.penyakit pertama untuk semester ini

Salam.

Entry di taip dalam keadaan menggigil. Kalau I tulis pakai tangan ni, confirm tulisan I pun gigil-gigil. Huhuhu. Tapi serius, I dalam condition yang tak berapa nak ok. Sadis betul. Pakai sweater tebal, pakai seluar panjang, pakai stokin, glove dan jugak selimut. Rasa nak buat unggun api jer dalam bilik ni. Tapi kang terbakar pulak rumah sewa I neh. Dah lah ni rumah kayu. T__T

Kalau sesiapa yang follow dan baca belog I dari awal dulu, mesti tau yang I ni jenis lemah. Bukan lemah lembut ok. Tapi lemah lembek. I tersangat lah senang jatuh sakit. Ape kes ntah. :'(

Dari semalam lagi I dah rasa badan I sakit sakit. Lengan kiri sakit. Pinggang sakit. Pastu petang tadi, tiba tiba ter-peri*d. Ok fine. I kalau datang moon, I memang terus jatuh sakit. Ni baru datang moon. Belum yang lain lain lagik. Kalau dah kawen nanti, ntah macamana I kan? Nak pregnant bagai. Fuhh tak terbayang... T___T

Dekat Pizza Hut.
Still texting him..

Tadi lepas kelas, tergerak nak makan piza. So, pergi lah makan piza dekat Jusco. Lepas makan, terus balik sebab I dah sejuk gila pork. Gigil gigil kot. Then tidur lepas tu bangun, satu badan sakit ok. Segala bagai sendi I sakit.

Kalau ikut hati, I nak balik Muar sekarang jugak. Sebab I serius rasa tak larat. (Walaupun demam, I masih boleh taip entry dengan laju.. Kuikuikui) Esok pagi, rasa nak pergi klinik. Baru ingat semester ni tak nak pergi klinik langsung. Dah lah buku rekod kesihatan I dah penuh. Medical Assistant klinik tu siap tampal kertas baru dah. Sebab dah tak muat nak tulis rekod I. :'(

Esok ada presentation. Slide pun tak siap lagi. I nak rehatkan badan kejap. Malam karang I buat lah slide tuh. Sekarang ni, memang mood tak de. Seram sejuk dah badan I neh. Ni yang rasa nak nangis ni. Asal sakit je, nangis. Lembek kan I neh? Benci tawwwww!!!

Huwaaaa.....
Mama... Abah...
Angah nak balik rumahhhhh!
T________T