.cis, ingatkan kawen tu senang jer

Salam.

Fuhh rasa macam dah lama jer tak update belog. Ohh rindu nya sama belog ini. Weekend yang boring di Melaka. Tak dapat balik rumah sebab Ahad ni ada modul. T__T

Tapi sep baek Mama, Abah & Chacha datang Melaka tadi. Melawat anak kesayangan sambil ber-soppink barangan kawen untuk kakak tadik. Orang lain yang nak kawen, orang laen yang pening. Kuikuikui.

Tapi seronok pulak rasanya. Terasa macam tak sabar nak kawen. Ok fine. I gatal. Diam ah! :-P Tapi harap harap orang yang berkenaan baca lah entry ni. So, dia boleh lah buat persiapan awal untuk perkahwinan kami. Cewah! :-P Dan boleh lah beliau start hafal.....

"Aku terima nikah Intan Nurulfateha binti Baharom dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai."

Ok sahhh!

Yeayyy!
Dah Sahhhh! :-P
HAHAHA.

Bakal pengantin.

Kakak I kawen 13 Mac ni. Dah nak dekat dah. So, haruslah Mama & Abah orang yang paling pening kepala selaen dari kakak I sendirik. I pun tak sabar, sebab nanti I jadi pengepit dia. Pengepit dengan pengapit kira sama lah kan? :-P

Nanti korang jemput lah datang ek rumah I. Boleh tengok I jadik pengepit. HAHA. Over pulak. Jadik pengepit pun kecohhhhhhh! :-P