.korang pernah rasa malu yang teramat sangat bila salah send sms tak?

Salam.

Hambik kau. Gila panjang tajuk entry I malam ni. Huhuhu. So, korang pernah tak rasa segan, rasa malu bila salah send sms? Adoii..benda ni baru jer jadik dekat I tadik. Nanti I cerita k. Huhu.

I tadi merempit balik ke rumah sewa. Barang barang dan segala beg I adik I hantar naik kereta. Mama tak dapat ikut sebab jaga nenek sakit. Abah pulak kerja. So, memang adik I yang kena hantar. I tak reti bawak kereta sendiri. Lesen kereta ada, tapi frame aje ler. Huhuhu.

I gerak pukul 3 lebih dan sampai rumah sewa dalam 5 petang. Gerak lewat sebab stuck, hujan. Gila penat. First time I merempit sorang sorang. Tapi adik I escort lah dari belakang. Fuhh..kebas kaki, kaki lenguh. Pipi pun kebas sebab angin kuat. Melayang layang I tadi. Taubat tanak merempit lagi. Mama, belikan kereta please!

Bila sampai rumah, maen sms dengan Super K. Then dia ada bagi I mms. Tapi masa tu jugak, I tengah sms dengan housemate I. Dan boleh pulak I tersalah reply. Sengal betul =.='

"Macam cover album The Super K :-P Hehe"
(Super K)

Atas ni mms dia.
Dengan laju nya, I pun reply.......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Comel gila sayang kita ni.
Muah! Muah! Muah"
(Intan)

Tak boleh blah. Muah sampai 3 kali! :-P
Tiba tiba...

"Salah send message ek?"
"Hahahaha Kantoii"
(Salwa)

I dah terkejut. Eh, kenapa Super K reply macam ni. Biasanya dia akan muah muah muah I balik. Bila check balik, rupanya I tersalah reply. Dem! Gila malu. I boleh sent sms tuh dekat housemate I. Dan beberapa saat lepas tu, housemate I sampai rumah. Haruslah dia ketawakan I kan. =.='

Gila segan ok!
T_______T

Kalau setakat sms biasa tak pe lah,
ni siap ada muah lagi.

Kalau sekali tak pe jugak,
tapi ni 3 kali kot!
T________T