagik, dah menduakan I. Sampai hati. :'(

 
Yang lama. 
Ni mungkin kasik adik dia pakai kot.

 Bye Bye Kelly (Kancil)
Hye Hye Betty!

Ni lah Betty. Hihihi.
Old Skul kan?
I loikeee!

Tak sabar nak jalan jalan jalan naik 
BETTY! :-)

.
.
.
.
.
.
.
.
Tapi......
Bila agaknya dapat jumpa Super K ek.
*sigh*

.fakta dan auta tentang batuk

Salam.

Sumpah tensen bila batuk. Bila batuk mesti kurus. Mesti sakit perut, saket dada, saket tekak. Dan paling penting, sakit hati. Dem. Dem. Dem!

Time tulis entry ni pun, masih batuk. Tapi, batuk batuk I pun, I tetap degil nak minum makan ais. Lepas tu nak minum coolblog. Cool giler kan? HAHA. Lepas tu bila sakit, komplen komplen. Huhu.

Mitos.
I tak tau lah benda ni fakta atau auta. Tapi bila batuk, mesti boleh kurus. Sebab bila I batuk, I jadi tak de mood nak makan. (Padahal baru habis makan 2 ketul ayam KFC tanpa bantuan sesiapa teehehe). Since sekarang ni, I rasa suar jeans I semua dah mengecut hihihi, so bagus gak batuk batuk neh. Boleh buat I kurus semula. Huhuhu. Pelik betul, jeans ketat tapi berat still 38kg. =.='

Esok I ada test. First test untuk semester ni. Nak study time panas panas ni, memang tak lah. So, mari lah kita tidur di bawah kipas walaupun cuaca bahang. Malam karang baru study. Baru boleh feel :-P Eh tak tak, I nak baca nota sampai tertidur. Malam kang, sambung lagik sikit. :-)

Wish me luck!

Ok bai :)

.everyday is our date

Salam.

Sebenarnya tengah tak ada mood. Ni semua sebab batuk yang menyeksakan neh. Habis semua orang I nak marah. Dem ah. Dengan Super K sekali I nak marah. Kesian beliau. Hukhuk. 

Hari tu, jalan jalan dengan Super K. Lama dah. Tengok dekat Shopping Mall, semua pakat buat promosi pasal Valentine. Kiri kanan atas bawah, semua pasal valentine. Sejak I kapel time sekolah, sampai lah sekarang neh, I memang tak pernah celebrate. Sebab pada I, everyday is our date. Huhu. Tapi syok ah tengok banyak love love dalam mall tu. 

Then time tu I cakap dekat Super K.. "Banyak nya orang jual barang untuk valentine.." Then dia jawap, "Eh, valentine bila ek?"  Even I tak celebrate, tapi I tau lah valentine tu bila.. I jawap la.. "14 februari.. Isnin nanti.." Lepas tu dia cakap pulak.. "Tak baik celebrate valentine neh.. Bla bla bla.. (sedang kasik ceramah kepadakuuu hukhuk)" Cheh, orang tak celebrate pun. Nak kasik ceramah pulak. Smack down satgi baru tau. :-P
So, bila sampai hari valentine, memang tak de apape sambutan lah. Lagipun, kalau tak silap I, dosa kan kalau celebrate benda benda macam neh. Kan kan?

Wiken lepas, Super K bawak kazen beliau berjalan dekat Melaka. Heee~ I pun menyibuk ah sekali. Lepas tuh, jalan jalan dekat Jonker Walk. Tapi Jonker Walk tutup awal. So, lepak minum3 je lah.

Sodiq, Super K & Taqim.

Will you marry me?
Yes, I will :-)

Gediks kan gambar dekat atas neh. I tak sangka lah Super K neh sanggup melayan I ambil gambar gediks gediks macamni. :-P Thanks to Taqim sebab melayan kakakmu ini. Huhu.

Ni pun sweet jugak. 
Feeling macam dekat oversea :-P

Lagi 2 tahun, insyaAllah.
Pray for us.

.gathering! gathering!

Salam.

Rasanya I yang paling lambat update kot. =.=' Bukan masalah tanak update, masalah nye I busy. Busy menghabiskan masa dengan ehem ehem :-P So, hari ni lah masa yang paling sesuai untuk I update. Gambar pun tak banyak. Ni pun curik dari belog orang lain.

