.saya ada pakwe tapi pakwe saya tak nak dating dengan saya

Salam.

Tajuk entry tak boleh blah. Rasa macam nak suruh diri sendiri makan kasut size 5 yang baru beli dekat Jusco hari tu. 2 kasut = RM 60. Beli dekat Jusco Melaka. Saja jer kan nak cakap I ada kasut baru kan kan kan.. Hihihi. :-P

Gambar hiasan.
Err hiasan mesti cantik kan?
Kenapa hiasan ni buruk tetapi comel? :-P

Jadual semester ni.
Malas buat cantek cantek sebab takut ada perubahan.

Hari ni hari Jumaat. Mengikut jadual I semester ni, I memang free setiap jumaat. So, dapat lah dating selama 3 hari berturut turut. Itu pun KALAU boipren I mau dating dengan I. Sob sob sob. Masalahnya sekarang, walaupun boipren I dekat di hati tapi beliau jauh di mata. :'(

Weekend ni tak dapat dating sebab kejap lagik mama I datang rumah sewa I ni dan ajak I shopping barang barang kawen kakak I dan lepas tu I akan ikut mama balik rumah sebab nak tempah baju untuk I. Ehem. I kena jadik pengapit untuk wedding kakak I bulan 3 nanti youuuu. Eksaited pulak. Mana lah tau, boleh sanding sekali dengan Super K :-P

Hari ni Super K start cuti. Dia dapat cuti sebulan jer. Lepas tuh, dia akan sailing balik 6 bulan. Maybe akan pergi Arab atau Europe pulak. :'( Walaupun dia dah lama sampai Port Pasir Gudang, dia still tak dapat pelepasan untuk cuti sebab handover dia tak de. So, nak tak nak, terpaksa lah tunggu. :'(

Fuhh nervousnya nak dating dengan dia. Last jumpa 2 tahun lepas. Huish =.=' Hari ni Jumaat. Esok dah hari Sabtu, lusa pulak hari Ahad lepas tu hari Isnin lepas tu, lepas maghrib hari Isnin tuh kot dating sebab Isnin tuh I habis kelas pukul 6.30 petang =.=' Rasa macam nak cancel jer tapi nak jumpa tapi cuak tapi rindu tapi nak jumpa sangat tapi takut tapi nak pakai baju apa tapi macamana ni?

I takut Super K pengsan jer jumpa I.
Sebab tak sangka gelpren dia neh comel sangat.
Kikikikiki :-P