.pagi yang menghangitkan!

Salam.

Bangun pagi gosok gigi, pergi mandi tapi tak minum kopi. Sebab apa? Sebab bangun lambat! 630 pagi dah bangun, ada orang kejut lepas tu tidur balik. 733 pagi baru bangun. Then tunggu turn mandi dan siap siap ke kelas. 815pagi baru gerak dari rumah. Kelas start 830 pagi.

Sampai kampus pukul 820 pagi. Lif penuh. Kalau tunggu, mesti lambat sebab orang ramai. Last last I decide nak naik tangga ke kelas. Tingkat 9 okeyh! Tak pe tak per. Niat ikhlas datang kelas, nak belajar. ^.^

Sampai je kelas, ada 2 orang student jer. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Yang pasti mereka bukan kapel sebab duduk jauh jauh. Tapi mungkin jugak kapel. Kapel yang tengah gaduh. Hiks.. Pandai pandai je haku ni :-P

Tunggu dalam 10 minit, still tak de students sampai. Lecturer pun tak de. Call member, tak angkat. Beberapa saat kemudian, dia sms. "Intan, kelas batal.. Bla bla bla.." Ok fine. Kelas batal. Setelah I penat gila naik tangga. Kaki lenguh, cramp, penat. Memang pakej terbaik. Next class pukul 1230 tengahari. Kalau tau, tak payah bangun pagi tadi. Benci tawwww! T__T

Tapi tak pe. Semua ada hikmah. (Sedapkan hati sendiri) I terus ke HEA, settle kan surat pengesahan tamat belajar bekas-bakal-abang ipar-tak-jadi sebab dia mintak tolong I hari tuh. Lepas mintak tandatangan koordinator, terus lah ke Pejabat Pos, nak pos surat tuh pada dia. On the way ke pejabat pos, perut I dah start jamming. I tengok jam, "Hmm awal lagi.. next class pukul 1230. Nak pergi breakfast dekat McD lah.."

Bila sampai Pejabat Pos, terus parking motor I dekat celah celah kereta dan pos lah surat tuh. Tiba tiba lepas settle, tengok kat motor I, ada surat saman. Ok fine. I kena saman! Untuk kali pertama sepanjang I study dekat UiTM Bandaraya Melaka. Kesalahan I, parking bersepah. Alaaa..I bukannya parking dekat tengah jalan. Tak kacau sesiapa pun. Lagi pun tak sampai 5 minit pun. :'(

Terus tak jadik makan McD.
Just bungkus roti telur sekeping & teh ais
T__________T