Balik dari gathering, terus di serang batuk yang menyakitkan sampai rasa nak potong tekak neh T__T Nak cakap pun dah rasa tak best. Isk.. ni nak nanges neh.. Zzzz...

Overall I rasa best gile kot gathering kali ni. Macam tahun lepas, dalam beberapa belas yang datang. Tak sangka kali ni ada dalam 70 orang datang. Sangat sangat sangat terharu. (EH, macamana nak buat smiley yang mata berkaca kaca tu ek?)

Hee..sebenarnya kan, I SEGAN GILA time gath hari tuh. Ok, mesti korang cakap, Eh, Intan tuh memang gedik kan.. Hah, kan I dah kate, I memang gedik. Keh keh keh.

Aktiviti tak banyak mana time gath tuh. Memula ada lah ice breaking. Kenal kenal. Lepas tuh pergi main bowling. Tema - Longkang. Hak hak. Nasib baik ada beberapa orang yang mempunyai Super Power yang tolong I untuk mendapatkan markah sikit. Kalau tak, confirm kosong terus. Huhuhu. Platipus paling hebat :-P HH pun hebat jugak. Dengar ceta dapat markah paling tinggi :-P

Lepas bowling, pergi Subaidah. Subaidah ni kedai mamak yang berwarna pink. Sesuai lah dengan tema kiteorang, Pink & Biru. Ni je lah kedai makan yang paling dekat. Dekat sini, sempat la borak borak, gosip gosip. Lepas tuh ada lucky draw. Walaupun hadiah tak best, tapi harap korang semua puas hati lah ek.

Kiteorang tak ada sponsor. T__T Actually, gath ni dah lama nak buat. Mula mula ingat nak buat antara BLM jer. BLM ni terdiri daripada bloggers yang study dekat Melaka dan duduk dekat Melaka. Kiteorang first time jumpa time gathering tahun lepas dan terus rapat sampai sekarang. Lepas bincang bincang dengan Abang HS yang hot, kiteorang decide nak buat gathering bukan saja untuk BLM tapi untuk semua blogger yang ada dekat Melaka.

So, bila time nak beli hadiah untuk lucky draw, bajet tak dek. Tu yang hadiah tak best. Special thanks to HS, Cimi, Sara, Ana, Nurul dan diri sendiri (nak jugak haha) yang contribute dalam menjayakan gathering neh. I tau, gathering neh tak best. Sebab tak well prepare tapi I harap korang happy dapat jumpa dan raaaaaaaamai kawan baru.

Errr I update belog guna PC dekat Lab Computer neh. Orang tengah presentation dekat depan, I update belog. Keh keh keh. Internet dekat rumah sewa I sangat slow. Petang karang I balik Muar, I upload gambar gambar gambar ok. I tak sehat neh, batuk yang tak best, suara pun dah garau. Macho gila. Keh keh keh. Jangan demam dah ler. I neh dah lah lembek. Tapi rasa macam dah demam dah pun :'(

Sorry kalau terkurang, tak terlayan, tak tercakap, tak tertegur, tak tersenyum, tak terambil gambar. Feeling macam artis time tu sebab ramai nak amek gambar dengan I keh keh keh. Ok fine, I perasan :-P Tapi paling best, I dapat ambil gambar dengan Hizami (Intan gatal). Nanti I upload gambar k. Gambar tak transfer agik. :-P

Lastly, thanks again pada korang yang sudi datang. Bukan setakat blogger Melaka, tapi dari KL, Selangor, Johor, Kuantan dan tempat tempat lain. Korang memang best! ^.^ And also thanks to The Gorgeous sebab datang jauh jauh untuk support event neh. Korang memang gorgeous! *hugs*

Sesiapa yang dah update belog pasal gathering, boleh tinggalkan link dekat entry I neh k. Kalau dah upload gambar dekat FB, rajin rajin lah tag ek! :-) Eh, dengar ceta Aim nak buat mini gath lepas ni. Nanti roger roger lah ekk!

Sayang korang~
Bai!

.bloggers gathering malacca | live blogging

Salam.

Lokasi : Restoran Subaidah, MITC.


Kami semua baru lepas main main main bowling dekat MIBC. Tema longkang. So, haruslah semuanya masuk longkang kan kan? Heeeeee~~ So sekarang kiteorang lepak Mapley ni untuk lunch. Sementara tunggu makanan sampai, update lah belog dulu.. Heee~

Nak tengok gambar lain?

