.green light!

Salam.

Mengantuk! Tapi happy. Nak tidur dalam keadaan tersenyum sampai pagi esok. Kikikikiki. Happy sangat hari ni sebab Super K hantar I balik rumah! Yeayy! ;-)

On the way dari Melaka ke Muar, asyik cakap nak patah balik jer. Hihi. Cumil betul. Padan muka. Rasa lah apa yang I rasa hari tu. Hari tu I dah pernah rasa. Tak tau macamana ketar lutut I time tuh. Basuh pinggan pun cover cover.. :-P Sekarang, hari pembalasan Si Pitung. Kutip lah you punya tulang temulang pulak eh :-P

Super K cakap dia tak neves.
Lihat bukti di atas :-P

Mata lebam.
Kena tumbuk dengan Super K.
Beliau sungguh kejam! :-P

Overall semua ok. Kira lulus lah kalau jadik calon menantu Mama & Abah. Senang cakap, dah dapat green light. Abah pun suruh Super K datang time wedding kakak I bulan 3 nanti. Boleh sanding dengan I sekali :-P

Time entry ni di tulis, Super K dah selamat sampai rumah Abah beliau dekat Alor Gajah. Gerak dari rumah I pukul 10pm lepas sesi makan makan dengan mama mertua. Sampai sana pukul 11.30 pm. Gila laju beliau speeding. Kalau I ada dekat sebelah, jangan harap ler I nak kasik beliau speeding! Grrr! Tak lama lagi, bila Abah beliau kasik Merz, mesti Melaka-Muar dah jadik 10 minit :-P

Seminggu lah tak jumpa sebab I cuti mid-sem & CNY. Beliau pun nak naik KL, ada hal. Harap harap, ahad nanti ada orang tuh datang Muar untuk bawak I balik Melaka semula. (Harap harap beliau baca entry ni) Ok, bai. :-P