Heeeee.... tunggu next entry okeyh!
^.^

.sambutan yang luar biasa! | Gathering Blogger Melaka

Salam.

Sebenarnya I tengah makan nasik tapi I benti kejap sebab pedas. Asal ek asal nama sambal je, mesti pedas. =.=' Lepas tuh I terus on lappy, dan terus taip entry ni. (Ade kena mengena ke? Huhu) Ok, straight to the point. I nak update pasal Gathering Blogger Melaka pada hari Sabtu ni.

Sumpah I neves ok sebab SETIAP HARI mesti ada orang sms atau call I untuk confirmation tentang gathering tuh. Ramainyaaaaaaaaaaaaaaa lahai yang nak datang. Mula mula ingat biasa biasa jer. Tapi tak sangka ramai yang memberikan respon yang baik. Korang memang best lah! Hihihi.

Tak sabar nak jumpa korang dekat MIBC tu. MIBC stands for Malacca International Bowling Centre. So, I harap sesiapa yang dah confirm-kan dengan I yang korang nak datang tu, 1230 tengahari DAH KENA SAMPAI. Bukan 1230 pm baru nak gerak dari rumah. I sekeh sorang sorang kang :-P Yang belum confirm, nak terus datang sana pun tak pe. Ok? ;-)

Tema adalah BIRU dan PINK. Pink tu harus ada ok. Biru adalah warna tambahan. Kuikuikui. So, kalau takdek biru dan pink, tak leh masuk. Ok tipu. I tak kisah pun pasal warna tema cuma kalau ada, kan nampak lagi comel dan seragam ;-) Dan insyaAllah, ada wartawan dari akhbar tempatan yang akan datang. Glemer lah Blogger Melaka pasni :-P

Bagi yang tak ade transport, contact contact lah sesiapa yang nak pergi. Tapi kalau naik kenderaan awam pun tak pe gak. Bas banyak lalu kat tempat tuh. So, no worries k. Blogger dari negeri lain pun boleh datang jugak. :-)

Antara aktiviti, Ice Breaking, Main Bowling, Makan Makan, Lucky Draw, Sesi Belajar Buat Kartun Bersama HS, dan Sesi Soal Jawap dan Kongsi Ilmu tentang Blog. Kalau ada masa lebih, boleh kita pergi naik boat dekat Tasik berdekatan. Lepas tu, aktiviti sampingan, boleh cari boipren atau gelpren baru. Kikikiki :-P 

Kalau I tak pergi, aci tak?
Segan lah, ramai sangat yang datang.
I neh dah lah pemalu :-P

Tapi seyes, jangan pelik kalau Sabtu nanti, tengok I tiba tiba jadi pendiam. Tu maknanya I neves. Tegur tegur lah ekk. So....

Jumpa di sanaaaaaaa!
Pakai baju cantik cantik cantik tau! :-)

.saya rasa intan patut....

Salam.

Time entry ni di taip, jam menunjukkan pukul 4.08 petang. Cuaca petang ni sangat lah tak best. Panas bahang rasa macam duduk dalam oven! Kalau I ni sejenis biskut, mesti sedap kalau korang nak makan I dengan air kopi. =.=' 

Tadi kelas habis awal sebab batal pulak last minute. Setiap hari rabu, petang tak ade kelas. Esok ada kuiz tapi ashane nak study tengah tengah panas macamni. Memang confirm tak boleh focus. Nak tak nak, kena tunggu waktu malam.

Time macam ni lah rindu nak balik rumah Muar. Baring sorang sorang atas katil yang empuk. Waktu siang yang sejuk. Malam pun best. Nak tidur pun best jer rasa. Kalau kat sini (rumah sewa), bila siang panas gila pork. Malam pulak sejuk gila pork. Lama lama lama, I jadik gila pork. =.= Kalau tidur tak selubung dengan selimut, tak pakai stokin and tak pakai sweater, rasanya pagi esok nya dah beku kot. Sedap bila letak diri sendiri dalam air milo  =.='

Lakonan semula keadaan bila mahu tidur :-P

I ingat nak basuh baju tapi mesin basuh dekat rumah sewa ni rosak. T___T So, kena lah basuh pakai tangan. =.=' Tak kuasa noks nak pergi dobi time panas panas terik macam neh.

Dah lah berukbad I tak boleh guna. Dasar beruk betul. Rasanya belum kena barred lagik tapi tak boleh guna. Sekarang ni pun I pinjam berukband kawan I. Haish, tensen tul rasanye. Rasa macam nak makan orang jer. Grrr!

So, korang rasa apa yang patut I buat dalam keadaan macam sekarang ni? Sila isikan tempat kosong dalam ayat berikut, tidak melebihi 15 patah perkataan dan post as a comment.

"Saya rasa Intan patut........"

Ok, bai! :-P

.update gathering @ melaka, 12 feb!

Salam.

Debaran semakin terasa. Tak sampai seminggu lagik Grand Gathering akan berlangsung. Wah! Grand lah sangat kan? Heeee~~ So, tempat dan hari semua dah confirm. Bagi yang tak tahu lagi, meh sini I nak bagitau.


12 Feb 2011 (Saturday)
12.30 PM
Restoran KFC, AEON Jusco Bandaraya Melaka
Bowling Centre MITC, Ayer Keroh
(Perpindahan tempat adalah disebabkan KFC tuh tak dapat menampung bloggers yang ramai) 
Ada penambahan!
TEMA : BIRU + PINK

So, datang lah ramai ramai. Pakai lah baju biru ke, seluar biru ke, seluar pink ke, baju pink ke, tudung belang belang biru pink ke. Suka hati lah. Janji ada tema biru dan pink. Ok! :-P Kalau tak de gak, pakai lah apape pun. Jangan lah sampai nanges nanges dekat mak nak beli baju baru. Kang mak korang carik I pulak kang. =.='

Ada lucky draw, ada hadiah misteri. Tukar tukar pendapat pasal blogging. Boleh belajar lukis katun comel comel dari Heidi Shafiq guna Paint. Dan I pulak boleh ajar ashane nak buat header transparent. (Perasan macam hebat sangat kan? Huhu) Nak belajar pasal Nuffnang ker, edit belog ke. Kan kan?

Nanti I bawak netbook buruk I. So kalau nak tanya apa-apa pasal belog, boleh la I ajar apa yang I tahu. Ramai blogger yang dah sms dengan I untuk confirm-kan yang mereka datang. Ada lah dalam 30 orang. Hihihi. :-)

So, kalau nak tanya apa-apa,
boleh call atau sms I ok!
0127186471

Bawak lah kawan ramai ramai.
Bawak Ketua Kampung sekali pun tak pe :-P

Ok, jumpa di sana! :-)

.cerita ai masuk paper huhu

Salam.

Fuhh..tak sangka ada jugak cerita I masuk paper.
Klik SINI untuk baca ;-)

Ni semua sebab ENTRY NI

Segan pulak rasanya
Kuikuikui. :-P


.bakal MC hari ini

Salam.

Jam menunjukkan 9 pagi dan I masih belum mandi. I ada kelas pukul 10.30 pagi tapi perasaan untuk ke kelas sekarang tiada. Perasaan tu tiba tiba ghaib. Hilang terus. Perasaan semua kelaut. =.='

Sebab apa?

Sebab kunci skuter ego I
tertinggal dekat rumah Muar.
Dem ah !
T__________T

Malam nanti baru Super K datang rumah I dekat Muar, dan tolong bawakkan ke Melaka. Sebab sekarang dia ada dekat JB. Malam nanti dia nak balik rumah bapak dia dekat Melaka. So, mintak lah tolong dia ambilkan sekali kunci I tuh sebab lalu depan rumah I dekat Muar tuh. (Padahal tak lalu sebenarnya tapi terpaksa tebalkan muka untuk mintak tolong Huhu). Mama I tak nak hantarkan. Mama cakap I cuai. Sebab tak ingat nak bawak kunci tuh. T______T

So, kalau I nak pergi kelas hari ni, I KENA JALAN KAKI. Tak de lah jauh sangat rumah sewa I dengan kampus I tapi since I neh PEMALAS (caps lock di situ ye tuan puan), mesti lah I terasa macam nak MC kan hari ni? Hihihi. Eh, sebenarnya I bukan tanak pergi kelas jalan kaki. Cuma......

I risau I kena culik.
Keh keh keh.

.ohhh cantiknya profile FB saye

"Sayang, sayang.. Cepat tengok FB kite.
Cantik tak ada gambar bersusun???"

"Cantik...
Sayang letak gambar mata abang kan?
Bila nak buatkan untuk abang?"

"Kite mana ade paswed FB abang.
Ashane nak buatkan?"

"Alaaa tag jer la abang"

"Nak letak gambar apa?
Nak background warna apa?"

"Ok, abang nak gambar corak. Macam corak abstrak. Warna hijau pucuk pisang. Lepas tu nak letak gambar kita. Tak nak nampak mata jer. Nak nampak penuh. Abang ada nampak dekat FB siapa ntah. Lepas tu tulis lah nama kita, Intan Nur Irfan kerr... Lepas tu kan.. Abang nak.. bla bla bla..."

"Amboii.. sedapnya order.
Nasi goreng mamak satu! :P"

Fesbuk I.

Fesbuk beliau.

Corak abstrak lah sangat kan? Hihihi. Ni percubaan pertama I. I tak guna Picscatter macam I bagitau dekat entry ni. Kali ni, I edit dulu gambar ni guna Adobe Photoshop.

Size gambar tuh mesti 485pixel * 68pixel. Lepas tu, I type Profile Banner dekat bahagian Search dekat Fesbuk tuh. Guna Application tuh.

Ikut Step 1. Type lah nama sendiri atau kawan korang. Then, ikut Step 2, tick Upload Your Own Image. Itu pun kalau korang nak letak gambar sendiri macam I. Kalau tak mau, tick Choose From Our Popular. Banyak gambar comel comel comel dan cantik cantik cantik dekat situ. Pilih jer ek.

Ok. Sambung yang macam I buat ek. Lepas dah Choose File, klik pulak Make It. Lepas tu kan, nanti dia akan auto-upload dalam fesbuk korang. Lepas tuh kan, nanti korang tengok fesbuk korang, akan ada satu folder Profile Banner. Ada 5 gambar dalam tuh. Korang tag lah sendiri nama korang. Lepas tuh, SIAP! Heeee~~

Senang kan? :-)

I neh memang kaki maen fesbuk.
Boleh pengsan woo kalau sehari tak maen fesbuk.
Hihihihi. :-P

.intanurulfateha tuh memang gedik pun

Salam.

Fuhhh penat sungguh. Balik rumah, terus ngadap lappy. Rindu fesbuk dengan belog punya pasal. Nak mandi pun, terpaksa KIV dulu. Hihihi. Check komen dekat belog, check komen dekat chatbox, then tertarik dekat satu komen tu. Jap ekkk, I nak print screen.

Tengok yang atas sekali ek.
Dia guna short form. Meh I translate

"Sejak sis couple dengan K, saya tengok sis macam gedik. Hehe. Sorry to say la"

Alalalala kenapa baru perasan dik oi yang sis neh gedik =.=" Sis memang gedik dari duluuuuuuuu kot. Pergi baca entry entry sis yang lepas lepas. Thats my nature. Kalau kat luar (alam realiti), sis lagik gedik oke. =.=" Kalau tak caya, pergi lah tanya blogger-blogger yang dah pernah jumpa sis. Sis neh, gedik dan MANJA. Ekekeke. Perasan sungguh. Ngaku diri sendiri manja :-P Maaf lah yer kalau anda tak suka sis gedik. Tak tahu lah nak jadik perempuan tak gedik. Kang orang cakap hipokrit pulak. Ye tak? :-P

Dah lama tak gedik gedik letak gambar soang soang dalam belog. Ye lah, sejak sejak ada Super K neh, asek letak gambar berdua jer :-P Heh, pasni mesti ada orang claim I gedik lagik kan? T___T

Tapi kalau gedik dan comel, kira oke apa.
Pakej 2 dalam 1 :-P

Best lah jadik gedik. Lagik3 gedik depan camera. Berusaha buat muka comel depan camera. (Walaupun hakikatnya, memang I comel pun.) Lalalalala~ See? Kan I dah tergedik. =.=" I dah cakap, ni memang perangai I. Isk.. Tolong lah maafkan I, pacal yang hina ni.

Ni semua Chacha punya pasal.
Dia lah ni hasut I jadik gedik.

Susah ada adik yang gedik neh.
Kan I dah terjebak :-P